Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, April 07, 2011

BN perlu jelaskan kepada rakyat Sarawak persoalan utama !

Kegagalan beberapa orang wakil rakyat khasnya daripada Barisan Nasional yang mewakili pihak kerajaan untuk berjumpa dengan rakyat bagi menerangkan berbagai isu yang timbul dikawasan DUN yang diwakili menyebabkan semakin ramai rakyat atau pengundi baru dan muda mula mengalih perhatian mereka kepada pihak pembangkang di negeri ini.

Saya tidak bermaksud untuk menuduh kesemuanya bersikap sedemikian tetapi memang ramai yang masih tidak mahu berusaha untuk menjelaskan tentang banyak persoalan yang berbangkit mengenai adanya beberapa projek "yang gagal" maka wajiblah bagi seseorang wakil rakyat itu untuk turun padang semula berjumpa dengan rakyat yang mereka wakili untuk terangkan kenapa, mengapa dan apa sebab projek itu tidak dapat dilaksana atau tidak dapat diterus

Saya ingin mengambil satu kawasan DUN iaitu N50 Dalat sebagai satu contoh. Wakil rakyat untuk DUN ini memang rajin dan selalu balik ke kawasan untuk menemui rakyat walaupun sibuk dengan tugas beliau sebagai seorang menteri kabinet negeri yang sememangnya memerlukan perhatian yang lebih luas namun dalam pada itu beliau tidak pernah lupa mencari ruang agar ada masa untuk kembali melawat rakyat di kawasan sendiri.

Kawasan DUN Dalat sejak diwakili beliau selama dua penggal telah menyaksikan begitu banyak perubahan serta kemajuan dicapai dan ini memang tidak dapat dinafikan namun bukan kesemua rakyat dalam kawasan DUN Dalat buat masa ini sudah menikmati pembangunan yang samarata sam seperti di sesetengah tempat yang lain, ini disebabkan oleh berbagai perkara yang mungkin tidak dapat dielakkan seperti kesukaran pihak kerajaan BN untuk melaksanakannya sesuatu projek itu walaupun peruntukkan sudah diberi oleh kerajaan.

Selain kesukaran untuk mendapatkan kontraktor yang boleh dipercayai bagi menjalankan sesuatu projek itu, kerajaan BN juga sebenarnya berdepan dengan banyak rintangan lain seperti untuk menyambung kemudahan jalanraya bagi kampung-kampung yang tertentu jadi sudah pasti tidak semudah itu melakukannya kerana sebelum menjalankan kerja-kerja awal maka sudah pastilah pihak kerajaan akan mengkaji, meneliti dan memastikan siapa pemilik tanah yang akan digunakan oleh untuk membina jalaraya, sekolah dan tempat untuk diguna menyambung bekalan tenaga elektrik.

Jadi apabila terdapat pemilik tanah di kawasn terbabit yang gagal untuk dikesan mungkin kerana bukan penduduk disitu maka untuk mendapatkan persetujuan daripadanya itupun sekiranya pemilik tanah bersetuju dengan sedikit pampasan bagi menyerahkan kembali sebahagian tanah bagi tujuan pembangunan. Maka inilah antaranya persoalan utama yang saya rasa perlu diterangkan oleh pemimpin BN kepada rakyat.

Terangkan kepada rakyat sebab kenapa projek yang sepatutnya sudah lama siap tetapi sehingga kini masih tiada tanda-tanda yang BN akan memulakan projek dan ini semua sudah tentu ada masalah dan saya kira masalah inilah yang patut dijelaskan kepada rakyat oleh pihak kerajaan agar rakyat tidak terkeliru dengan perkara seperti itu iaitu kenapa kerajaan tidak berdepan dengan masalah untuk membuat berbagai projek ditempat yang tertentu dan kenapa ditempat lain tidak bermasalah.

Edwin kata: kalau rakyat tak nak SNAP jgn undi PKR tapi undilah BN !

Semasa berceramah di rumah pajang Iban di Ulu Tinjar beberapa hari yang lalu, Presiden SNAP Edwin Dundang telah memberi peringatan penting kepada penduduk disitu.

Antara katanya "enti kitak semua ditu enggai nyukung parti kami SNAP anang ilak sekali-kali kitak semua meri undi ngagai calon PKR, sidanya penipu besai, mulut besai, mulut mayuh macam jaku...tapi enti kitak semua enggai ngundi parti kami SNAP tu undi meh Barisan Nasional, parti ya ke sigi mai pemansang ba menoa kitai bak menoa Sarawak tu."

hehehe..lawak, lawak, lawak... "mana jam Omega aku Pah?, mana jam Omega aku Pah??

Rabu, April 06, 2011

Papa Gomo kena tahan polis Sarawak??? ..kenapa jadi begitu?

Betul ke blogger Papa Gomo waktu ini sedang dalam tahanan pihak polis Sarawak ? Kenapa pulak Papa Gomo yang kena... masakan orang lain yang makan nangka tetapi orang lain pulak yang kena getahnya??

Rakan blogger Sarawak di Kuching ada sedikit maklumat mengenainya. Apa-apapun harap berita ini hanya satu khabar angin saja dan diharap pihak yang berkenaan di Sarawak perlu menerima kehadiran rakan yang baik dari Semennjung atau Sabah ke Sarawak dengan hati yang terbuka.

N50 Dalat 3 penjuru: BN lwn PKR dan Bebas !

Calon PBB/BN yang juga penyandang untuk kerusi N.50 Dalat YB Datin Hajjah Fatimah Abdullah akan ditentang oleh calon daripada PKR Encik Sylvester Ajah bin Subah dari Kampung Medong Dalat serta seorang calon Bebas Encik Salleh bin Mahli dari Kampung Senau Oya Dalat.

Sylvester Ajah merupakan bekas S/usaha politik kepada Ketua Menteri Sarawak pada pertengahan tahun 1980an iaitu pada tahun 1987-1990an sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengurus Lembaga Pembangunan Bintulu (BDA) dan pernah disebut-sebut sebagai calon BN pada pilihanraya negeri 2001 bagi menggantikan Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi namun pada saat akhir Pehin Sri Abdul Taib telah memilih YB Datin Hajjah Fatimah untuk bertanding mewakili PBB/BN pada pilihanraya yang ke lapan itu.

Manakala seorang lagi iaitu calon Bebas Encik Salleh bin Mahli seorang peniaga ikan buat pertama kali mencuba nasib untuk dipilih sebagai wakil rakyat untuk mewakili rakyat di Dalat.

Setakat ini saya belum mahu mengulas apa-apa tentang pencabar BN di Dalat ini...biarkan mereka terjun dengan labu-labu mereka dulu...

Gambar sekitar penamaan calon bagi N65 Senadin: Datuk Lee vs Dr Minah Indon

Sebelah penyokong Barisan Nasional, meriah dengan kehadiran ramai ahli-ahli parti SUPP, SPDP dan juga ahli-ahli parti PBB walaupun dalam cuaca selepas hujan.
Bawah, YB Datuk Lee Kim Shin serta isteri bersama para penyokong Barisan Nasional melaungkan slogan '1Malaysia ! BN Boleh! SUPP Boleh! PBB Boleh! SPDP Boleh!


Gambar bawah agak terlindung namun kelihatan juga Menteri Kesihatan Malaysia YB Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar YB Senator Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Menteri Tenaga dan Teknologi Hijau YB Datuk Seri Peter Chin Fah Kui bergambar bersama penyokong BN di sekitar Stadium Bandaraya Miri. Saya sempat bersalaman dengan ketiga-tiga pemimpin ini.


Gambar bawah kelihatan YB Datuk Lee Kim Shin calon yang juga penyandang kerusi SUPP/BN bagi kawasan DUN Senadin sedang dijulang oleh ahli-ahli parti Barisan Nasional. 

Di sebelah bawah ini gambar menunjukkan beberapa penyokong PKR yang dalam jumlah cuma 10 orang saja tetapi sanggup juga menjerit slogan "mana jam Omega aku Pah?, mana Jam Omega aku Pah? mana jam Omega aku Pah?" mereka buat semua itu demi untuk Dr Micheal Teo, calon PKR dan beliau memang sangat dikenali dikalangan para pekerja Indonesia terutama golongan pekerja wanita yang sering berkunjung untuk tujuan membuat pengguguran anak haram dalam kandungan.

Dua gambar diatas sebelah kiri ketika baru saja keluar dari kereta saya nampak dari jauh Ahli Parlimen Batu YB Tian Chua serta beberapa orang pemimpin PKR Pusat dan negeri sedang berkumpul serta ditemani oleh beberapa kerat penyokong PKR.

Manakala gambar yang satu lagi menunjukkan kawasan yang telah dikhaskan oleh pihak SPR untuk para penyokong PKR, nampak tak satu imej berwarna biru muda, merah dan putih jauh kelihatan di satu sudut depan Stadium Bandaraya Miri.

Budak bawah umur serta beberapa wanita seksi digunakan untuk mengibar bendera PKR ditepi jalan depan Stdium sambil berbuat sesuatu bagi menarik perhatian pengguna jalanraya yang sedang memandu.

DUN N.65 Senadin menyaksikan perlawanan dua penjuru antara YB Datuk Lee Kim Shin sebagai penyandang kerusi dengan Dr Micheal Teo dari Parti Keadilan Rakyat.

Selasa, April 05, 2011

Video klip 1:47 saat belum termasuk dalam kategori lucah..mohon pandangan rakan bloggers !

