Terima kasih kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan YB Datuk Seri Dr. Rais Yatim kerena masih mengekalkan siaran langsung di RTM TV1 iaitu siaran langsung dari lobi Parlimen serta siaran langsung dari dalam Dewan Rakyat setiap jam 10.00 pagi Isnin hingga Khamis semasa sessi perbahasan untuk Ahli Parlimen mengemukakan soalan tambahan atau juga soalan lisan kepada pihak kementerian.
Langkah yang telah dibuat oleh Kementerian ini yang dulunya hanya dikenali dengan Kementerian Penerangan Malaysia sedikit sebanyak telah dapat membantu rakyat melihat dan mengikuti dengan lebih dekat lagi bagaimana suasana di dalam Dewan semasa persidangan dijalankan.
Seluruh rakyat yang menonton siaran ini pasti akan dapat melihat bagaimana aksi serta gelagat wakil mereka masing-masing didalam Dewan ketika menyuarakan pandangan serta melontarkan berbagai soalan kepada Menteri ataupun Timbalan Menteri.
Idea untuk mengadakan siaran langsung ini pada asal telah dicetuskan oleh bekas Menteri Penerangan iaitu YB Datuk Ahmad Shabery Cheek yang kini memegang portfolio di Kementerian Belia dan Sukan sebagai Menteri bagi kementerian itu.
Ketika dibawah YB Datuk Ahmad Shabery Cheek, kementerian ini dilihat agak bersifat terbuka kepada pembangkang terutamanya ketika dimana waktu giliran mereka iaitu wakil rakyat pembangkang ini berdiri untuk bertanyakan soalan serta mengemukakan berbagai soalan kepada Kementerian dengan tidak mengalihkan lens camera atau tv ke arah lain atau siaran dibawa balik ke studio mini di lobi Parlimen.
Datuk Ahmad Shabery telah dilihat lebih kehadapan dan lebih berani didalam menghadapi pihak pembangkang. Contohnya ketika debat beliau dengan Penasihat PKR iaitu Anwar Ibrahim satu ketika dulu. Beliau sangat menyerlah dan saya sangat kagum dengan keberanian beliau untuk berdebat dengan Anwar. Jika dibandingkan pengelaman antara beliau dengan Anwar, mungkin kepada orang lain debat itu tidak akan dapat dilangsungkan, namun bagi Datuk Ahmad Shabery beliau sedia menyahut cabaran tanpa rasa gentar berhadapan dengan Anwar.
Namun setelah Kementerian ini berpindah tangan kepada YB Datuk Seri Dr. Rais Yatim serta nama kementerian ini pun telah ditambah menjadikannya sebagai Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan saya rasa seperti YB Datuk Seri Dr. Rais seperti terlalu sangat berhati-hati serta seolah-olah ada perasaan bimbang terhadap suara pembangkang.
Saya dapat lihat kerana saya terus mengikuti siaran ini yang memulakan siarannya khas untuk mesyuarat kedua penggal kedua parlimen ke 12 pada Isnin lepas iaitu 15hb Jun 10 pagi. Siaran ini dimulakan dengan sessi perbincangan dilobi Parlimen diantara Timbalan Yang Di Pertua Dewan Rakyat iaitu YB Datuk Ronald Kiandee yang diundang khas ke studio mini dengan saudara Sabaruddin Ahmad Sabri yang mengendalikan siaran tersebut sementara menanti isyarat dari dalam dewan iaitu menunggu Majlis Angkat Sumpah sebagai Anggota baru Dewan oleh wakil dari kawasan Bukit Gantang Nizar Jamaluddin selesai diadakan.
Setelah isyarat dari dalam dewan diterima maka soalan pertama yang dikemukakan oleh wakil dari Tenggara iaitu YB Datuk Halimah Shadique yang bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri berkenaan dengan konsep "Satu Malaysia" mengambil tempat dan setelah selesai YB Tenggara bertanya, siaran itu terus berlangsung apabila giliran YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib bangun untuk menjawab secara serentak sebelas soalan dari ahli-ahli Parlimen BN dan juga pembangkang yang sama dengan soalan yang dikemukakan oleh YB Tenggara itu iaitu berkisar dengan gagasan 1 Malaysia yang dibawakan oleh Perdana Menteri didalam pentadbiran beliau.
Tetapi malangnya, setelah YAB Perdana Menteri selesai memberikan jawapan lengkapnya berhubung dengan isu konsep Satu Malaysia itu, ketika giliran untuk wakil dari Ipoh Timur iaitu YB Lim Kit Siang baru bangun untuk bertanya soalan yang saya jangkakan memang berkaitan dengan konsep tersebut tiba-tiba lensa tv dialihkan dan siaran dikembalikan semula ke dalam studio mini dilobi parlimen. Maka terlepaslah saya untuk mendengar atau mengikuti apa yang yang hendak diperkatakan oleh YB Lim Kit Siang itu. Tetapi apabila giliran Ahli Parlimen dari BN yang mengambil tempat untuk menyampaikan soalan maka siaran itu kembali semula ke dalam Dewan.
