Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Mac 28, 2011

PRN Sarawak 2011: BN agak sukar di bandar tapi selesa di luar bandar

Pada pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 kali ini memang ramai yang tampil dengan ramalan masing-masing tentang siapa akan menang siapa akan kalah. kawasan mana yang dikategori sebagai panas dan sebaliknya.

Tetapi bagi saya soal tentang siapa samada BN akan terus berkuasa atau Pakatan Rasuah akan gulung tikar selepas pilihan raya itu nanti dan terus terjun kedalam Laut China Selatan semuanya adalah teori politik semata-mata dan sesiapa saja berhak mempunyai persepsi yang berbeza mengenainya.

Namun apa yang sangat penting kini ialah untuk memastikan agar rakyat Sarawak tidak menganggap pilihan raya yang diadakan sama seperti pesta atau temasya keramaian biasa apabila setiap hari mereka melihat ramai orang baik dari dalam mahu dari luar Sarawak yang lalu-lalang serta kehulu kehilir dikawasan masing-masing.

Rakyat Sarawak harus teliti dan berhati-hati didalam memilih calon untuk mewakili mereka ke DUN Sarawak nanti supaya tiada pihak yang dikemudian harinya akan menyesal apabila sudah sedar diri telah ditipu dan dibohongi oleh pemimpin yang dipilih oleh mereka sendiri seperti apa yang telah berlaku terhadap rakyat di negeri Pulau Pinang, Selangor dan juga di Kedah.

Barisan Nasional pada pilihan raya kali ini walaupun pada hemat saya tetap akan menang besar ataupun mungkin lebih besar lagi daripada PRN yang ke-9 dulu jika berdasarkan kepada prestasi lembab wakil-wakil rakyat Pakatan Rasuah di kawasan yang mereka wakili serta jika melihat kepada sokongan rakyat terhadap kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib sebagai Perdana Menteri tetapi BN juga dilihat akan melalui jalan berliku yang sukar untuk dielakkan namun harus ditempuhi sedaya upaya jika mahu memenangi hati rakyat.

DUN yang terletak di kawasan sesetengah bandar terutama sekali para pengundinya terdiri daripada kaum Cina, harapan BN untuk menang mudah agak sukar berbanding dengan kawasan DUN di bandar lain yang jumlah pengundinya daripada kaum Cina dan kaum Bumiputera adalah seimbang atau sama rata. Keadaan ini berlaku kerana berpunca daripada para pengundi yang kurang mengambil berat tentang siapa wakil rakyat mereka memandangkan segala kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air serta bekalan elektrik yang sudah tidak menjadi masalah lagi kepada mereka berbeza dengan pengundi yang berada diluar bandar.

Manakala bagi DUN yang kebanyakkannya berada diluar lingkungan bandar atau dipendalaman Sarawak, wakil rakyatnya tidaklah menghadapi masalah yang serupa dengan dilema wakil rakyat kawasan bandar kerana para pengundi yang duduk di kawasan kampung serta pendalaman, mereka sentiasa tetap sabar menanti janji pembangunan yang dibuat oleh walaupun kadangkala lewat atau lambat dilaksanakan maka untuk tidak mahu melihat setiap projek yang sudah diluluskan oleh BN terhenti di separuh jalan sekiranya rakyat pendalaman memilih calon pembangkang jadi mereka akan tetap memberi undi kepada calon BN demi memastikan pembangunan yang telah dirancang oleh kerajaan BN sebelumnya dapat diterus tanpa menyusahkan mana-mana pihak dikemudian hari.

Tiada ulasan:

Arkib Blog