Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Februari 27, 2010

Selamat bersidang ! Pertahankan PBB hanya untuk Bumiputera

Hari ini Sabtu 27hb February 2010 bermulalah Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB). Kepada semua perwakilan daripada 71 cawangan dari seluruh pelusuk Bumi Kenyalang gunakanlah peluang yang tersedia untuk menyuarakan atau membentangkan perkara yang sering berbangkit pada peringkat akar umbi iaitu dalam masyarakat biasa di bawah.

Dan gunakanlah juga kesempatan yang ada pada persidangan agung PBB kali ini untuk mendapatkan ketetapan bersama dari kesemua cawangan perwakilan yang hadir untuk menyatakan bahawa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) tetap dengan pendirian yang ia tidak akan membuka keahlian kepada masyarakat bukan Bumiputera dan nyatakan juga bahawa PBB hanya akan terus kekal sebagai kuasa politik hanya untuk kaum Bumiputera Sarawak sahaja.

Rakyat dari golongan kaum Bumiputera di Sarawak harus faham bahawa dalam keadaan bagaimana sekalipun ada sesuatu perkara yang kita boleh berkongsi bersama dengan mereka dan selain itu pasti ada perkara lain yang kita harus pertahankan sebagai tetap hakmilik kita yang kita tidak rela boleh berkongsi dengan masyarakat bukan Bumiputera. Semuanya demi masa depan kaum Bumiputera Sarawak yang kebanyakkannya masih jauh ketinggalan dalam banyak bidang jika dibandingkan dengan masyarakat peniaga dari kaum bukan Bumiputera yang jauh lebih berjaya.

Selamat bersidang dan buatlah yang terbaik untuk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) supaya dapat terus berperanan sebagai paksi untuk memimpin kaum Bumiputera Sarawak khususnya dan juga rakyat Bumi Kenyalang amnya agar terus mara ke hadapan dan maju dalam semua bidang dan kerjaya setanding dengan kaum-kaum lain yang ada di Malaysia.
Posted by Picasa

2 ulasan:

hafez j malim berkata...

Sebagai seorang guru dari Semenanjung yang berkhidmat di Sarawak, saya mengakui betapa pentingnya peranan parti komponen BN Sarawak ( terutama PBB ) dalam konteks hayat BN. Semoga PBB terus bejuang mempertahankan semangat peribumi. Selamat Bersidang PBB.

hilbert berkata...

Terima kasih saudara Hafez atas komen,

masyarakat Bumiputera Sarawak mengharapkan agar PBB akan terus menjadi tunjang pemerintahan di negeri ini, oleh itu mengapa kami mahukan PBB yang dahulu, sekarang dan selamanya akan tetap sebagai PBB yang mempejuangkan nasib kaum Bumiputera.

Arkib Blog