Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Khamis, Mei 20, 2010
Bingkisan khas dari Sarawak buat Papa Gomo...
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia Papa Gomo, terima kasih diatas kunjungan anda ke Bumi Kenyalang baru-baru ini iaitu sempena PRK P212 Bandar Sibu dan difahami bahawa ada pengalaman baru yang anda perolehi dari tanah tumpah kelahiran kaum Peribumi yang mendiami sebahagian daripada kepulauan Borneo ini.
Ada beberapa artikel yang diterbitkan oleh anda selepas berakhirnya PRK P212 Bandar Sibu lalu seakan-akan tidak menepati citara atau hasrat besar Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib melalui konsep 1Malaysia apabila saya mendapati ianya bercanggah dengan apa yang dituntut oleh gagasan tersebut.
Orang Iban adalah kaum majoriti di Sarawak dan kebanyakkan mereka beragama Kristian serta ada juga diantara mereka sudah lama memeluk agama Islam dan ada yang sudah menjadi seorang Islam yang lebih baik daripada orang Islam yang memang telah dilahirkan sebagai orang Islam.
Kaum Melanau adalah kaum minoriti di Sarawak dan kebanyakkannya adalah beragama Islam iaitu lebih kurang 70% dan selebihnya beragama Kristian. Yang beragama Islam dan Kristian banyak sudah mencapai kejayaan dalam kehidupan dan kebanyakan kaum Melanau suka hidup berdikari.
Antara yang banyak mengharumkan nama kaum Melanau dalam bidang agama Islam ialah Johan Qariah Peringkat Antarabangsa iaitu Puan Hajjah Amnah binti Haji Ayub, anak kelahiran Kampung Sungai Kut Tengah Dalat, Bahagian Mukah Sarawak.
Manakala bapa beliau iaitu ayahanda Tuan Haji Ayub bin Tanggui merupakan guru agama di Kampung Sungai Tengah Dalat, Mukah dan pernah beberapa kali menjuarai Tilawah Al-Quran peringkat negeri Sarawak dan pernah mewakili Malaysia dalam dalam pertandingan Tilawah Membaca Ayat-ayat Suci Al Quran peringkat Antarabangsa.
Orang Melanau Islam mampu menjadi Islam terbaik dan sudahpun menjadi lebih baik daripada Islam PAS! Terima Kasih.
Label:
GOMO
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ▼ 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
6 ulasan:
PARTI ISLAM MELAYU ©®™
PARTI MELAYU ISLAM SEBUAH BLOG YANG AKAN MEMPERJUANGAN HAK ORANG ISLAM KHUSUNYA MELAYU. DISAMPING MEMBERI PANDANGAN DAN TEGURAN KEPA AHLI-AHLI POLITIK DAN PARTI-PARTI DEMI MENJAMIN PERSAUDARAAN MELAYU SENTIASA TERJALIN ©®™
Salam buat sahabatku..Hillbert.
Saya juga agak kurang selesa dengan beberapa artikel yang dikeluarkan oleh beberapa blogger pro-kerajaan.
Harus diingat, bukan semua blogger pro-kerajaan adalah Melayu dan Islam. Jadi terdapat beberapa isu sensitif perlu dijaga.
Sensitiviti sama ada dari segi agama, budaya, adat resam dan juga cara hidup (termasuk makan/minum) tidak perlu diusik dan dipanaskan kerana impaknya cukup besar!
Kita perlu hormati cara hidup mereka jika kita nak dihormati oleh mereka!
Nampaknya bukan sahaja kerajaan yang tidak belajar dari kesilapan tetapi blogger pro-kerajaan juga melakukan kesalaha berulang -ulang kali..
Jangan sampai kita dihukum lagi dengan melakukan kesalahan itu berulang kali..!!
Blogger seharusnya tidak perlu berasa megah dan angkuh..boleh cakap apa yang kita suka. Hakikatnya kita perlu sedar, berpijaklah dibumi yang nyata...
Bingkisan idea perlulah datang daripada mentaliti yang rasional dan bukan emosional.
Buang sikap pesimis dalam diri dan datangkan sikap optimis...
Bak kata pepatah, 'Jika kita ada 99 kebaikan, 1 kejahatan, lihatlah kejahatan kita itu untuk dibaiki. Jika orang lain ada 99 kejahatan, 1 kebaikan, ambillah kebaikannya untuk kita teladani.'
p/s- sorry bro, panjang saya tulis.. hehehe
Betul setuju,
Kita Melayu + Bumiputera Sabah & Sarawak + orang Asli Semenanjung hanya mewakili 65% daripada penduduk negari ini.
Sebagai penduduk asal nusantara, kita perlu bersatu di dalam mempertahankan hak kita yang dijamin oleh perlembagaan negara.
Kita bukannya mahu merampas hak orang lain, kita cuma mahukan hak kita. Adakah mempertahankan hak ke atas 30% daripada kekayaan negara untuk dikongsi bersama 65% daripada penduduk asal negara ini adalah sesuatu yang keterlaluan???
SALAM BUAT SAUDARA ANAK MERDEKA, LOCAL FIGHTER & ISAC ...
SETUJU DENGAN PENDAPAT DAN PANDANGAN SAUDARA KESEMUANYA, ISU KAUM BUMIPUTERA DI SABAH DAN SARAWAK PERLU DIJAGA DGN TELITI.
GOMO ADALAH SEBAHAGIAN DARI UMWM DAN BEGITU JUGA SEBALIKNYA. UMWM AKAN BERBINCANG DENGAN GOMO AGAR LEBIH BERHATI HATI DALAM MENERBITKAN ARTIKEL.
SALAM PERJUANGAN ...
Salam 1 Malaysia Hilbert..
Sebagai orang semenanjung yang berkhidmat di Sarawak saya memahami perasaan sdra... Saya yakin teguran dan ingtan yg membina dr sdra kepada rakan2 blogers mampu untuk memberi manfaat kepada kita bersama.. teruskan perjuangan sdra untuk kemajuan pribumi srwak.. saya akan sentiasa mnyokong usaha sdra.. SALAM PERJUANGAN DR KAPIT
Salam 1Malaysia,
terima kasih semua.
saya bukannya bermaksud untuk mencetuskan perasaan apa-apa cuma saya hanya untuk memaklumkan agar mereka-mereka telah menulis atau yang akan menulis mengenai perkara yang berkaitan nilai budaya serta adat resam termasuk makanan sesuatu kaum itu haruslah memikirkan juga apa yang mungkin timbul kesan daripada isu yang dibangkitkan, namun saya berharap perkara ini cukup sampai disini saja untuk diulas dan sama-samalah kita memandang ke depan untuk menjayakan gagasan 1Malaysia bersama PM.
Catat Ulasan