Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, November 09, 2009

Persendakan Agama : Cegah sebelum jadi barah. KDN?

Jika di Tebing Barat ada berlaku tentera Israel atau Yahudi yang menceroboh masuk kedalam rumah ibadat orang Islam Palestine ataupun dalam masjid termasuklah Masjid Al Aqsa, maka sudah tentu semua rakyat negara Islam di seluruh dunia akan bangkit menentang serta membantah tindakan yang telah dilakukan oleh tentera-tentera rejim Yahudi itu.

Tetapi berbeza pula dengan reaksi sesetengah rakyat terutamanya orang Islam di Malaysia ini apabila berlaku perkara seperti apa yang pernah disiarkan didalam beberapa blog kumpulan (BPN) serta AIDC serta blog-blog yang pro-kerajaan. Blog-blog tersebut sejak beberapa hari yang lalu telah menyiarkan kejadian dimana pihak Masjid tertentu di dalam negeri Selangor telah membenarkan Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Sri Andalas iaitu YB Dr. Xavier Jayakumar untuk memasuki kawasan dalam masjid serta pihak pengurusan masjid juga turut memberikan keizinan kepada YB Xavier untuk memberi ceramah beliau dihadapan semua jemaah yang hadir untuk mengerjakan solat.

Dalam hal ini kita hendaklah bertanya kepada Menteri Dalam Negeri iaitu YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn apakah tindakan yang beliau akan ambil terhadap mereka yang telah didapati bertanggungjawab apabila menyebabkan perkara itu seperti itu daripada berlaku?
Apakah KDN khususnya YB Datuk Seri Hisham akan membiarkan saja perkara seperti itu akan terus berlaku tanpa sebarang tindakan yang akan diambil ? Adakah KDN hanya membiarkan maruah agama rasmi negara ini untuk terus ditelanjangi oleh pihak-pihak yang sentiasa mencari peluang serta kesempatan dari kelalaian pihak-pihak yang bertanggungjawab ?
Apakah Kementerian Dalam Negeri telah berbuat sesuatu terhadap pelajar-pelajar di SM St. Augustine, Bentong Pahang apabila didapati mereka telah merakam aksi-aksi kurang ajar iaitu kita boleh melihat bagaimana gelagat mereka sedang meniru cara-cara ibadat orang Islam ?

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..ADOIYAI APE LAH NAK JADI DGN ULALAMAK PAS SKRG?? MAKIN HAYUT DI TELAN ARUS SESAT ISHH. MINTAK2 JGN LA DR ASRI PUN TERIKUT2 SAMA. BIAR LAH DIA KEKAL TANPA CAMPUR MANA2 PARTI POLITIK.

TAH LE SI XAVIER TU DAH SAMAK KAKI TGN DIA KE TAK SEBELUM MASUK SAF KE-2?

YOPSAPU berkata...

BRO BUKAN BENTONG PAHANG TAPI BETONG SARAWAK. THAT Y AKU MINTA KO SIASAT KALO DAPAT LA. BETONG ANTARA SRI AMAN DGN SARATOK. CUBA DEGAR BETUL2 BAHASA YG BEBUDAK TU GUNAKAN, KAN KE SLANG SARAWAK?

YOPSAPU berkata...

