Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Januari 15, 2010

Persefahaman antara kaum asas kemakmuran Negara

Setiap apa yang pernah dan mungkin akan saya tulis terutama sekali berkaitan dengan isu-isu semasa seperti isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam serta bantahan mengenainya oleh umat Islam sendiri di negara ini mengenainya adalah bertujuan untuk mengajak semua pihak berfikir secara matang dan bukan bermaksud untuk menyemarakkan lagi rasa kebencian di antara penganut agama tertentu dengan penganut agama yang lain.

Saya sedar walaupun cara penyampaian yang saya bawa kurang disenangi oleh sesetengah pembaca terutamanya dari kalangan saya sendiri, ini mungkin kerana kegagalan saya untuk membuat pembaca faham dengan apa yang cuba saya sampaikan atau juga mungkin pembaca sukar untuk memahami apa yang telah saya ketengahkan pada artikel-artikel yang terdahulu. Tetapi bagi yang berfikiran terbuka atau yang sedia menerima apa jua hakikat maka ianya akan mudah untuk difahami sebenarnya.

Apabila kita bernafas lega di bumi bertuah seperti Malaysia ini dan disaat yang sama juga cuba kita menoleh untuk melihat apa yang sering berlaku dinegara-negara lain contohnya seperti di Thailand, Palestine, Iraq, Pakistan, Filipina, Myanmar dan lain-lain lagi, jadi apabila kita membandingkan suasana semasa didalam negara kita dengan negara-negara yang tersebut diatas maka persoalannya apakah kewajipan yang harus kita lakukan untuk Malaysia ?

Jawapannya mudah, letakkan kepentingan negara kita lebih utama dari sesuatu perkara yang sedang atau yang akan kita pertahankan. Kita harus meletak perkara pokok sebagai keutamaan untuk dijadikan asas kejayaan sebelum kita berhasrat untuk mengambil keputusan samada kita hendak meneruskannya ataupun tidak kerana setiap kejayaan jangka panjang untuk dicapai sebagaimana yang kita harapkan semuanya bergantung kepada kesan dan akibat daripada tindakan kita sendiri terhadap kemakmuran dan kestabilan negara kita.

Bagi pandangan saya secara peribadi, biarpun mungkin kita akan menggapai kemenangan walaupun setinggi gunung tetapi semua itu tidak akan membawa apa-apa makna jika dalam masa yang sama apabila hati, jiwa serta perasaan kita sentiasa berada didalam keadaan yang ketakutan, resah, bimbang, tidak tenang dan tidak tenteram apabila keselamatan negara sukar dikawal dan keamanan negara yang kita kecapi selama ini semakin tergugat kerana perpaduan serta persefahaman antara rakyat yang berbilang kaum, agama dan budaya selama ini gagal untuk dipertahankan.

5 ulasan:

C L J berkata...

Tahniah kerana pandangan AM menggambarkan budirasa Melayu yang masih tulin. Antara ajaran yang membina budaya Melayu dapat dilihat dalam message message sejati cerita cerita rakyat.

Dalam hal ini hamba mengambil cerita Si Loncai yang menyimpulkan ,"...ayam menang kampong tergadai.." Kita tentulah tidak mahu mencapai kemenangan peribadi atau puak sendiri sedangkan kuasa dan hak terhadap kampong (negara) tergadai dan telepas dari pegangan. Apalah ertinya.

Kenapa pula Melayu ditekankan?
Kerana Melayu itu tinggi toleransinya. Melayu itu Islam dan Islam mengajarkan toleransi, keadilan sosial, menghormati orang lain dan memberikan hak kepada yang berhak.

Cuma janganlah cabar mencabar dengan keangkuhan kebenaran sendiri yang sendiri sendiri sehingga makna kepada segala yang murni itu menjadi bercelaru.

Kalau kita ikatkan nilai dan penilaian kepada meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Dan kalau kita letakkan tanggong jawab menjaga keikhlasan meletak pada tempatnya itu kepada Tuhan, tentulah kita tidak akan tergelincir dari landasan yang benar.

Seterusnya kalau kita ikut lagi kaedah Islam dalam sistem semakan dan ikat diri kita sendiri kepada anjuran musahabah diri bukan menyifatkan orang; tentulah percanggahan penilaian tidak akan muncul untuk menbawa sengketa sesama kita.

Itulah dasarnya; terlalu mudah; tetapi terlalu payah untuk bertapak diatas bahu bersama seperti lakunya orang zaman dahulu mengusung rumah.

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..KLU LA MINDA MANUSIA NI MCM CPU, BLH DI PROGRAM MELAKUKAN SESUATU YG TAK BERTENTANGAN DGN KESUSILAAN DAN KEJAHATAN ALANGKAH BAIKNYA. TP ITU LA MAKHLUK BERNAMA 'MANUSIA'. TUHAN MENCIPTA MANUSIA DGN BERBAGAI RAGAM DAN PERANGAI.
TP BILA NAFSU DH MULA MENGUASAI MINDA MMG SUSAH NAK DI KAWAL KECUALI INDIVIDU TU SENDIRI YG MENGAWALNYA. ITU LA YG TERJADI KAT AL JUBURI DAN RAKAN2NYA. APE YG MAMPU KITA LAKUKAN ADALAH MENERUSKAN PERJUANGAN KITA DI ALAM MAYA SEBERAPA YANG BLH UTK MEMASTIKAN AGENDA BUSUK BELIAU TAK MENJADI KENYATAAN

hilbert berkata...

Terima kasih CLJ,
terima kasih juga kerana sudi menyelitkan sedikit cerita rakyat dalam komen disini ;-)

Salam Jeffery,
iya lah bro, jika boleh dibuat begitu alangkah bagusnya :-))

AbgTuah berkata...

TABIK HORMAT PADA ANAK MERDEKA.

hilbert berkata...

ye Salam AbgTuah, terima kasih :-)

Arkib Blog