Saya berpendapat tindakan oleh beberapa orang penulis blog yang memuatnaikkan sebahagian daripada rakaman sebenar video lucah yang mempunyai tempoh tayangan selama 20 minit adalah tidak menyalahi mana-mana undang yang sedia ada kerana apabila ianya hanya menayang cuma 1 minit 47 saat dan adegan terhenti bila sampai kepada aksi pelakon lelaki cuba memeluk pasangannya.

Adegan seperti itu memang sudah biasa kita lihat didalam mana-mana filem baik yang dari luar negara mahu filem tempatan sendiri dan kalau mengikut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Penerangan satu ketika dulu ianya boleh ditonton orang dewasa dengan label [18X] dan [U] atau umum seperti yang seringkali kita lihat dipapar pada skrin TV1, TV2 dan TV3 serta di ASTRO.

Jadi saya ingin memberi reaksi segera kepada satu berita yang mengatakan bahawa pihak polis akan meneliti serta menyiasat pihak-pihak yang bertanggungjawab memuatnaik video klip tersebut ke dalam You Tube disamping akan turut menyiasat individu yang terlibat memuatnaik video klip berkenaan didalam laman blog masing-masing.

Untuk ini kita semua harap agar pihak polis tidak lari dari fokus sebenar mereka iaitu untuk menyiasat tentang kesahihan isi kandungan yang terdapat didalam video seks tersebut samada tulen ataupun palsu serta untuk menyiasat identiti sebenar individu yang beraksi didalam video klip itu dan bukannya mengalih siasatan kepada perkara yang lain kerana jika ini berlaku kita khuatir siasatan terhadap video itu nanti terperap entah di mana tetapi pihak yang tidak sepatutnya pulak yang disiasat.

Oleh itu kalau siasatan hendak dilakukan terhadap para penulis blog terutamanya blogger yang pro-kerajaan semata-mata ada kaitan dengan penyebaran video klip yang hanya mempunyai durasi selama 1 minit 47 saat di internet maka sebelum itu saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa video klip 1:47 itu bukannya sampai kepada tahap yang boleh dikatakan sebagai lucah kerana tubuh badan kedua-dua pelakon dalam video sependek itu masih lagi tutupi dengan tuala dan aurat keduanya juga tidak dapat dilihat dengan jelas.

Video Seks: Oh Azizah kata itu bukan Anwar Ibrahim tetapi Khalid Ibrahim !

Semua orang sudah tahu yang Wan Azizah Wan Ismail siang tadi telah mengadakan satu sidang media khas untuk menafikan pembabitan suaminya Anwar Ibrahim dalam kontroversi video lucah seorang pemimpin kanan pembangkang dengan seorang pelacur warga negara China.

Sebaliknya Wan Azizah telah menuduh semua itu sebagai usaha terdesak untuk memburuk-burukkan nama baik Anwar Ibrahim yang didalangi oleh pihak tertentu dalam kerajaan Barisan Nasional.

Itu memang kita sudah duga, sudah pastilah Wan Azizah akan membela suaminya Anwar Ibrahim setakat yang termampu biarpun apa yang telah beliau serta anak-anak mereka berdua saksikan melalui tayangan video lucah tersebut hampir membuat mereka sekeluarga pengsan namun demi untuk terus mengejar kuasa politik mereka sanggup menutup rapat-rapat mata hati mereka sendiri walaupun pada hakikatnya jiwa Wan Azizah serta anak-anak mereka telah hancur luluh dan berkecai setelah melihat siapa hero yang beraksi dalam video berkenaan.

SPDP names Willie Liau for Ba Kelalan

SPDP names Willie Liau for Ba Kelalan

BN sengaja cipta kekalahan jika mencalon Larry S'ng di N70 Ba'Kelalan

Untuk menyelamatkan karier politik bekas ADUN N54 Pelagus iaitu Encik Larry S'ng Wei Shien yang sebelum ini mewakili penduduk dikawasan berkenaan, saya berpendapat seandainya benar spekulasi yang tersebar luas sejak dua tiga hari lalu menyatakan bahawa kemungkinan besar BN Sarawak akan meletak Larry untuk bertanding di N70 Ba'Kelalan adalah satu keputusan yang silap dan tidak tepat.

Bagi saya sebarang keputusan untuk tujuan itu tidak harus mempertaruhkan nasib Larry dengan mencalonkan beliau di N70 Ba'Kelalan kerana jika hasrat BN itu masih mahu diteruskan jua maka ianya nanti bukan saja akan menamatkan kerjaya politik Larry S'ng dalam politik Bumi Kenyalang ini tetapi juga akan turut sama memaksa Barisan Nasional untuk melepaskan kerusi DUN Ba'Kelalan kepada pihak lawan iaitu PKR ataupun SNAP.

Semua pihak harus sedar dan sedia maklum tentang sentimen sebilangan besar masyarakat terutamanya para pengundi di kawasan N70 Ba'Kelalan itu yang masih menebal dengan perasaan mereka yang tidak menyukai akan kehadiran pihak luar dipersekitaran mereka apatah lagi untuk menerima sesiapa jua yang terlalu asing bagi mewakili suara mereka dalam dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Barisan Nasional Sarawak tidak harus keliru dengan keadaan dimana ada sesetengah mereka yang memang berasal dari kawasan Ba'Kelalan itu kelihatanya seperti sudah boleh bersama dengan kaum lain dalam semua urusan yang melibatkan berbagai perkara tetapi BN Sarawak tidak boleh tentang satu hal bagaimana pula nanti dengan mereka iaini yang masih belum dapat menerima keadaan sedemikian terutamanya mereka yang masih menetap jauh dipendalaman dan hanya sekali sekala keluar dari kawasan untuk mendapat barang keperluan dan sebagainya tentu sekali apabila mendapati ada orang luar yang datang masuk ke kawasan mereka akan dianggap sebagai menyusahkan mereka.

Dari segi penerimaan masyarakat pendalaman di kawasan Ba'Kelalan terhadap orang luar tidaklah boleh untuk disamakan dengan Datuk Seri Idris Jala, Nelson Balan Rining, Datuk Micheal Lisa Kaya, YB Datuk Henry Sum Agong, Baruk Bian dan lain-lain lagi sebab mereka ini hanyalah segelintir pemimpin yang sudah lama terdedah kepada suasana di luar serta boleh bertoleransi dan bekerjasama dengan masyarakat lain selain daripada kaum mereka saja tetapi adakah ini yang diambil sebagai kayu pengukur oleh pihak BN dalam membuat keputusan dengan meletakkan Larry S'ng menjadi calon dikawasan DUN terbabit?

Harap Barisan Nasional tidak berbuat demikian kerana kalau diteruskan juga maka itulah jika calon mereka kelak tewas disitu ianya bukan saja merugikan pihak BN sendiri malah pihak lain juga akan menjadi mangsa seperti rakyat yang menyebelahi BN dimana mungkin ada projek untuk mereka akan dilaksana oleh pihak kerajaan sekiranya kawasan DUN Ba'Kelalan jatuh ke dalam tangan Pembangkang.

Untuk tujuan meneruskan karier politik Larry S'ng dalam Sarawak itupun sekiranya beliau masih setia dengan BN, maka kerajaan Barisan Nasional bolehlah mencari jalan lain untuk itu seperti sementara beliau belum berparti maka bolehlah diserap dalam pentadbiran kerajaan atau kabinet dan beri satu tugas khas bertaraf menteri dan saya yakin beliau memang boleh melakukannya.

Isnin, April 04, 2011

Injin kereta Karpal Singh padam tengah jalan depan Hotel Carcosa !

Tengah hari tadi kereta mewah yang dinaki YB Karpal Singh tiba-tiba meragam dan terus padam betul-betul atas jalanraya yang tengah sesak dengan ribuan kenderaan berbagai jenis yang bergerak perlahan dan secara kebetulan kejadian berlaku tepat dihadapan sebuah hotel terkemuka di Ibu Negara iaitu Hotel Carcosa Sri Negara.

Akibat terperangkap dalam kesesakkan lalulintas serta perjalanan trafik yang perlahan menyebabkan Karpal Singh tiada pilihan lain selain duduk saja dalam kereta selama berjam-jam sambil memakan 'karipap' bagi mengalas perut dia yang tengah berkeroncong serta 'tidak buncit' itu sementara menunggu pemandu beliau memeriksa punca kerosakkan dibahagian enjin kereta.

Periksa punya periksa maka akhirnya pemandu beliau iaitu Nizar Jamaluddin baru perasan yang beliau terlupa untuk mengisi minyak kereta walaupun sebelum bergerak dari Bangunan Parlimen menuju ke Damansara dia ada melihat meter minyak yang menunjukkan yang minyak hanya tinggal berapa liter saja dan bila saja sedar akan punca kereta padam lalu memberitahu kepada bossnya Karpal Singh.

Karpal Singh yang tengah sibuk mengemaskini akaun facebook serta twitter miliknya dengan menggunakan Blackberry yang baru beliau beli dari Thailand terkejut besar apabila pemandunya memberitahu yang kereta mereka naiki sudah kehabisan minyak serta kering dan tiada tinggal walaupun setitik dalam tangki minyak.

Geram dan marah dengan keadaan tersebut, Karpal Singh yang sebelum itu nampak hanya berdiam diri dalam kereta tanpa banyak bicara tiba-tiba bersuara "celaka punya pemandu, saya kasi itu gaji tak cukup kah sama dia, duit minyak sudah saya sediakan dalam kereta tapi kenapa dia masih boleh lupa isi,,,habislah, matilah saya kalu ini macam...mana saya boleh "pusing-pusing" macam dulu dengan kereta...kalu dulu saya mau "pusing" pergi mana semua boleh....tapi sekarang mau cakap apa pun sudah tiada gunanya lagi."

