Tetapi ini adalah gambar gerhana matahari berhampiran dengan garisan khatulistiwa yang pernah berlaku baru-baru ini yang boleh dilihat dibeberapa buah negara pasifik selatan dan juga boleh dilihat diruang angkasa kita.
Fenomena seperti gerhana matahari memang agak jarang berlaku jika dibandingkan dengan gerhana bulan.
Gerhana bulan sebenarnya agak kerap berlaku dalam masa setahun. Cuma ada sesetengah orang yang tidak menyedarinya.
Namun kepada mereka yang berminat untuk mengetahui ketika bila biasanya sering berlaku kejadian gerhana bulan ini, mungkin ada diantaranya yang akan sanggup berjaga malam hingga ke subuh terutamanya sewaktu adanya bulan timbul untuk melihat bagaimana pergerakan bulan berlaku sehingga terjadinya gerhana itu.
Bagi gerhana matahari pula, ianya bukan setakat rakyat disesebuah negara tertentu saja yang tahu bahawa akan adanya berlaku fenomena tersebut, tetapi seluruh masyarakat dunia pasti akan tahu bila waktu serta haribulan kejadian itu akan berlaku kerana sebelum gerhana terjadi sebenarnya masyarakat dunia terlebih dahulu telah mendapat maklumat mengenainya melalui media serta daripada interconnected networking atau ringkasnya internet.
Biar apapun, kita tinggalkan dulu cerita tentang gerhana bulan juga gerhana matahari di cakerawala. Kita balik semula ke bumi dan melihat kepada kejadian gerhana bulan yang tak kenal siang dan tak kenal malam ni.
Menurut pakar astronomi, sebaik saja mereka menerima pendaratan sebuah pesawat yang berbentuk roket...bulan yang agak suram sebelum ini kelihatan berseri-seri semula.
Tetapi menurut mereka lagi iaitu ahli astronomi itu, kemungkinan krew-krew pesawat itu tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana atau iklim di permukaan bulan itu, maka mereka telah mengambil keputusan untuk terbang keluar semula lalu meninggalkan bulan yang masih alpa dengan kehadiran krew-krew pesawat terbabit.
Cerita di atas hanyalah "kiasan" saja. Ianya hadir secara "spontan" dalam minda saya untuk menjadikannya sebagai sebuah cerita disamping kita terus mengikuti dari masa ke semasa apa yang sebenarnya berlaku di Negeri Kedah Darul Iman waktu ini.
Belumpun mencapai usia dua tahun Kerajaan Pakatan Pembangkang ditubuhkan di Negeri Kedah, tetapi kita telah melihat wujudnya ketidakserasian hubungan diantara mereka. Apakah itu hanya "kiasan" yang dibuat secara "spontan" ?
Semalam lagi, kita telah dikejutkan dengan "sandiwara" terbaru daripada Pakatan Pembangkang di Kedah. Pengerusi DAP Kedah/Perlis YB Thomas Su telah mengumumkan bahawa DAP keluar dari Kerajaan campuran iaitu kerajaan Pakatan Pembangkang di Kedah.
Menurut YB Thomas Su lagi, keputusan itu terpaksa diambil setelah DAP negeri tidak berpuashati dengan tindakan yang telah diambil oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) meroboh pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya.
Namun menurut YB Thomas Su lagi, keputusan yang muktamad mengenai perkara itu hanya akan ditentukan oleh DAP Pusat. Ini bermakna apa yang telah diputuskan oleh beliau selaku Pengerusi DAP Kedah/Perlis belum sah lagi dan boleh dirunding semula, dan jika PAS bersetuju untuk dipulas kepala oleh DAP maka Pusat Penyembelihan itu akan didirikan semula dan mungkin juga akan diperbesarkan lagi. MUNGKIN.
Ada kemungkinan juga menjelang Pilihanraya Kecil di DUN Manek Urai nanti, DAP/PKR/PAS akan akan buat lagi drama lain sebagai tambahan untuk dipertontonkan kepada seluruh rakyat terutamanya rakyat di kawasan Manek Urai.
Kaitannya diantara keputusan Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui oleh PAS berhubung arahannya untuk merobohkan rumah penyembelihan babi di Kampung Berjaya dengan Pilihanraya Kecil Manek Urai, adalah semata-mata untuk membersihkan semula imej serta nama PAS yang agak teruk tercalar akibat percakaran sesama sendiri dikalangan anggota serta para pemimpinnya yang membabitkan beberapa isu.
Tindakkan yang "spontan" oleh Kerajaan Negeri Kedah itu juga dapat dilihat seperti telah dirancang dengan rapi dan tersusun dan bolehlah ditafsirkan sebagai sebahagian daripada bentuk kerjasama dengan DAP dan juga PKR. Tafsiran saya adalah berasaskan kepada keadaan semasa dimana, kebetulan pula menjelangnya hari pengundian di kawasan Manek Urai... tiba-tiba pula DAP buat hal. Pelik kan.
Perkembangan yang berlaku di Kedah membabitkan pertelingkahan antara PAS dan DAP adalah babak drama terbaru selepas drama cadangan "kerajaan perpaduan" yang dicadangkan oleh Presiden PAS Haji Abdul Hadi Awang dulu, semuanya adalah muslihat serta perangkap samar dan jika orang UMNO dan BN masih mahu melayan lakonan yang dibawakan oleh PAS/DAP/PKR ini, sesiapa saja pasti akan terjerat semula.
2 ulasan:
Saya memikirkan benda yang sama. Pemimpin BN patut diam dan jangan langsung bagi comment, toksah layan. Ini isu dalaman the rioters.
Kiasan saudara tentang roket dan bulan itu teringat saya satu sms yang saya dapat menjelang PRU 2008, "Sahaja aku keluar mengundi naik roket, menuju ke bulan untuk keadilan" Apa kah hukumnya kalau niat tak betul dan niat selain Allah? Wallahualam.
Terima kasih SRM atas kunjungan serta komen,
Ya, betul...BN dan UMNO khususnya tak payah layan apa yang dibuat oleh Pakatan Pembangkang waktu ini...semua tu perkara sudah dirancang awal-awal oleh mereka..
Catat Ulasan