Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Mei 20, 2010

BN Sarawak harus terima nasihat PM dengan hati terbuka...


Apabila Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib mengulas mengenai kekalahan "bermaruah?" BN semasa Pilihan Raya Kecil P212 Bandar Sibu 16 Mei lalu, ternyata dalam nada kecewa beliau terhadap keputusan rakyat Sibu untuk memilih DAP sebagai wakil mereka ke Parlimen terselit juga banyak harapan beliau agar ada pembaharuan dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional Negeri dari masa ke semasa untuk menjaminkan sokongan padu rakyat kepada BN tidak akan luntur.

Ketika Perdana Menteri mengulas mengenai kekalahan calon BN Robert Lau Jr pada Pilihan Raya Kecil itu, beliau juga turut menyatakan bahawa antara sebab kekalahan BN di Parlimen Sibu adalah kerana Jentera Pilihan Raya BN Negeri kurang kreatif ketika menjalankan kempen namun kenyataan PM itu telah disanggah oleh bebearapa pemimpin komponen BN termasuk Ketua Menteri Sarawak sendiri yang kurang selesa apabila kekalahan BN dikaitkan dengan masalah tersebut.

Sebagai antara jutaan rakyat Sarawak sendiri, saya melihat teguran, nasihat serta pandangan Perdana Menteri itu memang ada asasnya dan saya percaya beliau mempunyai pandangan yang tersendiri mengenai perkara tersebut dan juga tentang masa depan Sarawak khususnya maka semua pemimpin tertinggi kerajaan Barisan Nasional Sarawak haruslah menerima apa yang diluah oleh Perdana Menteri itu dengan hati yang terbuka dan nilailah semula apa yang patut kerana sebagai sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi maknanya apa yang perlu dilakukan selama waktu mentadbir negeri adalah sentiasa amalkan sikap terbuka dalam kepimpinan dan bersedia untuk menerima sebarang kritikan baik daripada pihak lawan maupun dari kalangan ahli parti sendiri.

1 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Hilbeert, kawan setuju sangat dengan saranan PM, semua parti dalam komponen BN perlu mencari punca-punca kelemahan dalam parti untuk mengatasi kepincangan.... jangan jadi macam pembangkang, bila kalah tidak mahu menerima hakikat kekalahan...

Arkib Blog