Betullah !!! sekarang Karpal Singh mau pusing cerita macamana lagi? ..dalam YouTube sudah ada apatah lagi kalau dalam blog-blog....semuanya menulis tentang "video Oh Mega" itu.

Video Porno 1Omega kini dipasaran !!! Rakyat Sarawak, ayuh...saksikan!!!

Inikah yang dikatakan sebagai konspirasi UMNO dan Barisan Nasional...?

Mengapa BN sembunyikan kukunya di N70 Ba' Kelalan semalam ?

Semalam Barisan Nasional Sarawak telah mengumumkan senarai kesemua nama-nama calon mereka untuk bertanding dikeseluruhan 71 kawasan DUN Sarawak yang ke-10 pada 16 April ini tetapi bagi DUN N.70 Ba' Kelalan Barisan Nasional telah mengambil langkah perlahan umpama seekor harimau yang sedang mengintai sebelum menerkam mangsanya.

Di kawasan DUN Ba' Kelalan ini saya rasa BN memang mempunyai banyak ramuan atau resepi yang boleh menimbulkan aroma dan tentunya kelak akan membuat ramai pihak semakin tertarik untuk tahu secara lebih dekat tentang rahsia keistimewaan yang terdapat di DUN Ba' Kelalan ini dimana sehingga semalam sepatutnya calon BN untuk kawasan berkenaan diumumkan serentak dengan tempat lain tetapi masih ditunda kepada tarikh yang belum lagi diketahui.

Kawasan yang majoriti penduduknya adalah masyarakat Lun Bawang yang terdiri daripada suku kaum Murut, Kelabit dan Tagal serta etnik kecil yang lain seperti Penan dan Bekatan ini kalau kita tengok dari segi bentuk muka buminya yang bergunung-ganang dan juga lebih separuh kawasannya mengalami cuaca sejuk sepanjang masa seperti di bahagian utara Gua Mulu, Long Seridan, Long Napir, Long Maguh, Long Kubaan serta sekitar kawasan Gunung Batu Lawi maka memang kita dapati tiada kerajaan lain yang mampu untuk membuat perubahan dan membawa sebarang pembangunan disana melainkan hanya kerajaan Barisan Nasional.

Dengan jumlah penduduknya yang tidak menentu disatu-satu tempat tambahan pula ada yang tinggal berselerak atau bertaburan dimerata tempat dalam kawasan yang begitu luas menjadi ia benar-benar telah menguji kemampuan kerajaan Barisan Nasional dalam usahanya untuk membawa masyarakat yang mendiami kawasan dalam DUN Ba' Kelalan dapat keluar daripada kesulitan hidup seperti yang dinikmati oleh rakyat Sarawak dalam kawasan lain.

Banyak lagi kesukaran yang wakil rakyat BN terpaksa tempuhi sepanjang tempoh berkidmat kepada rakyat di DUN Ba' Kelalan ini dan antaranya ialah rintangan yang utama ialah seperti harus menjelajah dari satu tempat ke satu tempat dalam jarak yang sangat jauh untuk menemui rakyat dan ini sudah tentu tidak memungkinkan pihak PKR dapat untuk menandingi kemampuan kerajaan BN dalam menunaikan tanggungjawab serta amanah kepada rakyat di kawasan DUN Ba' Kelalan.

Saya sedikitpun tidak nampak yang Baru Bian serta PKR dapat membawa sebarang perubahan untuk rakyat di DUN Ba' Kelalan sekiranya beliau memperolehi kemenangan di kawasan itu nanti tetapi sebaliknya kalau mereka menang nanti mereka bukannya akan membawa perubahan seperti yang diimpikan oleh penduduk di DUN Ba' Kelalan melainkan mereka akan merampas tanah hak kaum pribumi dikawasan tersebut dan kemudiannya akan menjual pula kepada pihak lain bagi mendapat sumber kewangan.

Maka itulah apabila saya lihat helah politik yang digunakan oleh BN Sarawak ini untuk satu-satu kawasan DUN memang baik juga walaupun agak sukar bagi kita untuk memahami rentak yang dipalu namun sekurang-kurangnya kita dapat menangkap sedikit maksud yang tersirat sebagaimana yang telah digunakan oleh BN khususnya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri N.70 Ba' Kelalan semalam.

Ada satu perkara yang harus Baru Bian pelajari dari apa yang telah BN Sarawak lakukan dalam pengumumannya semalam apabila Ketua Penerangan PBB iaitu YB Tan Sri Hj Adenan Satem yang sengaja melangkau nama calon bagi kawasan DUN Ba' Kelalan dimana setelah nama untuk calon BN di N.69 Batu Danau terus kepada nama calon BN di DUN N.71 Bukit Sari dan menyimpan nama calon BN untuk DUN N.70 Ba' Kelalan.

Sebagai bakal Ketua Menteri Negeri Pasola, Baru Bian harus ingat yang dia sebelum ini pernah mencabar Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud untuk berdebat dengannya mengenai isu tanah NCR dan apabila ada pihak dalam PBB mencadangkan kepada beliau supaya dia berdebat saja dengan YB Tan Sri Hj Adenan Satem berhubung perkara itu namun Baru Bian menolak mungkin dia beranggapan yang TS Adenan Satem yang tidak mempunyai kedudukan tinggi dalam kerajaan Sarawak maka tidak sesuai untuk berdebat dengan beliau yang sudah lama menyimpan angan-angan untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak.

YB Tan Sri Adenan Satem sudah bagi Baru Bian minum tapai nasi semalam, Baru Bian dah palau dah... dan selepas tamat PRN Sarawak ini nanti bolehlah Baru Bian mencabar Tan Sri Adenan untuk berdebat pasal isu tanah NCR... sekarang tak boleh...

Ahad, April 03, 2011

BN ketepikan suara rakyat di N36 Semop, N38 Jemoreng dan N54 Pelagus.

Saya tidaklah mahu untuk mengulas terlalu panjang mengenai senarai kesemua 71 nama calon BN yang telah diumumkan oleh Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sarawak yang juga ADUN bertahan di Tanjung Datu YB Datuk Sri Hj Adenan Satem.

Cuma saya mahu berkongsi pandangan dengan rakan-rakan mengenai tiga kawasan DUN iaitu DUN N.36 Semop, DUN N.38 Jemoreng dan juga DUN N.54 Pelagus. Tiga kawasan DUN ini sebenarnya sedang berdepan dengan krisis kepimpinan dan masalah kepimpinan yang dihadapi oleh ketiga-tiga kawasan DUN ini pula berbeza diantara satu dengan yang lain.

N.36 Semop misalnya, masalah yang membelenggu rakyat disana selama berada dibawah penguasaan kerajaan BN adalah sama saja dengan masalah yang dihadapi oleh sesetengah rakyat dari kawasan DUN yang lain di negeri ini tetapi soal pokoknya ialah wakil rakyat yang mewakili rakyat di kawasan DUN Semop itu.

Selama berpenggal-penggal rakyat di kawasan DUN Semop terpaksa memilih YB DS Mohd Asfia Awang Nassar sebagai wakil mereka disitu demi untuk memastikan agar Barisan Nasional dapat terus bertapak di kawasan tersebut namun kesabaran penduduk di kawasan DUN Semop semakin hari semakin hilang apabila YB DS Mohd Asfia ternyata telah gagal membawa sebarang pembangunan untuk rakyat dikawasan Semop walaupun pada setiap kempen beliau dalam beberapa pilihanraya sebelumnya beliau pernah berjanji itu dan ini untuk rakyat tetapi sesudah itu keadaan tetap juga tidak berubah.

DS Mohd Asfia adalah orang dari luar kawasan dan beliau bukannya anak jati di kawasan DUN Semop itu, jadi menjelang pilihanraya negeri Sarawak ke-10 ini, semakin ramai penduduk di kawasan Semop turut menyuarakan rintihan mereka kepada pemimpin atasan parti PBB yang mahu supaya kerajaan Barisan Nasional mempertimbangkan seorang calon dari kalangan anak tempatan Semop diletak bertanding untuk mempertahankan kerusi DUN Semop dari dirampas oleh calon daripada pihak lawan.

Tapi malangnya segala rintihan rakyat di Semop seolah-olah tidak didengari dan buktinya ialah pada hari ini apabila calon yang dipertaruhkan oleh BN untuk bertanding mempertahankan kerusi DUN Semop iaitu Abdullah Sidon menyaksikan penduduk-penduduk di DUN Semop sekali lagi diwakili oleh seorang wakil rakyat yang bukannya anak tempatan kerana beliau berasal dari daerah lain. Akan tetapi sama-samalah kita tunggu dan lihat nanti sekiranya beliau menang, apakah dia juga sama dua kali lima dengan DS Mohd Asfia.

N.38 Jemoreng pula, masalah yang dihadapi oleh para pengundi atau rakyat di DUN berkenaan juga hampir serupa dengan DUN Semop cuma bezanya wakil rakyat DUN Jemoreng dari BN iaitu YB Abu Seman Jahwie memang tidak dinafikan memang beliau kerap turun ke kawasan untuk berjumpa dengan rakyat tetapi soalnya ialah beliau sudah lima tahun atau sudah sepenggal menjadi wakil rakyat disitu namun rakyat sentiasa tercari-cari dimana kemajuan yang Abu Seman sudah bawa untuk DUN kawasan Jemoreng?

