Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Disember 03, 2009

Ambil kursus sebelum dicalonkan sebagai YB

Saya selalu terfikir perlunya diwujudkan beberapa syarat baru bagi tujuan penapisan kepada seseorang yang berhasrat untuk bertanding didalam mana-mana pilihanraya tanpa mengira ianya umum ataupun kecil pada masa hadapan.

Apabila kita memerhati kejadian yang telah serta sedang berlaku yang membabitkan tingkahlaku beberapa Ahli Yang Berhormat terutama sekali mereka dari DAP dan PKR setelah berjaya dipilih sebagai wakil rakyat bagi kawasan-kawasan yang tertentu, kita dapat melihat bagaimana wakil-wakil rakyat ini bertindakbalas terhadap sesuatu perkara yang muncul didepan mereka, seolah-olah mereka kehilangan punca dan mulalah buat benda-benda yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mereka yang berkedudukan sebagai Yang Berhormat.

Adalah perlu bagi pihak-pihak berwajib terutamanya pihak Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengadakan beberapa syarat-syarat baru termasuk kursus amali dan beberapa kursus yang lain kepada mereka-mereka yang berkeinginan untuk bertanding sebagai calon bagi mewakili parti-parti yang tertentu di negara ini sebagai langkah ke depan untuk mengelak adanya wakil rakyat yang tidak faham undang-undang negara serta tidak tahu tugas sebenar mereka setelah bergelar Yang Berhormat.

SPR boleh mencontohi kaedah yang biasa digunakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) yang memastikan kepada mana-mana calon sebelum menduduki ujian memandu kepada yang ingin memohon Lesen P. Tidak adapun kes yang pernah berlaku dimana pemohon Lesen P yang datang ke mana-mana Institute Kemahiran Memandu terus saja disuruh oleh Pegawai JPJ masuk kedalam kereta untuk menjalani ujian samada dia pandai memandu ke tidak.

Kita semua sedia maklum bahawa pihak JPJ sentiasa mengenakan syarat yang ketat terhadap mereka-mereka yang bakal menduduki ujian memandu maka sebelum itu seseorang itu diharuskan untuk menghadiri kursus selama satu hari pada hari Ahad dan pada hari yang lainnya dikehendaki menduduki ujian berkomputer. Setelah lulus ujian komputer maka sekali lagi akan dikehendaki hadir pada hari Sabtu bagi sessi yang berikut iaitu kursus L2B.

Selesai kursus L2B, maka langkah seterusnya ialah mesti mendapatkan seorang guru bagi mengajar tentang bagaimana mengendalikan kenderaan ketika berada diatas jalanraya serta dimana tempat yang patut dan tidak patut membawa kenderaan dengan kadar had kelajuan yang telah ditetapkan dan apa yang harus dilakukan ketika telah menghampiri kawasan lampu isyarat dan sebagainya.

Setelah beberapa minggu atau juga mungkin sehingga ke berbulan-bulan apabila ada keyakinan untuk lulus ujian serta sudah memahami segala peraturan serta undang-undang di jalanraya, barulah pihak Institute Kemahiran Memandu atau guru yang mengajar memandu akan menetap tarikh dan masa yang sesuai untuk menjalani ujian memandu. Sehubungan dengan itu seandainya calon-calon itu gagal ujian dikawasan dalam litar namun lulus ujian diatas jalanraya maka ianya hanya perlu untuk menduduki sekali lagi ujian bahagian mana yang beliau telah gagal pada hari yang lain.

Oleh itu saya sering berpendapat bahawa perlu beberapa syarat baru harus dikenakan oleh SPR kepada seseorang yang mempunyai cita-cita untuk menjadi wakil rakyat. Jangan nanti setelah dipilih sebagai Ahli Yang Berhormat, kewajipan yang sepatutnya dilaksanakan oleh mereka ini tetapi perkara lain pula yang dibuat. Kadang-kala kita dapati ada perkara yang tiada langsung memberi faedah kepada rakyat maka perkara itulah yang sering wakil-wakil rakyat ini bangkitkan. Masa yang sepatutnya untuk membela nasib rakyat terbuang begitu saja kepada benda-benda yang tidak berkaitan langsung dengan masalah rakyat.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO...MCM NK PILIH CALON MENANTU GAK. KENA PILIH YG BTUL2 BERTANGGUNGJWB, BERDEDIKASI, SERTA TAAT KPD SUAMI ATAU ISTERI. KLU X HABIS LAAA LINGKUP RUMAH TANGGA MCM ADUN MELOR TU HUHUHU

Tanpa Nama berkata...

salam.

Setidak-tidaknya pula macam Kolonel Mat yang Berani bukan macam puak-puak PAS yang pengecut tu..

Afzainizam berkata...

http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

Emmmm aku rasa cara cam ni mungkin Y.B kita akan tahu ape kerja dia orang ni.... bukan semestinya kena pandai cakap je tapi kena pandai melaksanakannya... kursus ni sebagai satu landasan memahami maksud bila menyandang gelaran Y.B... moga melaksanakan tugas ngan jayanya

hilbert berkata...

ya bro Jeff, itu satu kemestian jika dipersetujui ;-)

salam admin Aku,Pasbuih Dan Siamang...terima kasih, kini Kolonel Mat sandiwara misteri dalam PAS hehehe

Saudara Afzainizam, salam.
...betul tu saudara, mereka harus mengota apa yang dikata..dan tunaikan apa yang telah dijanjikan kepada rakyat ;-))

Arkib Blog