Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, November 16, 2009

Gaji RM1, kualiti kerja juga bernilai RM1 - Tun M

Dr. M : Anwar tak tahu sangat pasal ekonomi
=======================================================
KUALA LUMPUR 16 Nov - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Penasihat Parti KeADILan Rakyat(PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak tahu sangat mengenai ekonomi.

"Bercakap memang pandai tetapi pasal ekonomi dia tak tahu," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perlantikan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor dengan bayaran elaun simbolik RM1 sebulan.

Dr. Mahathir berkata bahawa semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan ketika berlaku krisis kewangan Anwar telah menerima pakai pendekatan Tabung Kewangan Antarabangsa(IMF) yang memburukan lagi keadaan di negara ini.

Mengenai bayaran elaun RM1 kepada Anwar, beliau berkata : "Jika kita bayar RM1, maka nilai yang kita dapat adalah RM1." - Bernama >>> Utusan Malaysia.

Ulasan saya ;-) ...memang benar sekali apa yang telah dikatakan oleh YABhg Tun Dr. Mahathir iaitu apabila gaji yang dibagi dengan nilai yang rendah maka mutu kerja yang majikan perolehi daripada pekerjanya juga akan rendah mengikut nilai upah yang diberi.

Antara lain kesimpulan yang dapat kita buat ialah apabila seseorang pekerja yang baru diterima bekerja tidak kira samada dalam sektor awam ataupun dalam sektor swasta, pada permulaannya mereka akan ditawar dengan tangga gaji berdasarkan kepada kelayakan ataupun kelulusan akademik yang mereka miliki namun ada juga sesetengah syarikat yang lebih mementingkan pengalaman daripada semua itu.

Ertinya, apabila sesetengah majikan telah menentukan gaji para pekerja baru mereka hanya dengan berpandukan kepada satu diantara perkara yang tersebut diatas maka sudah pasti apabila gaji yang ditawarkan itu tidak menepati kehendak semasa ataupun langsung tidak masuk akal sama sekali iaitu dengan dengan nilai paling rendah RM1 sebulan lalu hakikatnya ialah sesiapa yang telah mengalami keadaan seperti itu, jadi bermakna orang tersebut "tidak reti" nak buat kerjalah.

Tiada ulasan:

Arkib Blog