Keadaan ini sudah tidak menyenangkan Ahli Parlimen Igan iaitu YB Datuk Abdul Wahab Hj Dollah dimana DUN Jemoreng juga termasuk didalam kawasan P.107 Igan yang diwakilinya, jadi mahu tidak mahu YB Datuk Wahab terpaksa bersuara juga mengenainya dan harapan beliau mahu pada plihanraya Sarawak ke-10 ini Abu Seman diganti dengan muka baru yang lebih cergas dan cekap mengatasi masalah rakyat atau YB Dauk Abd Wahab sendiri akan membuat satu kejutan yang Barisan Nasional tidak pernah menduga sama sekali boleh terjadi. Tetapi nampaknya Abu Seman masih dikekalkan, jadi adakah Datuk Abd Wahab boleh menerimanya....sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Manakala di DUN N.54 Pelagus pula dimana rakyat dikawasan berkenaan seringkali tampil menyuarakan sokongan tidak berbelah-bahagi terhadap ADUN N.54 Pelagus iaitu YB Larry S'ng untuk terus kekal sebagai wakil mereka dikawasan tersebut walaupun mereka sedar yang YB Larry S'ng tidak mewakili mana-mana parti dalam Barisan Nasional tetapi oleh kerana khidmat beliau sebagai seorang rakyat disana ternyata berkesan maka ini telah menyebabkan rakyat Pelagus sangat sukar untuk melepaskan YB Larry S'ng malah beberapa hari yang sudah mereka melalui Tuai Rumah masing-masing yang seramai lebih 153 daripada 172 orang Tuai Rumah esemuanya yang terdapat dalam kawasan DUN Pelagus telah menyediakan satu memo yang mengandungi tandatangan setiap seorang Tuai Rumah terbabit sebagai bukti sokongan mereka terhadap YB Larry dan kemudian dihantar kepada pengerusi BN Negeri untuk pertimbangan.

Tetapi dalam perkara ini nampaknya BN sekali lagi telah membuat keputusan hanya dengan kuasa mereka dan secara tidak langsung BN telah mengenepikan suara dari akar umbi iaitu suara rakyat bawahan apabila BN terpaksa tunduk dan akur terhadap tekanan daripada Presiden PRS Datuk James Jemut Masing yang bertegas mahu supaya BN menyingkir YB Larry S'ng dari kawasan DUN Pelagus untuk membolehkan pihaknya yaini PRS meletak calon baru mereka dikawasan tersebut iaitu Dennis Unja bagi menggantikan tempat YB Larry S'ng.

N65 Senadin: PKR mula menutup klinik Dr Micheal Teo lebih awal

Keputusan PKR yang meletak calon parti berkenaan iaitu Dr Micheal Teo Yu Ken untuk bertanding merebut kerusi DUN N65 Senadin daripada Barisan Nasional yang kini disandang oleh YB Datuk Lee Kim Shin adalah merupakan satu kesilapan dan sudah tentu ianya hanya akan mengundang kekalahan kepada Dr Micheal Teo yang beriya-iya untuk dipilih sebagai seorang wakil rakyat.

Dalam ketiga-tiga kerusi DUN yang berada didalam Parlimen Miri itu kenapa harus DUN Senadin yang PKR pilih untuk bertanding dan mengapa tidak di DUN N64 Pujut? Apakah PKR tidak sedar akan kekuatan SUPP/BN di kawasan DUN Senadin? Dan apakah PKR juga tidak tahu yang kebanyakkan penduduk dalam kawasan DUN Senadin hampir separuh daripada mereka terbentuk adalah hasil daripada penghijrahan beramai-ramai masyarakat luar bandar iaitu pendalaman ke bandar terutama sekali masyarakat Orang Ulu?

SUPP/BN yang memain peranan dalam menarik lebih masyarakat luar bandar ke bandar dengan menyediakan berbagai-bagai bentuk kemudahan seperti sistem jalanraya yang baik, bekalan air yang sempurna, bekalan elektrik 24 jam, membina banyak tempat kediaman seperti rumah mampu milik atau rumah kos rendah, rumah kos sederhana, rumah mewah, rumah teres, rumah berkembar, rumah bertingkat serta pelbagai lagi kemudahan lain seperti klinik, sekolah, tapak-tapak gerai perniagaan dan sebagainya disamping menyediakan peluang pekerjaan untuk mereka yang sudah menetap sebagai warga Miri.

Kejayaan pasukan Wawasan BN Miri yang diketuai oleh Ahli Parlimen Miri YB Datuk Seri Peter Chin Fah Kui serta dibantu oleh tiga sahabat iaitu YAB Tan Sri Dr George Chan Hing Nam ADUN Piasau, YB Andy Chia Chu Fatt ADUN Pujut dan ADUN Senadin YB Datuk Lee Kim Shin untuk merealisasikan Miri diisytihar sebagai sebuah Bandaraya ke-3 dalam negeri Sarawak memang terbukti apabila sejak beberapa tahun yang sudah mereka telah berjaya menarik semakin ramai penduduk dari bahagian-bahagian lain dalam Sarawak untuk tinggal menetap di Bahagian Miri disamping perpindahan beramai-ramai masyarakat Pribumi dari pendalaman ke bandar menyebabkan pertambahan penduduk menjadi semakin ramai dan ini telah memenuhi salah satu kriteria yang amat perlu bagi setiap bandar yang mahu dinaiktaraf sebagai sebuah Bandaraya.

Dengan segala kemudahan yang sudah dan akan disediakan walaupun mungkin ada sebahagian daripadanya agak perlahan atau lambat untuk dilaksanakan disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak memungkinkan untuk setiap projek itu dapat disiapkan dengan kadar segera atau seperti yang dijadualkan namun apa yang penting bagi penduduk di kawasan DUN Senadin sekarang ialah mereka sudah ada tempat untuk memautkan harapan kerana kekerapan YB Datuk Lee turun padang menemui rakyat di kawasan beliau bagi menyelami masalah yang mereka hadapi sudah tentu sangat besar ertinya kepada setiap rakyat.

Berbalik semula tentang PKR yang silap memilih kawasan untuk bertanding. Saya melihat dari beberapa sudut, Dr Micheal Teo sebagai seorang pengamal perubatan yang juga sama seperti mereka yang lain ada memiliki satu klinik beliau sendiri dalam kawasan pasar di Bandaraya Miri namun kalau dilihat dari segi sokongan ataupun sambutan daripada masyarakat atau orang ramai yang mahu mendapat khidmat perubatan dari klinik-klinik swasta terutama sekali di Bahagian Miri ini, orang ramai sebenarnya lebih suka memilih untuk pergi ke klinik lain seperti Klinik Dr Sim Cho Kheng, Dr Loh Yunn Hua, Klinik Dr Chew, Klinik Dr Philip Ting, Klinik Dr Peter Lee, Klinik Dr Yee, Klinik Dr Abdul Aziz, Dr Leong Mui Ling, Dr Ahmad Tajuddin, Dr Rokiah Udin tetapi jarang di sebut nama Klinik Dr Micheal Teo.

Bagi penduduk dikawasan DUN Senadin, Pujut dan Piasau untuk mendapat khidmat perubatan doktor swasta mereka lebih suka mengunjungi atau ada juga diantara mereka yang sudah menjadi pelanggan tetap di klinik-klinik yang tersebut diatas kecuali klinik kepunyaan Dr Micheal Teo atas sebab yang tidak diketahui puncanya. Ada juga suara yang kedengaran merungut dengan perkhidmatan yang diberi dan ada juga yang mengadu sukar untuk bertemu dengan Dr Micheal Teo diklinik apabila setiap kali hanya berjumpa dengan pegawai perubatan yang bekerja dengan beliau lalu ada yang bertanya, "macam mana nak jadi wakil rakyat kalau begini, baru ada satu klinik itupun sudah payah hendak kita berjumpa."

Tetapi sangat berbeza dengan YB Datuk Lee Kim Shin, rakyat di kawasan DUN Senadin khususnya memang sudah sebati atau sudah terbiasa menerima kunjungan YB Datuk Lee walaupun hanya pada hari-hari yang biasa kerana sebagai seorang wakil rakyat yang berbilang kaum seperti Cina, Melayu, Orang Ulu, Iban dan lain-lain lagi disitu maka masyarakat yang diwakilinya memang sudah kenal sangat dengan keprihatinan Datuk Lee terutama terhadap golongan yang kurang bernasib baik dan mereka sudah mengenali Datuk Lee Kim Shin bukan hanya menjelangnya saat pilihanraya tetapi setiap kali pulang ke kawasan DUN Senadin, YB Datuk Lee memang tidak pernah lupa untuk bertemu dengan rakyat tanpa mengira bangsa serta latar belakang mereka.

Oleh itu, apabila Parti KeADILan Rakyat PKR telah menetapkan Pengerusi PKR Bahagian Miri iaitu Dr Micheal Teo untuk berdepan dengan YB Datuk Lee Kim Shin di kawaan DUN N65 Senadin pada pilihanraya umum Sarawak 16 April ini, saya hanya dapat membayangkan bagaimana selepas pilihanraya itu nanti Dr Micheal Teo setiap hari hanya akan membuka klinik beliau mulai jam 10 pagi dan 5 jam selepas itu dia akan menutup balik premis kepunyaannya kerana pelanggan atau pesakit yang semakin berkurangan untuk mendapatkan rawatan malah ada dikalangan pesakit yang menjadi pelanggan tetap mula berubah selera dengan memilih klinik yang lain pula dan ini akan menyebabkan Klinik Dr Micheal Teo kehilangan semakin ramai pelanggan

Jam 3 ptg ini Pehin Sri Taib akan umum senarai penuh 71 calon BN

Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi Barisan Nasional Negeri YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud akan mengumumkan senarai nama kesemua 71 orang calon BN untuk bertanding mempertahankan 63 kerusi DUN disamping untuk merampas kembali 8 lagi kerusi yang telah dimenangi oleh calon daripada pihak Pakatan Pembangkang sebelum ini.

