Hanya kerana isu Novel Interlok mereka sanggup untuk mengenepikan perasaan rakyat dan warganegara Malaysia yang lain.
Apa mereka ini langsung tidak mahu memahami apa yang sedang dilakukan oleh pihak kerajaan sekarang yang tengah mencari penyelesaian berhubung kandungan yang terdapat di dalam novel berkenaan.
Berilah peluang kepada pihak kerajaan khususnya pihak Kementerian Pelajaran serta mereka yang mewakili masyarakat India untuk mencari jalan mengatasi masalah yang sedang menyelubungi novel interlok, apa hendak di kecoh-kecohkan hingga mau berarak ke atas jalanraya.
Kepada Menteri Dalam Negeri YB Datuk Seri Hishamuddin, bertindaklah awal sebelum berlaku berbagai-bagai masalah lain nanti, bertegaslah dengan puak-puak Hindraf ini, jangan bagi muka lembik kepada mereka, cegah sebarang kemungkinan yang boleh memudaratkan keselamatan negara, jangan asyik bagi amaran, amaran, amaran, amaran, amaran, amaran, amaran....sampai bila lagi mau bagi amaran saja ?
KDN harus melihat bahawa Hindraf kini bukan saja lagi menjadi ancaman kepada kerajaan Barisan Nasional semata-mata tetapi telah turut menjadi ancaman kepada kestabilan, kedaulatan, maruah, keharmonian, kesejahteraan serta keselamatan negara dan juga ancaman kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
2 ulasan:
Kita semua tahu bahawa HINDRAF ini sedang dibiayai oleh Anwar utk membuat kacau.
Apa kerja SB? Tak mahu ambil tindakan kah?
Mohd, harap pihak KDN benar2 bertegas dalam isu ini.., mengutamakan keamanan negara adalah jauh lebih baik drpd terus melayan kepentingan kaum tertentu di negara ini
Catat Ulasan