Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Januari 15, 2010

PM & TPM tiada dalam negara, saya setuju dengan pandangan Datuk Mahfuz Omar

Saya baru saja melayari laman blog Ahli Parlimen Pokok Sena YB Datuk Mahfuz Omar dan membaca apa yang telah beliau tulis pada posting terbaru yang bertajuk "Rakyat ditinggalkan, Malaysia tanpa PM dan TPM" dan saya ada meninggalkan satu komen disitu untuk menyatakan setuju dengan ulasan beliau yang memang berasas mengenai perkara tersebut.

Semua rakyat Malaysia tahu bahawa YAB Perdana Menteri kini sedang berada di Arab Saudi untuk lawatan rasmi selama dua hari manakala YAB Timbalan Perdana Menteri pula sedang berada di United Kingdom juga atas sebab lawatan serta urusan rasmi negara.

Perkara seperti ini tidak pernah terjadi ketika pentadbiran YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad serta YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu. Biasanya ketika itu jika PM membuat lawatan keluar negara pasti TPM akan sentiasa berada dalam negara selagi PM belum kembali dan begitu juga seandainya TPM keluar negara PM tidak akan meninggalkan negara walaupun dalam keadaan macamana sekalipun.

Bila keadaan seperti sekarang ini berlaku, siapakah yang harus kita persalahkan dalam hal ini? Adakah mereka-mereka yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengatur jadual seharian PM serta TPM ? Kita semua mungkin kurang pasti, tetapi kita semua sedar perkara seperti ini sepatutnya tidak terjadi, kita mesti ingat tragedi 14 Disember 2009 lepas... apakah mereka-mereka ini belum sedar lagi ?

Dalam negara ketika ini masih ada sesuatu masalah yang perlukan perhatian serius pemimpin, jadi memang tidak sesuai bagi kedua-dua PM serta TPM untuk tidak berada didalam negara buat masa ini. Negara kita terus bergerak sama seperti sebuah bas atau kenderaan lainnya, jika pemandu serta pembantu pemandunya tidak berada dikerusi pemandu siapa pula yang nak mengawal pergerakkan bas atau kenderaan. Mustahilkan jika kita nak membiarkan saja kederaan untuk bergerak sendiri tanpa pemandu dengan para penumpang ramai didalamnya.

Fikir-fikirkanlah...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Anak Merdeka

Kita harus berfikir secara rasional sebagai rakyat yg matang.

Saya cuma nak bagi satu contoh dalam sebuah keluarga yg sedang menghadapi satu masaalah ekonomi wajarkah anak anaknya mempertikaikan kenapa ibubapanya keluar bekerja?

Datuk Mahfuz tu kan pembangkang,takan nak puji apa yg PM dan TPM kita buat.

hilbert berkata...

Salam Bocah Kampong,

terima kasih atas teguran, namun bagi saya dalam menilai sesuatu kita harus bersikap terbuka dan ada masanya juga kita harus berwaspada...semuanya terpulang kepada pendirian masing2...

Arkib Blog