Adalah dijangka Radio Televisyen Malaysia RTM akan menyiar secara langsung pengumuman penting yang akan dibuat oleh Pehin Sri Taib pada pukul 3 petang ini dari Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Jalan Satok Kuching.

Sabtu, April 02, 2011

Oh Mega seks: Apa pula hubungkait Mr. Y dengan model lelaki Hong Kong ini?

Saya dah terbaca satu rencana di salah satu website yang agaknya cuba untuk merungkai rahsia tak lain tak bukan iaitu berkisar tentang isu Mr. Y.

Siapa dia Mr. Y yang dimaksudkan itu ? Anda tahu ? Saya lagi tak tahu... kalau nak tahu tutup semua suis lampu, biar gelap baru senang cari jam Oh Mega ok...

N.50 Dalat, BN berisiko tinggi untuk kalah kepada Pembangkang !

Untuk meningkatkan keupayaan gerak kerja jentera pilihanraya Barisan Nasional bagi menghadapi Pilhanraya Negeri akan datang, BN Sarawak saya rasa tidak perlulah terlalu bergantung sangat kepada senarai kawasan DUN sebagaimana yang telah diisytiharkan sebagai kawasan panas oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kerana pemerhatian yang dilakukan oleh pihak SPR dalam analisa yang mereka buat berkenaan sesuatu kawasan DUN itu memang berbeza dari yang dirasai oleh pihak BN Sarawak itu sendiri dan pemimpin dalam parti komponen BN Negerilah yang sepatutnya lebih merasa denyutan nadi rakyat dan tahu samada kawasan yang disandang mereka itu ketika ini masih selamat ataupun sebaliknya.

Saya ingin mengambil satu contoh iaitu di DUN N.50 Dalat iaitu kawasan dimana saya mengundi. SPR tidak ada menyenaraikan DUN Dalat ini sebagai salah satu kawasan yang dianggap sebagai panas tetapi tumpuan mereka lebih kepada DUN N.51 di Balingian kerana disitu Ketua Menteri Pehin Sri Taib akan bertanding dan jangkaan mereka sudah tentulah kawasan itu akan menyaksikan BN akan mendapat tentangan sengit darpada pihak Pembangkang namun saya tidak berpandangan sedemikian kerana pengaruh yang sangat kuat Pehin Sri Taib yang mana keluarga beliau memang berasal dari Mukah selain pembangunan yang dibawa beliau begitu cepat dan pantas berlaku dikawasan Balingian/Mukah/Dalat sejak beliau berpindah kerusi dari DUN N.14 Asajaya ke N.51 Balingian pada pilihanraya negeri tahun 2001.

Saya juga rasa lebih daripada 95% pengundi DUN Balingian masih menaruh keyakinan yang amat tinggi terhadap kemampuan YAB Pehin Sri Taib untuk terus menjadi wakil mereka pada penggal yang ke-10 ini nanti dan adalah sangat janggal bagi penduduk atau para pengundi di N.51 Balingian sendiri untuk menolak kepimpinan Pehin Sri Taib setelah terbukti beliau dalam masa yang tidak lama berjaya membawa berbagai projek untuk rakyat dikawasan DUN Balingian khususnya dan didalam Bahagian Mukah amnya. Oleh itu mana mungkin rakyat di Mukah sanggup untuk melupakan segala jasa bakti Pehin Sri dikawasan mereka dengan berpaling tadah memilih calon daripada Pembangkang semata-mata untuk menyelesai isu yang remeh temeh.
Berbalik kepada risiko berat yang mungkin terpaksa akan ditempuhi oleh seluruh jentera BN Sarawak terutamanya di DUN Dalat nanti ialah mengenai ura-ura akan pembabitan seorang bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak yang juga bekas Timbalan Pengurus Besar Pembangunan Bandar Bintulu(BDA) iaitu saudara Sylvester Ajah bin Subah dalam pilihanraya negeri kali ini.

Sylvester Ajah, berketurunan Melanau beragama Katholik yang dijangka akan mencabar penyandang kerusi DUN Dalat sedia ada iaitu YB Datin Hajjah Fatimah Abdullah kemungkinan besar akan bertanding atas tiket Bebas dan sudah memberi petunjuk jelas kepada saya betapa seluruh jentera BN dikawasan DUN Dalat mulai sekarang perlu segera bertindak untuk mempersiapkan segala bentuk kempen untuk menerangkan tentang berbagai isu berbangkit kepada rakyat serta segera mempertingkatkan keupayaan jentera kempen bagi menangkis segala isu rakyat yang akan ditimbulkan oleh pihak Pembangkang kelak.

Jika hasrat Syvester Ajah untuk menentang Datin Hajjah Fatimah nanti tetap diteruskan juga, ini bermakna BN sudah mempunyai lebih banyak kawasan DUN yang perlu untuk diberi perhatian lebih serta serius dan BN tidak boleh lagi leka dengan kemenangan tanpa bertanding yang telah diperolehi oleh Datin Hajjah Fatimah pada pilihanraya penggal yang ke-9 lalu kerana pencabar PBB/BN Dalat pada kali ini merupakan bekas orang kuat Pehin Sri Taib sendiri satu waktu dulu dikawasan DUN Dalat khususnya selain beliau juga pernah aktif dalam parti PBB serta masih berpengaruh disesetengah kawasan kampung dalam Daerah Oya Dalat.

Secara rigkasnya saya boleh melihat beberapa kawasan peti undi yang akan memberi sokongan kuat kepada Syvester Ajah pada hari pembuangan undi kelak ialah seperti dikampung kelahiran beliau sendiri iaitu Kampung Medong juga Kampung Klid, Kampung Kekan, Kampung Baru Melanau, Kampung Baru Cina, Kampung Tegup, Kampung Tengah Dalat, Kampung Tanam, Kampung Sungai Kut Muara, Kampung Penat Oya kerana faktor yang kuat iaitu Syvester Ajah mempunyai pertalian kekeluargaan dengan hampir penduduk-penduduk dikampung tersebut selain itu hampir kesemua kaum Melanau di setiap kampung berkenaan menganuti agama yang sama dengan Syvester Ajah iaitu Kristian.

Isu yang memungkinkan sokongan padu rakyat berpihak kepada Syvester Ajah kelak jika beliau berjaya meyakin rakyat mengenai asas perjuangannya kepada lebih separuh daripada para pengundi di DUN Dalat ialah isu yang paling dekat iaitu tanah serta isu NCR. Isu tanah ini yang telah gagal untuk diperjelaskan secara baik oleh YB Datin Hajjah Fatimah kepada komuniti dalam kawasannya ternyata akan diambil oleh pihak Pembangkang dengan memutarbelitkan semua fakta dari perkara yang sebenar.

Luka lama yang masih berbekas dalam hati rakyat di DUN Dalat mengenai isu tanah iaitu semasa Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi menjadi wakil rakyat dikawasan tersebut juga boleh dilhat akan merumitkan keadaan dan tambahan pula apabila isu itu kini telah menjadi satu beban yang terpaksa dipikul oleh YB Datin Hajjah Fatimah untuk menerangkannya kepada penduduk yang terlibat tetapi lebih malang lagi apabila terdapat penduduk tidak memahami jauh sekali cuba untuk menerima pejelasan yang diberikan dengan pikiran yang terbuka malahan lagi ramai pulak yang mengkritik cara Datin Hajjah Fatimah dalam usahanya untuk menangani isu berkenaan.

Semasa DUN Dalat dibawah pimpinan Datuk Seri Mohd Effendi, banyak tanah yang sudah diterokai oleh penduduk-penduduk kampung yang berdekatan telah diberi hak oleh DS Effendi kepada banyak syarikat dari luar untuk mengusahakan yang membawa bersama mereka begitu ramai pekerja-pekerja asing untuk bekerja di situ dan ini telah mula menimbulkan rasa tidak senang hati dikalangan penduduk-penduduk kampung dimana banyak tanah yang sudah mereka buka dengan tanaman rumbia yang hanya menunggu surat geran daripada pihak Jabatan Tanah dan Ukur Sarawak terpaksa membiarkan ladang yang telah diusaha mereka sebelumnya dimusnahkan oleh syarikat-syarikat perladangan yang telah diberi lesen oleh DS Effendi Norwawi.

Rakyat di DUN Dalat yang tidak memahami apa yang sebenar telah berlaku hanya melihat kerakusan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat berkenaan keatas tanah yang mereka terokai sejak sekian lama sebagai satu arahan terus daripada kerajaan Barisan Nasional dan stigma ini terus melekat dalam pemikiran ramai daripada yang terlibat dengan isu tersebut dan jelas sekali sehingga kini masih ramai diantara penduduk yang terlibat sudah kecewa dan terluka akibat kerja-kerja yang dilakukan oleh syarikat-syarikat lantikan DS Mohd Effendi seperti menyimpan perasaan dendam terhadap kerajaan Barisan Nasional Sarawak pimpinan Pehin Sri Taib Mahmud.