Pada mulanya saya ingatkan semua itu berlaku secara "sepontan" ataupun kebetulan. Tetapi setelah saya mengikuti siaran itu sehingga pada Khamis, perkara yang sama tetap juga berlaku. Jadi saya agak kecewa juga dengan perkembangan seperti ini apabila ianya boleh berlaku didalam Kementerian Penerangan sendiri iaitu disaat konsep Satu Malysia ini cuba diperkenalkan. Saya faham peranan RTM sebagai suara rasmi Kerajaan, tetapi didalam pada itu juga iaitu masa kerajaan hendak menjayakan konsep Satu Malaysia ini seharusnya Kementerian ini ataupun Menterinya mestilah mengambil sikap yang agak terbuka juga dengan memberi layanan yang samarata kepada semua wakil rakyat tanpa mengira latar belakang politik mereka yang mengambil bahagian berbahas atau berucap di Parlimen supaya dapat diikuti oleh semua rakyat.
Kepada Kementerian Penerangan janganlah merasa bimbang apabila hendak menyiarkan secara langsung terutamanya ketika mana giliran wakil pembangkang yang berdiri untuk menyampaikan sebarang soalan kepada Menteri ataupun Timbalan Menteri semasa persidangan berjalan, rakyat yang bijak sekalipun tetap akan menontonnya tetapi bukan beerti mereka terpengaruh. Apabila rakyat ingin melihat, ingin mendengar apa yang disoal dan disampaikan oleh wakil-wakil rakyat pembangkang sewaktu didalam Dewan bukan bermakna rakyat akan mudah menerima bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh pembangkang. Rakyat sendiri mampu menilai tentang apa yang diperkatakan pembangkang itu samada ianya betul ataupun tidak.
Oleh itu, diharap RTM terutamanya Kementerian Penerangan akan memberi semula peluang kepada penonton TV1 untuk mengikuti siaran lagsung dari Parlimen itu dengan memberi ruang yang sama rata kepada setiap wakil-wakil rakyat untuk muncul di kaca TV sepertimana yang telah dibuat oleh RTM ketika YB Datuk Ahmad Shabery Cheek menerajui Kementerian Penerangan ini dulu.
Sangat diharap juga agar RTM tidak akan kembali semula kepada zaman Tan Sri Mohamad Rahmat sebagai Menteri Penerangan dulu, yang dilihat terlalu ketat mengikat serta terlalu keras terhadap pihak-pihak yang tertentu, contohnya kepada artis tanah air sehingga begitu ramai artis-artis terutamanya penyanyi Rock ketika itu yang terpaksa mengobarbankan identiti serta imej mereka demi untuk mereka dapat terus berkarya atau menghasilkan karya mereka di negara ini. Andaikata para artis ini tidak mematuhi peraturan yang telah ditentukan oleh RTM dan juga Kementerian Penerangan, sudah pasti hukuman "akan di gam" tetap akan dikenakan ke atas mereka.
Jadi jika ini akan dianggap satu desakan pula, maka bukanlah bermaksud untuk meminta RTM serta Kementerian Penerangan melonggarkan segala syarat dan peraturan yang sedia ada, cuma apa yang diharapkan ialah apa yang telah dilakukan oleh YB Datuk Ahmad Shabery dulu khusus yang membabitkan siaran langsung dari parlimen oleh RTM TV1, hendaklah diteruskan jika tiada keberatan.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Jumaat, Jun 19, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ▼ 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
2 ulasan:
''WARKAH UTK ANWAR DARI RAKYAT MALAYSIA''
KAMI RAKYAT MAHUKAN KEBENARAN
SILA HADIRKAN DIRI PADA
Julai di Mahkamah Tinggi Jalan Duta
USAH TANGGUH2 LAGI
[SMS]
017-2802211
012-9533565
+17037252544(US)
[Email]
anwar.ib@gmail.com
anwar.ibrahim@aicassociates.com
ai55@georgetown.edu
DIHARAPKAN MENGELAK DARI MENGHANTAR SMS YANG BERBAUR UGUTAN DAN ANCAMAN KEPADA TERTUDUH KES LIWAT INI.
SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT
1 JULAI HARI KEBENARAN
http://www.gomounited.com/2009/06/warkah-buat-anwar-al-juburi.html
ITU PUN PEMBANGKANG MASIH TAK BERPUAS HATI LAGI SETELAH KERAJAAN MENGAMALKAN DASAR TERBUKA. APE LG YG DIORANG NAK SEBENARNYA?
Catat Ulasan