Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Mei 12, 2009

I.S.A. Tidak Mampu Membuang Karat Di Hati P. Uthayakumar.

Bekas tahanan ISA yang sama-sama dengan 13 yang lain mendapat pembebasan dari kem tahanan Kemunting terrus menunjukkan sikapnya angkuh, takbur serta juga gagal menerima kenyataan. Beliau dengan angkuhnya menyatakan bahawa dia "tidak akan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia" kerana telah membebaskannya.

Apa yang lebih malang lagi ialah, apabila keangkuhan P. Uthayakumar itu turut pula di sokong oleh naib presiden PAS, Mohamad Syabu. Sebagai salah seorang yang sama-sama berjuang di dalam parti yang kononnya sarat dengan matlamat untuk menubuhkan Negara Islam selari dengan slogannya juga iaitu "membangun bersama Islam" sepatutnya Mohamad Syabu mengambil sikap berkecuali di dalam hal itu dan sebaliknya. Ini adalah kerana apa yang telah dilakukan oleh P. Uthayakumar sehingga membawa kepada penahanan beliau di bawah akta ISA sebenarnya adalah bertentangan juga dengan ajaran yang terdapat di dalam agama Islam itu sendiri.

Jika pun P. Uthayakumar enggan memberi ucapan terima kasih kepada Kerajaan, tetapi beliau haruslah mempamerkan sikap yang lebih bertanggungjawab dan tidak bertindak bodoh dengan mengoyak baju dia sendiri sebelum keluar dari pintu kem tahanan itu. Sebenarnya kerajaan tidak memerlukan sangat ucapan ataupun penghargaan daripada sesiapapun juga apabila mengambil langkah untuk membebaskan setiap individu dari tahanan, ini adalah kerana bagi Kerajaan adalah memadai untuk melihat suasana aman dan harmoni pulih sejenak di dalam Negara dengan menahan dan selepas itu melepaskan mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap keharmonian Negara, ini pun bergantung kepada keadaan semasa di dalam Negara.

Sebagai salah seorang rakyat di negara ini, seharusnya P. Uthayakumar lebih memahami atau juga lebih peka dengan keadaan sebenarnya di negara ini seperti dia harus mengetahui bahawa di Malaysia ini penduduknya bukan hanya terdiri daripada orang India, Cina dan Melayu saja.
Jika hanya soal taraf kehidupan masyarakat India berbanding dengan taraf kaum Cina dan Melayu saja menjadi alasan dan punca utama Hindraff memberontak terhadap kerajaan, maka saya rasa tindakan P. Uthayakumar atau Hindraff itu ternyata silap besar.

P. Uthayakumar harus sedar bahawa dalam senarai orang terkaya di Negara ini nama seperti Tan Sri T. Ananda Krishnan yang memiliki harta bernilai RM19.63 billion, adalah yang kedua terkaya selepas Raja Gula iaitu Tan Sri Robert Kwok yang mempunyai aset bernilai RM58.11 billion menjadikannya paling kaya di Malaysia, mengikut sumber yang didapati pada tahun 2006. Jika sampai sekarang bermakna bertambah lagilah harta mereka. Pada ketika itu nama orang Melayu iaitu Tan Sri Azman Hashim hanya menduduki tempat yang ke sepuluh dengan harta yang diistyiharkan sebanyak RM2.87 billion. Nombor 3 dan 4 adalah Cina, nombor 5 Melayu Arab iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dengan harta sebanyak RM8.550 billion, manakala nombor 6,7,8 dan 9 adalah Cina.

Bertitik-tolak dari fakta itu lah diharap P. Uthayakumar dan Hindraf melihat sesuatu perkara itu dengan lebih jelas lagi dan bukannya hanya melihat apa-apa perkara yang ada kaitan dengan jatuh bangunnya nasib bangsa India di Malaysia hanya dari satu saja. Di Sarawak dan juga Sabah, masih banyak lagi rakyatnya yang hidup di dalam keadaan yang sangat daif dan serba-serbi tidak sempurna tetapi masyarakat kami sebagai penduduk asal tidak juga pernah menggunakan pendekatan yang bertentangan dengan undang-undang untuk menuntut atau mendapatkan hak yang sepatutnya. Masyarakat Bumiputera di Sarawak dan Sabah lebih mementingkan keharmonian dan perpaduan dan akan menggunakan saluran yang betul dan sah untuk menuntut hak-hak yang ingin diperolehi, jauh sekali menggunakan cara kekerasan dan berbahaya untuk memberi tekanan kepada Kerajaan.

1 ulasan:

SAYANG SARAWAK berkata...

bro...saya sgt setuju dgn anda...rakyat sarawak...simply the best..

Arkib Blog