Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Mac 05, 2011

PKR Sarawak sokong gagasan 1Malaysia !!!

Percaya atau tidak ? Inilah hakikat yang harus diterima oleh semua bahawa tanpa perpaduan yang teguh dalam menjalinkan kerjasama yang erat diantara mana-mana individu terutama bagi mereka yang nyata berbeza pendapat atau bertentangan dari segi ideologi politik mereka namun demi untuk sama-sama memajukan negeri yang didiami adalah tidak salah untuk mengenepikan semua itu sekiranya mahu mencapai apa yang dikehendaki.

Setiap agama menyeru umatnya kepada segala kebaikan dan menjauhi apa jua kegiatan yang boleh membawa kepada perpecahan dalam masyarakat. Baruk Bian sepertimana insan yang lain juga memang menolak sekira ada pihak-pihak yang mahu mewujudkan suasana tidak baik dalam masyarakat di Sarawak yang akhirnya tidak akan memberi sebarang faedah kepada mana-mana pihak.

Maka atas semangat menjunjung tinggi makna nilai perpaduan memang penting bagi semua masyarakat telah menyebabkan Pengerusi PKR Sarawak yang dilantik saudara Baruk Bian sangat tidak menggalakkan mana-mana pihak terutama pihak pembangkang dari luar Sarawak supaya jangan membawa masuk budaya menghasut, memfitnah atau mengada-ngadakan cerita yang akan hanya memudaratkan keselamatan serta keharmonian kaum di Sarawak.

Jika ditafsir lagi secara meluas berkenaan dengan apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh Baruk Bian itu adalah jelas menjurus kepada apa yang digariskan dalam gagasan 1Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib. Secara tidak langsung, Baruk Bian juga dilihat telah menyokong penuh dasar perjuangan Barisan Nasional dan juga Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) yang sentiasa memastikan agar jalinan kersama diantara semua kaum dapat terus dipertahankan.

Tiada ulasan:

Arkib Blog