Apabila sudah berlaku perkara yang sedemikian, barulah kita sedar dan nampak dengan nyata bahawa pemimpin atau wakil rakyat di Sarawak ini walaupun mereka memang terbukti cermerlang dengan prestasi sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing dalam membawa pelbagai pembangunan untuk rakyat tetapi dalam soal untuk menerangkan segala isu berbangkit mengenai tanah iaitu satu perkara yang amat penting bagi penduduk Sarawak maka terserlahlah ramai diantara wakil-wakil rakyat BN Sarawak sendiri jarang turun padang untuk menjelaskan kepada rakyat tentang bagaimana, kenapa, macam mana atau sebab apa pihak kerajaan harus mengambil tanah yang sudah diusahakan oleh rakyat dan menyerahkannya pula kepada syarikat pemaju yang dilantik.

Adalah sangat diharap agar Barisan Nasional kalau boleh jangan mengambil sikap mudah terhadap kesemua 71 kawasan DUN yang ditandingi kerana setiap daripada memang tidak terkecuali daripada isu yang membabit soal Tanah Hak Adat Bumiputera atau NCR dan janganlah hanya bertumpu dikawasan-kawasan yang telah dikatakan oleh pihak SPR sebelum ini sebagai panas kerana pada hemat saya pihak SPR bukan bermaksud yang 9 kawasan yang dianggap mereka sebagai 'panas' juga tidak selamat bagi Barisan Nasional tetapi SPR melihat daripada segi keselamatannya yang mana mungkin 9 kawasan DUN itu berpotensi untuk timbul suasana yang tidak terkawal oleh pihak keselamatan semasa hari penamaan calon 6 April ini dan juga pada hari pengundian 16 April depan.

Orang Islam Sarawak mustahil mahu sesat bersama PAS !

Walaupun nampak ada sejumlah orang Islam di Sarawak yang menjadi pengikut kepada Parti Islam SeMalaysia atau PAS adik kepada DAP yang juga abang angkat kepada PKR, namun itu hanyalah satu jumlah yang kecil sebab kebanyakkan orang Islam Sarawak tidak mahu agama suci yang mereka pertahankan selama ini di Bumi Kenyalang turut tercemar gara-gara ketaksuban untuk memastikan agar PAS boleh bertapak di negeri ini.

Sangat mustahil bagi saya kalau orang Islam Sarawak khususnya kaum Melayu dan Melanau Muslim rela agama Islam diperalatkan oleh orang politik untuk tujuan yang salah dan tidak mungkin Islam Sarawak akan membenarkan budaya seperti solat dalam satu masjid dengan dua imam, berdemonstrasi berbaring diatas jalanraya, membenarkan kawasan dalam masijd dimasuki secara sesuka hati oleh orang bukan Islam seperti yang dibenarkan berlaku oleh PAS di Semenanjung Malaysia.

Sistem demokrasi yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional di negara ini memang membenarkan sesiapa saja untuk menyertai mana-mana pilihanraya yang diadakan namun bagi saya itu tidak bermakna orang Islam di Sarawak juga akan membenarkan PAS dengan sesuka hati "merayakan" Islam dalam pilihanyara DUN Sarawak kali yang ke-10 sehingga boleh membantutkan perkembangan agama Islam di Bumi Kenyalang yang sebelum ini kian subur bercambah dikalangan orang-orang bukan Islam.

PAS memang boleh untuk meletak mana-mana calon yang dikira mereka sesuai dengan kawasan yang diyakini mereka boleh menang tetapi untuk memenanginya dengan mengguna cara seperti menabur fitnah serta serangan peribadi terhadap calon lawan adalah tidak boleh diterima sama sekali kerana budaya seumpama itu merupakan satu kejutan orang-orang Islam tempatan yang boleh membuat para penyokong PAS di Sarawak yang sebelum ini percaya kepada perjuangan PAS untuk Islam berpusing balik untuk menyokong calon daripada Barisan Nasional.

Jumaat, April 01, 2011

N.67 Telang Usan: BN akan berdepan dengan PKR dan SNAP

 Seperti apa yang sudah diduga bahawa pertembungan sesama sendiri antara parti yang ada dalam Pakatan memang tidak dapat dielakkan apabila PKR melalui Pengerusi PKR Sarawak Baruk Bian telah mengumumkan calon PKR untuk DUN N.67 Telang Usan ialah bekas Ahli Parlimen Baram iaitu Harrison Ngau Laing yang juga seorang peguam.

Harison Ngau telah memenangi kerusi Parlimen Baram atas tiket Bebas pada tahun 1990 setelah menewas penyandang kerusi berkenaan iaitu Datuk Luhat Wan daripada SNAP yang ketika itu masih lagi sebagai anggota dalam parti Barisan Nasional Sarawak. Kemunculan semula Harrison Ngau yang mewakili PKR kali ini adalah untuk menentang calon muda yang akan diturunkan oleh PBB besar kemungkinannya adalah Kaunselor Dennis Ngau yang juga Ketua Pemuda PBB Baram.
Selain daripada calon PKR Harrison Ngau, SNAP juga dijangka akan meletak bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak iaitu Kebing Wan bagi menentang calon daripada Barisan Nasional. Kalau diukur dari segi pengaruh kepada para pengundi dikawasan N.67 Telang Usan, adalah sukar untuk menafikan bahawa Kebing Wan masih popular dikalangan kaum Orang Ulu etnik Kayan-Kenyah manakala Harrison Ngau bagi masyarakat Kayan, Kenyah, Kelabit, Berawan, Kiput, Kejaman serta Penan adalah tidak lebih sebagai seorang Ahli Parlimen yang telah gagal membawa sebarang pembangunan dikawasan Telang Usan walaupun rakyat sudah memberi peluang kepada beliau untuk membuktikan kemampuan beliau.

Namun jika Barisan Nasional terutamanya PBB telah membuat keputusan muktamad untuk menurunkan Kaunselor Dennis Ngau sebagai calon BN di Telang Usan nanti, saya berpendapat peluang untuk Barisan Nasional mempertahankan kerusi tersebut agar tetap menjadi milik BN adalah sangat cerah memandangkan dengan penyertaan semula Harrison Ngau di DUN Telang Usan kali ini akan menyebabkan para pengundi menjadi bingung untuk memilih salah seorang daripada calon yang bertanding samada BN atau SNAP ataupun PKR.

Keadaan ini bila berlaku akan memberi kelebihan kepada calon daripada Barisan Nasional yang ternyata berwibawa serta masih muda jika dibandingkan dengan dua calon iaitu dari SNAP yang sudah berusia lanjut dan begitu juga dengan calon daripada PKR yang telah dilabel oleh masyarakat Orang Ulu sebagai seorang bekas Ahli  Parlimen yang telah gagal untuk menunaikan amanah serta tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat dan hanya bijak berkata-kata berbeza dengan bakal calon daripada Barisan Nasional yang ternyata memiliki sifat-sifat sebagai seorang pemimpin yang baik untuk rakyat tambahan lagi keinginan rakyat Telang Usan itu sendiri yang mahu mendapat seorang wakil rakyat yang boleh dipercayai untuk membawa kemajuan kepada mereka selain itu rakyat juga mahu melihat calon BN yang belum lagi pernah diuji dari segi kemampuannya memimpin masyarakat di Telang Usan keluar dari masalah kemunduran serta kesusahan hidup.

Video Lucah: Ketua Polis Negara mengesahkan bahawa ia sah dan tulen - RBF

Pihak polis mungkin telah selesai dalam penyiasatannya terhadap video seks yang didakwa melibatkan Anwar Ibrahim dan seorang pelacur sambilan warga China.

Sebelum ini pihak PDRM telah menubuh pasukan khas dari Bukit Aman bagi menyiasat kesahihan kandungan dalam video tersebut dan blogger Ruang Bicara Faisal (RBF) ada memperolehi maklumat ringkas mengenainya.

Berita terbaru ini tentu akan membuat Lim Kit Siang, Karpal Singh, DS Haji Abdul Hadi Awang Cawat, Nik Aziz, Mahfuz Omar, Zuraidah Kamaruddin, R. Sivarasa serta pencacai Pakatan Pembangkang yang lainnya menjadi tidak keruan, duduk salah berdiripun salah, berbaring atas jalanraya pun belum lagi tentu berani kerana mereka semua telah menjadi syaitan yang bisu.

"Isu pembahagian kerusi" cuma satu tipudaya Pakatan menjelang PRN Sarawak!

Nama sudah kita tahu...Pakatan Pembangkang, mereka memang berpakat untuk sanggup berbuat apa saja demi mencapai apa yang sedang dikejar iaitu kuasa. Selagi kuasa belum jatuh kedalam tangan mereka maka selagi itulah mereka akan tetap bersandiwara.

Dalam isu pertelagahan Pakatan ini untuk mencapai kata sepakat berkenaan pembahagian kerusi sebanyak 71 kawasan DUN yang kononnya seperti tidak akan berkesudahan apabila mereka sesama mereka berlakon masing-masing kerusi dalam jumlah yang tidak masuk akal apabila kesemua jumlah yang dituntut jelas jauh mengatasi jumlah kerusi DUN Sarawak iaitu 116 sedangkan DUN Sarawak yang hendak ditandingi cuma 71 kerusi.

Bukan masalah bagi mereka untuk membuat pihak lain terpedaya asalkan kata sepakat perlu dicapai bukan untuk tujuan pembahagian kerusi DUN tetapi yang pertama mereka harus melakukannya agar pihak lawan iaitu Barisan Nasional terbuai dengan permainan kotor Pakatan dan harapan mereka ialah apabila pihak Barisan Nasional sudah lalai dan percaya yang pihak Pakatan sedang berdepan dengan krisis maka besar kemungkinan akan mengurangkan strategi kempen BN kepada rakyat dan jika ini berlaku tentulah ruang untuk DAP, PKR dan PAS mempengaruhi undi rakyat Sarawak sudah terbuka luas.

