Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Jumaat, Jun 18, 2010
Dr. Azmi Sharom, Professor yang gagal berfikir...
Jika hendak dibandingkan kedudukan saya dengan Professor Dr. Azmi bin Sharom(rambut panjang dalam gambar diatas), bolehlah dikatakan seperti langit dengan bumi. Siapalah saya untuk memperkatakan sesuatu tentang beliau.
Saya hanyalah seorang rakyat biasa atau kebanyakkan diantara berjuta-juta yang tidak berpelajaran tinggi, tidak punya apa-apa yang boleh dibanggakan kecuali sebuah laptop dan secebis blog yang tiada harganya ini.
Lainlah bagi Professor Dr. Azmi bin Sharom yang punya ijazah lulusan luar negara(PhD, School of Oriental & African Studies, London),(LLM, University of Nottingham, Notingham, United Kingdom),(LLB,[HONS], University of Sheffield, Sheffield, United Kingdom) dan pencapaian akademik dalam negara sendiri mungkin tidak terkira lagi jumlahnya.
Ilmu pendidikan yang begitu tinggi maka sudah tentu daya pemikiran juga pasti telah mencapai ke tahap yang lebih tinggi daripada orang biasa yang belum lagi bergelar sebagai seorang Professor.
Tetapi malang sekali semua itu rupa-rupanya bukanlah satu perkara yang boleh menjaminkan bahawa benar apabila tanggapan luar berpendapat iaitu sekiranya semakin tinggi pendidikan seseorang itu maka akan lebih dalamlah ilmu yang telah ditimba dan semakin bijak dan matanglah cara seseorang itu berfikir.
Inilah yang telah terjadi dalam isu bagaimana seorang yang telah bergelar sebagai seorang Professor 'gagal' merumus apa yang dikatakan oleh Negarawan Agung YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kuasa masa depan orang Melayu di Malaysia sebagaimana yang disebut oleh Negarawan Agung didalam entry terbaru diblog beliau iaitu "Kemana Melayu" yang memperincikan tentang peratusan kuasa politik Melayu di negara ini telah dilihat lebih menjurus kepada kuasa minoriti apabila kekuatan Melayu telah berpecah kepada tiga.
Mudah sebenarnya untuk memahami apa yang telah dibayangkan oleh YABhg Tun Dr Mahathir itu tetapi apa yang sangat menghairankan ialah bagaimana orang berpelajaran, berpendidikan serta kononnya berilmu tinggi seperti Professor Dr Azmi Sharom boleh gagal berfikir untuk menjadi faham akan apa yang dimaksudkan oleh YABhg Tun Dr Mahathir berkenaan dengan kebimbangan beliau mengenai kuasa memerintah kaum Melayu di negara ini.
Seperkara lagi, sebagai manusia yang punya pegangan hidup serta yang terdidik sejak dari peringkat sekolah rendah lagi sehinggalah berjaya sepertimana beliau berada disaat ini adalah sesuatu yang amat malang sekali bagi saya apabila negara mempunyai seorang individu seperti Professor Dr Azmi Sharom yang mungkin separuh dari usianya membesar pada era pentadbiran YABhg Tun Dr Mahathir telah sanggup untuk melabel dan menuduh YABhg Tun Dr Mahathir sebagai seorang yang tidak bertamadun serta kurang matang berfikir.
Akhir sekali, ...siapakah Professor Dr Azmi Sharom yang tergamak menuduh YABhg Tun Dr Mahathir sedemikian rupa jika dibandingkan dengan ketokohan Negarawan Agung ini, seorang pemimpin yang begitu disegani dan dihormati dirantau Asia, Arab, Eropah, Afrika dan Amerika sewaktu pemerintahannya diatas keberanian serta ketegasan beliau dalam mendepani berbagai-bagai isu antarabangsa yang membabitkan kepentingan negara?
Label:
professor
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ▼ 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
9 ulasan:
bro, jangan cakap macam tu bro,
pendidikan tinggi tidak melambangkan kematangan berfikir.. :)
dalam memberikan pandangan yang paling penting adalah "kritikal thinking" and trust me even though they have higher education doesn't mean that their critikal thinking also high..
h=jadi bro.. kenapa mahu merendah diri.. :)
Terima kasih bro Khairul,
maksud saya ialah, umpama kita mendaki gunung, memanjat pokok, memanjat menara tertinggi didunia disamping matlamat untuk mencipta nama sebagai yang terhebat diantara yang terhebat sudah pasti pemandangan kita juga akan menjadi luas dan bukannya menjadi sempit.
