Ini adalah klip video yang saya muat-turun dari blog PAPAGOMO yang merakamkan bagaimana aksi atau kelakuan kurang ajar sesetengah penuntut di Sekolah Menengah St. Augustine, Bentong Pahang mempersendakan ibadat solat umat Islam. "klik" saja untuk melihat, bagaimana hasilnya apabila anak-anak tidak dididik sedari awal agar menghormati kepercayaan agama yang dianuti oleh masyarakat yang berbilang kaum di negara ini.
Adalah sangat diharapkan supaya Kementerian Dalam Negeri(KDN) supaya dapat bertindak dengan kadar segera berhubung dengan kes seperti yang terdapat didalam video atas. KDN harus tegas dan berani didalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka. Jangan gentar apabila berdepan dengan berbagai dugaan ketika menjalankan tugas apa yang penting dan harus diingat ialah agar keselamatan negara serta keharmonian kaum akan dapat terus dipelihara.
Kita tidak mahu mendengar perkataan yang sering diucap oleh Menteri berkenaan apabila diminta mengulas berkenaan dengan beberapa isu yang sememangnya memerlukan peranan mereka untuk menanganinya. Perkataan yang selalu kita dengar seperti "Saya takkan teragak-agak untuk mengambil tindakan" memang ada apabila timbul sesuatu masalah yang mampu menggugat ketenteraman awam
Apabila saya melihat video seperti ini, pertanyaan akan segera datang dalam fikiran saya bagaimana pihak gereja dengan mudah untuk membenarkan tempat didalam gereja sebagai tempat untuk penganutnya merakamkan video bertujuan untuk menghina agama Islam. Kita semua tentu tidak menduga sama sekali anak-anak yang sedang menuntut ilmu ditempat yang menitik beratkan soal disiplin dikalangan penuntutnya boleh tiba-tiba menjadi seperti orang yang tidak siuman.
PAS ada sebarang komen ke tidak berhubung dengan perkara ini ? Saya fikir PAS akan berdiam diri tentang perkara ini kerana takut berhadapan dengan ugutan oleh DAP dan juga PKR. PAS juga yang telah merestui DAP/PKR menerusi Lim Guan Eng, Nga Kor Ming, N. Gobalakhrisnan untuk berceramah sambil membaca ayat-ayat suci walaupun tanpa tauliah.
4 ulasan:
benda ni kecil tetapi boleh jadi besar..
harap dpt tindakan tegas dan pantas.
ye betul Panglima, sepatutnya perkara yang menyentuh sensitiviti pihak lain segera dibendung, jangan tunggu sehinngga sudah menjadi barah baru kelam kabut untuk bertindak...
Salam bro hilbert,
Saya pasti dengan tingkah laku sedemikian membuatkan mereka seolah2 bangga kerana beranggapan perbuatan mereka tidak salah. Islam melarang kita memaki hamun ibubapa orang lain, kerana oleh yang demikian orang yang ibubapanya dimaki kita akan membalas balik kepada kita. Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dgn melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka. Kemudian pada Tuhan merekalah tempat kembali mereka.
(Al An'am - 108). Begitulah halnya dengan agama, mencela agama adalah mencela tuhannya juga. Tetapi dalam agama lain, tidak ada peringatan seumpama ini. Mereka tidak ada sensitiviti dan tidak ada tanggungan DOSA dengan mencela tuhan sembahan orang lain yang akhirnya membawa kepada balasan orang lain terhadap agama sendiri. Itulah ketinggian nilai Islam yang tidak terdapat pada mana-mana agama pun dalam dunia ini.
Catat Ulasan