Seluruh jentera pilihanraya Barisan Nasional Sarawak hendaklah berhati-hati dengan taktik kotor yang mula dimainkan oleh pihak Pakatan Pembangkang ini dan isu "perebutan kerusi DUN" yang diperlihatkan oleh mereka kepada pihak media sekarang ini hanyalah satu helah atau tipudaya semata sedangkan diatas kertas mereka telah lama menggariskan atau menentukan kawasan DUN yang telah diperuntukkan kepada parti masing-masing sebab jika diambilkira dari segi persediaan, Pakatan Pembangkang sebelum ini telah berulangkali menyatakan yang pihak mereka sudah lama bersedia untuk menghadapi pilihanraya DUN Sarawak yang ke-10 tetapi kenapa pula apabila tiba waktu pilihanraya tiba-tiba saja mereka bertungkus-lumus untuk berbincang mengenai pembahagian kerusi bagi pihak mereka sehingga boleh bercakaran sesama sendiri? Pelik sekalikan...

Khamis, Mac 31, 2011

UFO muncul diruang udara Lafayette, Colorado Amerika Syarikat !

Dikala negara pengganas Amerika Syarikat yang mengetuai tentera bersekutu dianggotai oleh Britain, Perancis serta mendapat sokongan daripada UAE sendiri selaku sebuah negara Islam yang sanggup bersekongkol dengan kuasa Barat untuk memusnahkan negara Islam yang lain iaitu Lybia, maka pada 20 February 2011 yang lalu sehari sebelum Anwar Ibrahim "mengemaskinikan" akaun Facebook serta Twitternya tanpa Presiden Barrack Obama sedari ada 3 lembaga aneh telah muncul di ruang udara Lafayette dalam negeri Colorado.

Sibuk dengan rancangannya untuk memerangi semua negara Islam yang lemah, Obama yang pada mulanya dianggap sebagai seorang pemimpin pertama negara penceroboh itu mempunyai pendekatan tidak mahu bermusuhan dengan negara-negara Islam kerana cara kepimpinan Obama diperingkat mula memang meyakinkan semua pemimpin negara Islam seluruh dunia namun semuanya hanyalah satu sandiwara semata. Obama dengan George Walker Bush memang tiada bezanya, sama-sama kejam. Cuma Bush berkulit putih manakala Obama berkulit hitam, itu saja...lain-lain sama saja.

Berjaya menduduki negara Afghanistan bertahun-tahun lamanya telah menjadikan Amerika Syarikat muncul sebagai sebuah negara Barat yang begitu berjaya menipu seluruh pemimpin negara-negara lain dengan cerita yang sengaja direka mengenai kewujudan seorang manusia yang bernama Osama Bin Laden. Sampai bila lagi pemimpin negara-negara Islam untuk terus mempercayai pembohongan oleh pihak Amerika Syarikat mengenai yang Osama Bin Laden benar-benar wujud di muka bumi ini.

Untuk apa lagi kita percaya lagi dengan sebarang dakwaan Amerika Syarikat tentang Osama Bin Laden ini dan lihatlah setiap kali Amerika Syarikat membuat drama baru dimana-mana saja dalam negara Islam yang jalan ceritanya boleh dikaitkan dengan watak Osama Bin Laden, mereka yakni tentera Amerika Syarikat segera dikerah untuk melancarkan serangan tanpa perlu untuk mendapat restu dari pemimpin negara yang dijadikan sebagai pangkalan tentera mereka.

Osama Bin Laden bagi saya adalah satu kisah rekaan Amerika Syarikat semata-mata. Osama Bin Laden tidak wujud sebenarnya dan adalah amat mustahil sekali bagi sebuah negara yang sudah berpuluh-puluh tahun mendahului negara-negara lain didunia ini dalam memiliki alat-alat yang tercanggih tetapi sentiasa gagal untuk mengesan dimana kedudukan Osama Bin Laden berada.

Kenapa begitu sukar sekali bagi Amerika Syarikat untuk menjejaki Osama Bin Laden sedangkan di bulan mereka sudah sampai, planet Musytari, matahari mereka sudah berjaya mengelilinginya tetapi kalau benar dakwaan mereka yang Osama Bin Laden memang wujud dan bersembunyi dalam lubang gua antara Afghanistan dengan Pakistan kenapa tidak berusaha untuk mengenalpasti berapa jumlah kesemua bukit yang mempunyai lubang gua serta kedudukkannya dalam negara Afghanistan dan Pakistan.

Watak Osama Bin Laden adalah lesen besar Amerika Syarikat bagi membolehkannya untuk menyerang mana-mana negara Islam yang dia anggap sebagai penghalang kepada semua niat jahat Amerika Syarikat yang memang gemar membuli negara lemah terutama negara-negara Islam.

Semua cerita tentang Obama Bin Laden yang dimainkan oleh Amerika Syarikat tidak ubah gaya ceritanya sama seperti cerita dongeng yang dibawa oleh Anwar Ibrahim dan isterinya Wan Azizah mengenai dakwaan Anwar diracun dengan arsenik, kemudian sakit tulang belakang, sudah sembuh dari sakit buat cerita lawak pula 16 September dan sekarang pula 'buku Jinggay" Pakatan DAP, PKR dan PAS.

Inilah saya rasa agaknya apabila UFO muncul tepat diruang angkasa Amerika Syarikat mungkin ianya sebagai satu peringatan daripada Tuhan kepada seluruh manusia serta kepada semua pemimpin dari negara-negara kuasa besar khususnya Amerika Syarikat sendiri supaya jangan berterusan untuk menipu satu dunia dengan berbagai-bagai cerita karut yang mereka bawa tentang Osama Bin Laden.

Anwar dan Baruk Bian sudah mulai saling tidak mempercayai sesama sendiri

(atas hanya gambar untuk hiasan, ihsan daripada brader Jeffry Damien dan mungkin tiada kaitan dengan sesiapa baik yang akan kalah atau yang belum tentu dapat jadi KM Sarawak)

Pertelagahan yang berlaku di antara DAP dengan PKR dalam isu pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihanraya Sarawak yang ke sepuluh sudah menjadi semakin kusut malah Anwar yang datang ke Bumi Kenyalang sejak dua hari yang lalu ternyata gagal untuk mencari penyelesaian berhubung isu tersebut.

Baruk Bian yang dlantik secara membabi buta oleh Anwar untuk menerajui PKR di Sarawak juga ternyata gagal dalam mendapatkan persefahaman bersepadu dengan sekutu mereka dalam Pakatan Rasuah iaitu DAP Sarawak apabila mulut beliau terus dikunci oleh SNAP yang memang tidak menyukai gaya politik liar yang cuba dibawa oleh PKR ke dalam politik negeri Sarawak.

Faktor utama lain yang mungkin menjadi punca kegagalan kepada semua cara Baruk Bian untuk mencapai kata sepakat dalam setiap perbincangan yang diadakan bersama DAP Sarawak ialah berkaitan dengan sejarah silam iaitu bagaimana sejarah hubungan antara kaum yang ada di atas Bumi Kenyalang ini terbentuk dan berkembang serta apa yang berlaku disepanjang sejarah itu bermula sehingga kini.

Di Sarawak misalnya, mungkin semua daripada rakyatnya tahu yang Baruk Bian adalah seorang yang datang daripada sekitar masyarakat yang memang terkenal dengan sikap anti-Cina kecuali kalau sememangnya kaum Cina itu telah lama menetap serta berniaga di Daerah Lawas atau Limbang. Banyak sebenarnya perkara yang telah berlaku membabitkan  permasalahan ini tetapi biarlah ianya hanya menjadi satu sejarah yang tak perlu lagi untuk diungkit-ungkit.

Dan oleh kerana itu saya berpendapat bahawa sekiranya dalam DAP Sarawak sekarang ini ada terdapat mereka-mereka ini yang dulunya iaitu pemimpin Cina atau kaum keluarga mereka yang pernah menjadi mangsa gangguan ketika mula atau semasa sudah bekerja di kawasan daerah kelahiran Baruk Bian, pastinya tidak akan dapat melupakan tentang apa yang pernah mereka alami dan tidak semudah itu bagi mereka untuk menerima Baruk Bian menjadi orang nombor satu dalam Pakatan Rasuah di Sarawak ini.

Dalam isu pembahagian kerusi yang masih buntu antara DAP dengan PKR saya melihat Baruk Bian seperti menaruh harapan tinggi terhadap Anwar untuk segera menyelesaikannya namun apa yang diharapkan oleh Baruk Bian serta kuda-kuda PKR di Sarawak ternyata tidak menjadi kerana asas sebenar iaitu persefahaman atau kesepakatan bersama dalam menentukan tindakan seterusnya ternyata gagal ditangani Anwar Ibrahim yang kini masih gagal mendapatkan semula jam Omeganya yang dilaporkan hilang pada 21 February lalu dalam sebuah bilik misteri disebuah hotel terkemuka.  

Rabu, Mac 30, 2011

Video Porno: kalaulah 'sotong kurita' pandai mengemaskini facebook dan twitter...

Bayangkanlah kalau sekiranya 'sotong kurita' ditakdirkan untuk bijak serta mahir bermain dengan alat-alat komputer seperti manusia lalu seterusnya tahu pula bagaimana cara untuk membuat akses ke internet dan lagi selepas itu faham cara macam mana untuk melayari mana-mana laman web yang disukai seperti blog, facebook, twitter dan sebagainya.