Samalah juga apabila seseorang itu pernah sampai ditempat yang teratas sudah pasti corak pemikirannya juga sentiasa meningkat dan bukannya menurun tetapi malangnya ada sesetengahnya mengalami keadaan yang sedemikian.
YABhg Tun Dr Mahathir adalah seorang Negarawan yang paling saya sanjung dan bagi saya beliau adalah seorang pemimpin sepanjang masa dan paling istimewa nama beliau tetap mekar terukir dalam sanubari rakyat Malaysia.
profesor tu jenis melayu x sedar diri.dari kecik kerajaan bela dah besar,besar sungguh kepala.kalau harapkan duit kaum keluarga,mampu ke nak belajar tinggi2.tarak mampu nye.tau nak komen tp bengap.
SAYA SEBAGAI SAORANG AYAH YANG MEMPUNYAI DUA ORANG ANAK BERPENDIDIKAN TAHAP Phd ,SELALU BERPESAN KEPADA MEREKA SUPAYA MERENDAH DIRI DAN MENYIMPAN SIFAT RESMI PADI.
JANGAN JADI SEPERTI KACANG LUPAKAN KULIT DAN KADUK NAIK KEJUNJUNG.
KEPADA SDR.AZMI....
JANGAN JADI KURANG AJAR.!
Terima Kasih Anakbangsa juga Blogenstarz,
adalah sangat perlu untuk generasi sekarang serta yang akan datang tahu akan sejarah bangsa sendiri dan sejarah awal negara.
dan adalah amat malang sekali apabila ada sesetengah mereka yang sudah berjaya sampai ke Menara Gading dan pernah menjadi penghuni pusat pengajian tinggi telah gagal menggunakan hasil yang diperolehi itu bagi perkara yang berguna kepada masyarakat dan negara.
bukan setakat itu saja, malah mereka telah menjadi teruk sekali apabila gagal untuk mengajar generasi seterusnya bagaimana cara untuk menghormati dan menghargai segala jasa-jasa tokoh pemimpin negara yang terdahulu.
Azmi Sharom ada agenda sebenarnya, bila berfikir tidak berteraskan ilmu dan amal maka begini jadinya dia hanya bersandar pd ilmu dia shj MAKA malanglah Anak Sharom ini.
Kapaktajam secara peribadi Prof ini budak hingusan yg cerdik dan pandai TETAPI "Dungu Sejarah" dan buta mata hati.
Jika dibandingkan antara jasa beliau dgn Tun Mahathir ibarat bumi dgn langit, jadi xpayah buang masa untuk budak hingusan ini. Jawpan yang paling tepat utk seekor Prof ini adalah "Prof yg bertaraf Ungka di Zoo". Itu yg layak utk dia kerana die sendiri tidak pandai menilai org lain spt Tun Mahathir yg telah banyak berjasa dan sekarang pun masih memberikan idea2 bernas utk Negara.
Kapaktajam secara peribadi, syorkan Prof ini ambik lagi satu subjek Agama Islam, kerana subjek ini banyak memberikan tunjuk ajar utk bersopan dgn org tua. Mungkin die byk belajar di luar negeri, maka sopan santun dan menghormati org lain sudah hilang, jd xlayak lar di panggil Prof, krn title Prof tu hebat dan tahu memikir yg mana intan atau permata.
Kut.. kut Prof beli......! kena siasat lar mcm ni!
Dalam The Star online Dr Azmi Sharom menyatakan dia tidak berkenaan didalam mana2 Sultan kerana berasal daripada Pulau Pinang. Inilah salah satu pemikiran daripada ahli akademik/warga Universiti Malaya yang menafikan kesultanan Melayu dan Yang Dipertuan Agong yang merosakan pemikiran rayat Malaysia.
sedih bila ada rakyat malaysia yg end up macam ni. dia memang tak ambil pengajaran dari sejarah.
Catat Ulasan