Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Januari 23, 2010

Aduka Taruna telah memohon kemaafan...

Seorang penulis blog, iaitu di http://adukataruna.blogspot.com yang telah membangkitkan kemarahan teramat sangat dikalangan blogger-blogger lain awal pagi 23 January 2010 apabila pemiliknya melalui satu artikelnya yang sangat keterlaluan dan sepatutnya tidak harus dilakukan seorang manusia yang berakal fikiran apatah lagi disaat negara menerima satu berita yang menghibakan, telah bertindak menarik balik serta memadam artikel tersebut dari blog beliau.

Menerusi artikel terbaru beliau khas untuk memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang terasa dengan tulisan yang sangat keterlaluan beliau itu, saya harap semua hendaklah bertenang serta jika ada yang telah membuat laporan polis mengenainya maka serahkanlah kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Apa yang harus kita sedar ialah disaat seluruh rakyat negeri Johor Darul Takzim sedang berkabung selama tujuh hari di atas kemangkatan Al-Marhum Sultan Iskandar Alhaj, maka adalah tidak elok untuk rakyat baik di negeri Johor sendiri ataupun di lain-lain negeri mula bertelingkah mengenai hal ini. Sebagai rakyat kita harus menghormati saat selama perkabungan dilakukan.

Mengenai kemaafan yang telah dibuat oleh Aduka Taruna itu, samada ianya ikhlas ataupun tidak tetapi keterlanjuran sudahpun terjadi dan yang pasti banyak hati yang telah terluka akibat dari apa yang boleh disifat sebagai satu perbuatan yang sengaja mencari pasal, jadi terpulanglah kepada diri masing-masing untuk menerima adakah wajar atau tidak untuk Aduka Taruna memohon maaf sebagai tanda beliau bertanggungjawab terhadap isu ini.

2 ulasan:

mejarizan berkata...

Biar anda terhina pula selama hidup selepas keterlanjuran anda...Almarhum Sultan Iskandar mangkat pada hari Jumaat dan insyaAllah lepas dari azab kubur sampai hari kiamat....anda pula bagaimana nanti mati anda Taruna?

hilbert berkata...

saudara Mejarizan,

kita harap Aduka Taruna segera memperbetulkan kesilapan itu dengan rasa penuh tanggungjawab sesuai sebagai seorang rakyat Malaysia yang penuh dengan nilai budi bahasa mulia...

Arkib Blog