Kepada semua rakan-rakan yang berketurunan Dayak Iban, Dayak Bidayuh dan Dayak Orang Ulu, saya ucapkan "Selamat Menyambut Pesta Gawai Pesta Menuai, Gayu Guru Gerai Nyamai".
Dalam Negeri Sarawak kita sudah biasa bersama-sama untuk turut merayakan perayaan asal masyarakat yang mendiami Negeri yang tercinta ini. Adat dan budaya bangsa jangan dilupakan, biar sejauh mana kita merantau.
Kita harus berbangga dengan apa yang kita warisi, tetapi bukan bermakna kita akan menjadikan adat serta budaya bangsa kita sebagai penghalang kepada sesuatu pencapaian hidup yang kita dan masyarakat impikan. Cuma kita harus memelihara adat dan budaya yang mempunyai nilai-nilai kerukunan dan keharmonian tinggi dari pupus ditelan masa dan keadaan.
Dimana-mana jua tempat dalam Negeri Sarawak, kita tidak boleh mengelak dari bergaul dengan kaum-kaum yang berlainan adat, bangsa dan agama. Setiap hari kita berjumpa, bekerja, berbual, bergurau, memancing, bermain bola dan berbagai-bagai lagi aktiviti yang kita tidak dapat untuk mengasingkan diri untuk bersama.
Yang lebih menarik lagi, masyarakat dalam Negeri Sarawak telah terbiasa dengan perkahwinan campur. Misalnya orang dari kaum Melayu kahwin dengan pasangan yang dari kaum Melanau Islam, yang dari kaum Iban kahwin dengan Melayu, Bidayuh dengan Orang Ulu, Iban kahwin dengan orang Cina, Cina kahwin dengan Melanau Kristian dan sebagainya. Perkembangan ini sebenarnya tanpa disedari telah melahirkan suasana muhibah dan harmoni dikalangan pelbagai kaum yang ada di Negeri Sarawak ini.
Cuma apa yang perlu dilakukan oleh rakyat di Negeri Sarawak bagi mengekalkan keadaan yang seperti itu ialah, elakkan diri dari selalu terdedah kepada budaya atau anasir-anasir yang ingin cuba untuk memecah-belahkan perpaduan yang telah lama terjalin diantara kaum dalam Negeri Sarawak. Rakyat Sarawak tidak harus tertipu dengan cerita dan pembohongan yang digerakkan secara bersiri oleh Pakatan Pembangkang.
Kita di Sarawak sangat berasa bersyukur kerana dapat terus mengecapi kemajuan, ketenangan hidup walaupun tidak semuanya tetapi itu semua telah membuktikan kepada kita bahawa Kerajaan Barisan Nasional telah menjalankan kewajipannya sebagai pemerintah atau pentadbir di Negara ini dengan berkesan sekali. Walaupun ada diantara permintaan kita belum lagi tertunai, itu tidak bermakna Kerajaan Barisan Nasional tidak peka dengan permasalahan kita. Namun kita harus sedar bahawa didalam menjayakan usaha untuk memajukan rakyat, kerajaan juga akan membuat penelitian mendalam berkenaan dengan sesuatu projek yang hendak dilaksanakan supaya kelak apabila sudah siap ianya benar-benar akan mendatangkan faedah kepada rakyat.
Cepat atau lambat sesuatu peruntukkan itu dapat direalisasikan dalam bentuk projek dan pembangunan, ianya juga akan bergantung kepada keadaan ditempat-tempat yang hendak dilaksanakan projek itu. Semua itu juga akan memerlukan kesedaran rakyat juga. Bahawa tiada projek yang dilaksanakan akan dapat dijalankan sejurus selepas dilancar. Semuanya juga akan mengambil kira dari berbagai sudut sebelum ianya dapat diteruskan secara berperingkat-peringkat ataupun secara menyeluruh.
Oleh rakyat di Sarawak, sama-samalah kita memahami keinginan Kerajaan sebagaimana kerajaan cuba untuk memahami kehendak kita.
Selamat Hari Gawai Dayak 2009, "Gayu Guyu, Gerai Nyamai...lantang senang"... Segulai sejalai dalam menoa Sarawak enggau Malaysia mega.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Ahad, Mei 31, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ▼ 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
5 ulasan:
Salam Hibertmontell,
Terima kasih atas ucapan yang menandakan semangat bersatu padu biarpun kita berada di mana-mana sahaja dalam malaysia.
Saya ada mempunyai ramai sahabat berbangsa Dayak dan hari ini adalah hari perayaan mereka. Apabila berada di sini, kita tidak membezakan sesiapa dari segi ideologi politik. Semuanya sama.
Semoga Sarawak selamat sejahtera sebagai kubu BN yang sentiasa menyokong kepimpinan kerajaan pada hari ini. Kami di sini tidak akan berubah, insyaallah. BN adalah penaung kerajaan yang unggul di negeri Sarawak.
Salam Apai,
Ya itu lah antara kelebihan Sarawak. Sarawak yang dipimpin oleh seorang Ketua Menteri yang mempunyai catatan sejarah tersendiri sejak awal penubuhan Negara Malaysia lagi, telah berjaya membentuk Negeri Sarawak yang makmur dalam pelbagai bidang menerusi dasar politik yang dibawa beliau iaitu "Politik Pembangunan".
Rakyat Sarawak lebih menghargai apa yang disumbang oleh Kerajaan Malaysia kepada Negeri ini dan hal itu selalu diterjemahkan semasa pilihanraya diadakan.
Selamat ari Gawai! Kirana suka blog nih! Berjiwa patriotik. Leh kita geng ke?
ya Kirana, blog ini lahir atas semangat kenegaraan. ...boleh saja.
selamat hari gawai dayak,
Catat Ulasan