APA YG PELIK NYA ORANG KRISTIAN MASUK MASJID? APAKAH IMAM2, AJK MASJID TAK TAHU PERKARA YG TAK BOLEH DILAKUKAN? HANYA ORG UMNO/BN SAHAJA YG MENSENSASIKAN PERKARA INI.MEMANG BENAR ADA HADIS YG MENGATAKAN ORANG MUSYRIK ITU NAJIS TP PENJELASAN DARI HADIS TERSEBUT BERMAKSUD AKIDAH MEREKA YG NAJIS BUKANNYA BADAN MEREKA! TIDAK SAMA SEPERTI PEREMPUAN YG KEDATANGAN HAID, MEREKA MMG BERNAJIS DAN TIDAK DIBENARKAN BERHENTI DI DALAM MASJID CUMA DIBENARKAN LALU SAHAJA.
APAKAH PIHAK AJK MASJID BODOH BGN MENJEMPUT YB XAVIER BERUCAP DI DALAM MASJID?
APAKAH PIHAK AJK MASJID BODOH DALAM HUKUM HAKAM AGAMA SEPERTI KEBANYAKAN AHLI BN?
SORI BRO, TULISAN AKU MUNGKIN PEDAS SIKIT TAPI NIAT AKU HANYA SATU, HANYA UNTUK MEMPERBETULKAN KEADAAN.ITU SEBAB AKU MALAS NAK KOMEN KAT BLOG KO NI TAPI KALI NI AKU TERPAKSA.
KO JGN MENDENGAR DARI SEBELAH PIHAK SAHAJA. AKU TAHU KO PENYOKONG HARDCORE BN TAPI MENULIS BIAR TAHU APA YG KITA TULIS TAMBAH2 BILA BERSANGKUT PAUT DENGAN HUKUM HAKAM AGAMA.DAN KALAU BOLEH RUJUK LAH DAHULU KEPADA AHLI2 AGAMA BERKECUALI YG BERHAMPIRAN DGN KO. TQ

hilbert berkata...

Bro Jeffery, ..salam,

saya juga setuju sangat dengan pendapat yang mahu Dr. Asri tidak harus terlibat dengan mana-mana parti kerana beliau boleh diterima oleh semua pihak baik dari kerajaan mahupun pembangkang.

soal samada YB Dr. Xavier telah menyamakkan kaki, tangan ataupun seluruh badan beliau sebelum masuk ke dalam Masjid bukanlah persoalanya tetapi apa yang kita mahu ialah agar perasaan saling hormat menghormati terus wujud didalam jiwa masyarakat majmuk di Malaysia dengan jangan sesuka hati untuk berbuat perkara yang mungkin akan mengguriskan hati kaum lain di negara ini.

Sahabat saya saudara Yopsapu,
terima kasih diatas pandangan yang anda berikan. Tentang klip video itu saya harap pihak Kementerian Dalam Negeri bertindak segera dan kita mahu menterinya selalu saja bagi "amaran keras" atau selalu kata "saya takkan teragak-agak untuk mengambil tindakan" tetapi apa yang kita lihat selepas itu "sepi tanpa berita."

Pasal YB Dr. Xavier tu..saya tetap menyatakan bahawa perbuatan beliau itu tetap salah. Perbuatan Nga Kor Ming, N. Gobalakhrisnan, Lim Guan Eng memang salah apabila mereka mempergunakan Islam untuk tujuan serta niat atau muslihat yang tersembunyi TETAPI dalam pada itu juga mereka menolak Islam. Jadi apa yang saudara nampak tentang perkara itu ?

Pada saya, apapun tindakan mereka selepas ini tidak akan dipersoalkan oleh banyak orang jika mereka telah menerima agama Islam sebagai pegangan hidup mereka NAMUN masyarakat tetap akan mempersoalkan tindak-tanduk orang yang bukan beragama Islam memperalatkan Islam untuk tujuan tertentu. Harap saudara berfikir tentang perkara ini.

Contoh yang terbaik saya ketengahkan disini ialah berkenaan dengan Ahli Parlimen Mukah, Sarawak iaitu YB Datuk Sri Dr. Leo Micheal Toyad atau nama Islam beliau Muhammad Leo Toyad. Dulu beliau adalah penganut Kristian dari mazhab Roman Katholik tetapi apabila sudah sampai seru, maka beliau telah menukar kepercayaan dan memeluk agama Islam untuk dijadikan sebagai pedoman hidup yang baru.

Oleh itu jika apapun yang dia lakukan berkaitan dengan amalan agama Islam, itu adalah hak beliau dan orang lain harus terima hakikat bahawa beliau adalah sebahagian daripada penganut agama Islam.

Arkib Blog