Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, September 19, 2009

Gempa Bumi terus melanda wilayah Indonesia - MENGAPA ?

Dalam masa sebulan saja, Indonesia telah beberapa kali telah dilanda oleh GEMPA BUMI. Gempa Bumi pertama pada awal bulan September berlaku tidak lama selepas segelintir daripada rakyatnya yang telah membakar bendera kebangsaan Malaysia iaitu Jalur Gemilang kerana menyangka atau menuduh Malaysia sebagai "pencuri." Satu tuduhan yang sangat berat untuk diterima oleh Malaysia.

Selepas itu, wilayah Indonesia terus mengalami gegaran demi gegaran akibat daripada gempa bumi yang seperti mahu sebahagian daripada rakyat Indonesia supaya belajar untuk mengakui kesilapan mereka namun apa yang berlaku, bukannya mereka mahu berubah menjadi baik malah terus menerus mencipta berbagai tuduhan liar terhadap Malaysia.

Sepatutnya rakyat Indonesia yang telah membuat angkara sebelumnya harus belajar dari kesilapan mereka dengan melihat semula akan tindakan mereka sebelum ini adakah ianya betul atau menepati apa yang telah dituntut oleh agama. Gempa Bumi pertama itu seharusnya sudah memadai untuk diambil oleh mereka sebagai satu kesedaran bahawa cara mereka yang suka menuduh, memfitnah, menghina, membakar bendera dan sebagainya adalah satu kesilapan yang paling besar dalam hubungan antara dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia.

Gempa bumi terbaru yang berlaku dekat pulau peranginan iaitu Bali awal pagi tadi sepatutnya akan menyedarkan sebahagian rakyat Indonesia supaya tidak keterlaluan dalam bertindak sehingga kadang kala hanya merugikan pihak mereka saja.

Saya secara peribadi melihat apa yang sedang dihadapi oleh Indonesia sekarang ini iaitu gempa bumi yang berturut-turut adalah satu pentunjuk daripada Tuhan kepada sebahagian rakyat Indonesia supaya mereka perlu sedar bahawa cara mereka itu adalah salah dan sementara ruang untuk mereka berubah masih ada maka eloklah untuk menggunakan saluran yang betul.

Yang keduanya saya rasa bencana seperti gempa bumi itu sering berlaku dalam wilayah Indonesia adalah disebabkan perbuatan mereka membakar bendera Malaysia baru-baru ini. Mungkin mereka sangat berbangga apabila telah berjaya membakar bendera Malaysia namun mereka tidak sedar bahawa setiap sesuatu benda itu punya semangat tertentu.

Contohnya Jalur Gemilang, apabila bendera telah dibakar dengan rakusnya oleh sesetengah rakyat Indonesia, sudah tentulah semangat yang ada pada bendera tersebut akan terbang berkeliaran maka semangat itulah yang menjelma sebagai gempa bumi dan terus menyerang mana-mana wilayah di Indonesia.

2 ulasan:

NKRI berkata...

halo2 mz posting anda kurang berisi(BERMUTU) Gempa bumi adalah rahasia allah ada segi positif dan negatif. tinggal diambil hikmahnya. salahkan australia hutannya sering kebakaran mengakibatkan korban jiwa, kalau ditelisisk lebih jauh secara teory indonesia negara kepulauan terbesar didunia dan sebagian bear berisi air 65%
Kepulauan Indonesia terletak pada pertemuan 3 lempeng utama dunia yaitu Lempeng Australia, Eurasia, dan Pasifik. Lempeng Eurasia dan Australia bertumbukan di lepas pantai barat Pulau Sumatera, lepas pantai selatan pulau Jawa, lepas pantai Selatan kepulauan Nusatenggara, dan berbelok ke arah utara ke perairan Maluku sebelah selatan. Antara lempeng Australia dan Pasifik terjadi tumbukan di sekitar Pulau Papua. Sementara pertemuan antara ketiga lempeng itu terjadi di sekitar Sulawesi. Itulah sebabnya mengapa di pulau-pulau sekitar pertemuan 3 lempeng itu sering terjadi gempa bumi. bencana kalau kita sadari itu cobaan betapa allah masih sayang sama kita dengan menguji keimanan kita agar lebih bertakwa.

Coba sekarang kita piir mengapa sebagai negara bersyariat islam dan sebagai negara islam kalian menghalalkan Judi digenting demi beberapa ringgit apa Raja dikerajaan dah silau dengan harta baca alquran sipa yg bebrbuat melanggar perintah allah dan menyediakan tempat untuk melakukannya maka azab sangat pedih ditambah dengan peternakan BABI coba pikir lah sendiri betapa truly asianya kalian sebagai negara islam

soo aku tak banyak cakap

pikir.renungi dan sadari

hilbert berkata...

Kurang bermutu??? Ya..betul, sebab tak ada guna buat sesuatu yang bermutu tentang perkara yang tidak bermutu.

Ya, benar segala sesuatu yang terjadi di alam semesta ini memang rahsia Tuhan dan ianya akan terjadi di atas kehendakNya jua.

Oleh itu jika kita percaya bahawa akan segala kejadian itu adalah ketentuan Ilahi, maka sewajarnya lah untuk kita sebagai hambanya hanya percaya kepada Dia dan jangan sesekali kita selaku manusia suka atau gemar membuat tuduhan tanpa asas kepada manusia yang lain.

Setiap manusia tetap ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Sama juga dengan rakyat dimana-manapun, ada yang jahat dan ada yang baik. Dan tidak mungkin rakyat Indonesia sana semua 100% baik dari antara yang terbaik dan begitu juga kami di Malaysia, tidak mungkin hanya kerana tarian "pendet" dan "noordin mat top" seluruh rakyat Malaysia dijatuhkan dengan hukuman yang begitu keji dan kejam sekali.

Arkib Blog