Inilah rupa haiwan mamalia iaitu memerang. Ianya menyerupai anjing laut. Bagi orang bandar pasti mereka tidak tahu tentang haiwan ini sebab orang bandar dan kota hanya kenal daging lembu, kambing, ayam, itik serta berjenis-jenis ikan dan itulah kalau pasal memerang tentu tak tahu punya, tetapi bagi orang pendalaman seperti saya haiwan memerang ini boleh juga dianggap sebagai teman dan adakalanya menyusahkan justeru itulah saya kenal serba sedikit tentang tabiat semulajadi haiwan ini.
Tahu tak ada satu perangai buruk iaitu sifat jijik memerang ini yang tiada pada haiwan lain baik yang dari kumpulan mamalia ataupun reptilia. Jika lain-lain makhluk yang hidup di atas permukaan bumi ini termasuklah manusia juga, kebiasaannya apabila mereka memakan sesuatu makanan maka sudah pasti apabila tiba masa untuk membuang najis caranya adalah sama iaitu melalui saluran lubang najis.
Tetapi tidak bagi memerang. Memerang yang banyak terdapat di kawasan tanah berpaya terutamanya kawasan sawah padi menjadikan ketam serta sebarang siput sebagai bahan makanan utamanya. Memerang ini biasanya apabila sudah kenyang dan selepas itu akan memerap ditempat-tempat yang teduh dan terlindung.
Seperti biasa apabila sampai waktu perlu rasanya untuk memerang ini membuang najis maka haiwan ini akan melakukannya dangan memuntahkan najis hanya melalui mulut dan bukannya lubang dubur sebagaimana lazimnya dilakukan oleh makhluk-makhluk lain yang hidup di alam maya ini. Pelik kan ? ...dan itulah kekuasaan Tuhan Yang Maha Esa. Segala sesuatu yang diciptakanNya membawa maksud yang tertentu untuk manusia memahami makna disebalik semua itu.
Jadi, adakah sifat memerang ini elok untuk diamalkan oleh manusia atau perlu bagi kita sebagai manusia untuk menghindarkannya. Kepada ahli-ahli politik terutamanya yang tengah menjadi wakil rakyat serta masih bergelar YB, janganlah cuba untuk meniru apa yang telah menjadi satu kebiasaan bagi memerang itu, dia makan melalui mulut dan dia buang najis juga ikut mulut...
Maknanya ialah, seandainya dulu-dulu atau pernah satu ketika dulu iaitu ahli-ahli politik yang menjadi wakil rakyat kepada kita begitu 'tegas dengan apa yang dikatakan tetapi kenapa pula setelah sepuluh tahun berlalu' pendirian tentang isu yang sama tiba-tiba boleh berubah dan bertentangan dengan apa yang pernah disuarakan dulu...? ...adakah mereka-mereka ini sanggup untuk digelar berkelakuan umpama 'memerang' ?
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Ahad, Januari 31, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ▼ 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
20 ulasan:
Saya pernah bela memerang...tak pernah pula nmpk cara memerang buangnjos mlalui mulut??
Saya pernah bela memerang...tak pernah pula nmpk cara memerang buangnjos mlalui mulut??
Nampak sgt pembohong...aku bela memerang ni dah 5 tawun dah...x pernah g la tgk dia berak kot mulut...klu muntah sb tersilap makan 2 ada laaa...muhong oghang bandaq bley laaa...hahaha
Hum betul ke sy nk bela memerang jgk sy org kg xpi aduhh nk cr mana duh..
Memerang akan muntahkan sebahagian apa yg dia makan... Ada yg kata.. Dia mempunya satu geliga.. Jadi.. Bila muntahkan.. Mereka akan berebut.. Sapa yg dapat jadi ketua kumpulan..
Tp sampai sekarang.. Aku xpernah jumpa batu geliga tu. Ada yg mendawa.. Dapat geliga tu. Mudah cari rezeki dgn tangkap ikan air tawar..
Aku rasa.. Memerang dah hampir pupus.. Dah lama tak nampak kelibat..
mane nak beli memerang e ,.
Samaaala nak beli tapi knfom mahal :(
Sy skang ni Ada 3ekor mmerang ni..cma syg mmerang laut ksyangan sy dh mati tp xpa ada 3 lagi skang hehehehe....dsna sy nk katakan jgnlh pcya dgn kata2 memerang buang najis kt mulut yee...sbb sy Ada bela jgk .mgkin org tu tenmpak msa dya muntah kut..yala kan dya kata mmerang tu mkn ketam la siput la jd mgkin dya muntah sy pnah suapkan susu kt bayi memerang ni tp slpas itu dya mgelurkannya..mcm tu jgk dgn mknan bila dya mkn xhbs smua dya makan kkadang makan sikit buang sikit hahahahahaha...maaf...sapa2 yg tringin nk beli baik lupakan sj sbb sy tidak akan pnah mnjual ssuatu yg sy amat syg bye..
Penulisan ko macam sial lahanat
salam encik ada memerang nak bela 1..kalau boleh sila balas ye
Bela memerang berak kencing die mcm mne yer??bolh ajar mcm kucing x??
Memerang Adalah binatang lindungan...
mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716), Seksyen 60(1)(a) kerana menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa lesen dan Seksyen 68(1)(a) kerana menyimpan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya tanpa permit khas.
Memarang adalah binatang lindungan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716), Seksyen 60(1)(a) kerana menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa lesen dan Seksyen 68(1)(a) kerana menyimpan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya tanpa permit khas.
Mana boleh bela.
Yg tulis blog ni pun palatao lebih. Tang mana najis keluar kot mulut? Aku org bandar xde la bangang sgt xkenal haiwan eksotik. Narrow minded gila sia pemikiran penulis ni pun. Memalukan
Sy org bandar xclaim dia...ni mesti pendatang asing ni sembang politik dlm blog haiwan pa dia .. lari tajuk sia
salam saya nk minta tolong boleh tak dapatkan saya muntah najis memerang nk halau saka dalam badan pm saya 0175699564
salam saya nk muntah menerang nk berubat saka dalam badan pm akak 075699564
Selamat 5 tahun bela awk penah nampak x memerang berak? Klu kucing ada la sy nampak kucing bela ke kucing liar ke ada la nampak..
Catat Ulasan