Dalam pada negara kita dipuji, dikeji, disanjung, dihina, dicontohi serta tidak terlepas juga telah dilabelkan sebagai pengeksport pengganas oleh sesetengah rakyat di negara yang tertentu namun ada satu perkara yang mungkin sesetengah daripada mereka itu tidak sedari tentang peranan penting Malaysia diperingkat antarabangsa.
Malaysia pada satu ketika pernah beberapa kali dipilih sebagai tempat atau lokasi untuk mengadakan rundingan damai diantara Gerakan Aceh Merdeka(GAM) dengan Kerajaan Republik Indonesia.
Malaysia juga telah dipilih sebagai tempat oleh Barisan Pembebasan Moro Filipina(ILMF) untuk mencari perdamaian dengan Kerajaan Filipina bagi menamatkan konflik yang berpanjangan di Selatan Filipina dimana tuntutan mereka ialah untuk diberikan kuasa autonomi di wilayah bergolak itu.
Disamping itu sebuah lagi negara iaitu Thailand telah melihat bahawa Malaysia mempunyai peranan yang boleh dimainkan bersama dengan negara itu didalam usahanya untuk menangani kemelut yang berlarutan diantara puak pemberontak dengan pihak kerajaan Thai di wilayah selatan negara tersebut terutamanya di wilayah Narathiwat dan juga wilayah-wilayah yang bersempadan dengan Malaysia.
Walaupun Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip tidak akan campur tangan berkaitan dengan urusan hal ehwal dalaman negara lain terutamanya rakan-rakan dalam gabungan Asean, namun setelah adanya permintaan khusus agar Malaysia turut serta menyumbang ke arah perdamaian di antara dua pihak yang bersengketa, sudah pasti Malaysia tidak akan keberatan untuk berbuat demikian.
Selain itu, Malaysia menerusi beberapa bekas pemimpin seperti bekas Perdana Menteri YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Chandra Muzaffar dan ramai lagi sentiasa giat mengadakan beberapa persidangan yang bertaraf antarabangsa serta ceramah-ceramah yang bertujuan untuk memperjuangkan keadilan bagi mereka-mereka yang telah menjadi mangsa penindasan seperti bekas tahanan penjara Guantanamo, Cuba.
Sejak beberapa hari yang lepas Malaysia telah berjaya mengadakan siri persidangan peringkat antarabangsa iaitu "Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur" yang turut disertai oleh beberapa orang bekas tahanan kem Guantanamo. Persidangan itu telah berjaya mengeluarkan satu deklarasi yang memutuskan bahawa setiap ketua kerajaan yang terlibat didalam jenayah perang boleh didakwa dibawah Tribunal Jenayah Perang.
Itulah antara keistimewaan Malaysia yang kadangkala tanpa kita sedari... dan kita harus bangga dengan peranan yang telah, sedang dan akan dimainkan oleh Malaysia pada peringkat serantau dan antarabangsa.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Ahad, November 01, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ▼ 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
2 ulasan:
Salam bro, setuju dengan artikel ini, tetapi malangnya masih ada rakyat Malaysia yang mendawa negara ini pengamal rejim zionis, zalim terhadap rakyat sendiri..... rakyat apa mereka ini ?
Kalau Malaysia pengamal rejim zionis, sudah berapa ramai pemimpin-pemimpin pakata rakyat yang berkubur ? atau dibungkus dalam guni untuk dicampak ke laut...... inilah manusia yang tidak pernah bersyukur, kenapa mereka tidak dilahirkan di bumi Plasten, Bosnia, Iraq, Aghfanistan, Somalia dan sebagainya supaya merasai kezaliman sebenar.....
ya, betul tu Yanggambi...
kadangkala pelik juga dengan rakyat negara ini sendiri yang seolah-olah tidak mahu menghargai apa jua yang telah dicapai oleh negara kita.
sepatutnya sebagai warganegara Malaysia mereka itu harus berbangga dan bersyukur dengan apa yang ada pada Malaysia tapi sayangnya ada pula yang ikut perangai rakyat negara tertentu turut memburukkan nama Malaysia diluar negara.
Catat Ulasan