Bertambah menarik lagi jika ditakdirkan 'sotong kurita' yang memiliki lapan tangan bijak untuk mencipta akaunnya sendiri dalam laman sosial seperti facebook dan juga twitter. Bayangkan kalau "sotong kurita" itu ketika bermain atau tengah mengemaskini akaun di facebook atau twitternya tetapi dalam waktu yang sama juga dia tengah membuat ramalan sambil memeluk salah satu daripada dua peti yang diramalkan untuk menang.

Lagilah bertambah menarik jika ramalan 'sotong kurita' itu tidak tepat iaitu apabila pasukan yang sebelumnya telah diramal sebagai akan menang namun akhirnya kalah kepada pasukan bukan pilihan, jadi apakah 'sotong kurita' yang punya banyak tangan itu akan berkata, "oh! ..saya ada dirumah ketika itu bersama keluarga serta cucu sambil mengemaskini akaun di facebook dan twitter, yang anda semua lihat dalam akuarium tu bukan saya tapi sotong lain sebab perut saya kempis sedangkan perut sotong dalam akuarium tu buncit."

Bolehkah rasanya bagi kita untuk menerima secara bulat-bulat penafian 'sotong kurita' yang bertangan lapan itu sebagai bukti yang dia tidak pernah memeluk salah satu peti yang terdapat didalam akuarium piala dunia itu dan apakah 'sotong kurita' itu jujur atau sebaliknya ketika membuat semua penafian itu ?

PornKR: di Kuching, Anwar masih gagal temui jam Omega !

Menurut laporan oleh rakan-rakan blogger pro-BN dari Bahagian Kuching seperti Rajah Mas, Aleh Kayong, Melanau Blogger dan lain-lain lagi yang ada bersama membantu Anwar menyelongkar tempat tertentu dikawasan yang terpilih untuk mencari seutas jam tangan berjenama Omega yang didapati hilang pada 21 February lalu iaitu semasa Anwar sedang sibuk mengemaskini akaun dilaman Facebook dan Twitter sekitar jam 8:20 mlm - 10:40 mlm bagi facebook manakala di twitter antara jam 9:20 mlm hingga jam 11:39 mlm, kesemua mereka telah memaklumkan bahawa yang Anwar telah gagal untuk menjumpai semula jam berkenaan.

Mereka juga melaporkan bagaimana ADUN N.9 Padungan YB Dominique Ng terpaksa berdiri menggunakan bangku yang terdapat didalam kedai kopi berdekatan dimana tempat Anwar beriya-iya mensyaki lokasi jam Omeganya hilang serta kemudian dilaporkan pula bagaimana YB Dominique bertindak nekad dengan menyusun kerusi berkenaan satu persatu sehingga tinggi bagi memudahkan mereka untuk mencarinya pula dibahagian atas siling kedai kopi berkenaan.

Apalah malang, apalah bala..sebaik-baiknya sebelum mahu menyertai Pilihan Raya Negeri Sarawak adalah elok untuk Anwar Ibrahim membersihkan dulu dirinya dari sebarang badi yang sedang bersalut ditubuhnya. Buatlah mandi bunga ke apa, berdukun ataupun berbomoh semua boleh dilakukan untuk membuang nasib sial yang tengah menyelubungi seluruh tubuh badan beliau. Jika semua sudah okay, maka tiada masalah lagi untuk ikut serta dalam PRN Sarawak ke-9 ini nanti atau pada PRU-13 kelak.

Selasa, Mac 29, 2011

Bagaimana cara mau tau akan kehadiran hantu disekitar kita ?

Tajuk diatas berbentuk satu soalan iaitu mahu tahu bagaimanakah cara-cara untuk kita mengesan akan kewujudan hantu dipersekitaran kita terutamanya pada waktu senja ataupun malam. Ye lah, hantu kan sifatnya hanya akan keluar pada waktu berakhirnya siang serta dikala senja mula membukakan tirai malam sebab hantu pada watu siang dia tak boleh keluar selagi ada cahaya matahari menerangi alam ini dan sebab itulah hantu memang aktif pada waktu malam.

Hantu memang takut kepada cahaya matahari yang benar tetapi memang suka kepada suasana malam yang gelap kerana senang untuk menakut-nakutkan manusia selain itu mudah untuk mengemaskini atau untuk meng'up date' akaun facebook serta men'twitt' twitter yang berdada bidang.

Selain itu kita juga boleh tahu tentang kehadiran hantu didekat kita hanya melalui reaksi ayam peliharaan kita iaitu seandainya ayam mengeluarkan bunyinya seperti agak kehairanan disamping kita sendiri juga akan mengalami tindak-balas seperti bulu roma kita meremang maka bermakna hantu sudah ada berhampiran dengan kita pada waktu itu.

Bagi masyarakat yang bukan beragama Islam pula mereka lebih arif mengenai perkara ini dengan memerhati tingkahlaku anjing sekiranya ada yang memelihara iaitu pada malam hari. Semua tahu yang mata anjing serta haiwan-haiwan lain yang sama spesis mempunyai penglihatan yang amat berbeza jika dibandingkan dengan manusia sebabnya pada waktu malam misalnya haiwan-haiwan ini tidak memerlukan cahaya bantuan untuk membolehkan mereka berjalan walaupun dalam suasana yang gelap gelita.

Anjing ini apabila ia telah menyedari yang hantu ada berkeliaran disekelilingnya maka di saat itu juga tindakbalas segera dari anjing dapat kita lihat seperti apabila ekor dia tiba-tiba melengkung kebawah dan seterusnya hujung ekor itu tadi akan dimasukkan rapat-rapat diantara celah kedua-dua belah kaki belakangnya sambil berbunyi seperti merengek tetapi tidak menyalak seperti kebiasaannya.

PornKR: kisah video Anwar hampir sama dengan isu video Ariel Peterpan

Walaupun sudah berusaha sedaya upaya mencuba untuk menafikan yang beliau adalah orang yang dilihat beraksi didalam satu video klip lucah, namun akhirnya Mohd Nazril atau Ariel Peterpan setelah melalui proses perbicaraan di mahkamah Indonesia terpaksa menerima hukuman penjara selama 4 tahun apabila pihak mahkamah negara tersebut mendapati beliau yang menjadi saksi utama kes memang sah melakukan kesalahan itu.

Isu video klip lucah yang melibatkan Ariel turut membabitkan dua selebriti terkenal Indonesia iaitu Luna Maya yang juga tunang Ariel serta Cut Tari seorang pelakon dan juga model telah menggemparkan seluruh masyarakat di Indonesia malahan semua rakyat Indonesia yang bekerja mencari rezeki di negara-negara luar juga terkejut dengan pendedahan yang telah mulai disebar oleh pihak media di Indonesia.

Terbaru, kita di Malaysia pula sedang ribut dengan isu yang hampir serupa dengan isu video klip lucah Ariel Peterpan tetapi bezanya ialah jika Ariel Peterpan seorang penyanyi serta pemuzik, Anwar Ibrahim pula adalah seorang ahli politik dan jika Ariel Peterpan melakukan perbuatan sumbang itu dengan Luna Maya tunang beliau serta Cut Tari tetapi Anwar Ibrahim pula telah melakukannya bersama dengan seorang amoi comel dari negara China.

Persoalannya kecil saja iaitu jika Ariel Peterpan yang telah didapati bersalah oleh mahkamah agung Indonesia dan kini telahpun menjalani hukuman penjara jadi apakah nanti Anwar Ibrahim juga akan menerima hukaman yang serupa sekiranya pihak mahkamah Malaysia mendapati memang sah Anuwar Ibrahim yang berlakon memegang watak sebagai hero didalam video video lucah yang diberi judul Omega itu ?

PornStar: Anwar terbang ke Sarawak hari ini, cari jam Omega yang hilang...

Petang semalam saya telah menerima satu maklumat daripada rakan blogger H/L bahawa Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim akan datang ke Sarawak dengan menaiki sebuah pesawat MH2528 yang akan berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Kuching pada jam 3:15 minit petang ini.

Belum dapat dipastikan apakah tujuan sebenar kedatangan awal Anwar Ibrahim ke Bumi Kenyalang sebelum hari penamaan calon 6 April depan samada untuk berjumpa dengan semua jentera pilihanraya PKR atau untuk bertemu dengan pemimpin DAP Sarawak yang semalam sudah menutup rapat-rapat pintu rundingan mengenai pengagihan kerusi DUN Sarawak dengan Ahli Parlimen Batu yang juga Pengarah Strategik PKR Pusat YB Tian Chua Gigit.

Apakah isu kehilangan jam Omega yang dipakai oleh Anwar Ibrahim semasa men'twitt' facebook beliau bersama dengan amoi cantik dalam sebuah hotel antara jam 8:20pm hingga jam 10:40pm pada 21 February lalu sebagai satu petanda buruk yang PKR juga akan turut kehilangan kerusi DUN N.9 Padungan yang wakil rakyatnya dibelenggu masalah kewangan serta berdepan dengan kebangkrapan ?

Isnin, Mac 28, 2011

PRN Sarawak 2011: BN agak sukar di bandar tapi selesa di luar bandar

Pada pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 kali ini memang ramai yang tampil dengan ramalan masing-masing tentang siapa akan menang siapa akan kalah. kawasan mana yang dikategori sebagai panas dan sebaliknya.

Tetapi bagi saya soal tentang siapa samada BN akan terus berkuasa atau Pakatan Rasuah akan gulung tikar selepas pilihan raya itu nanti dan terus terjun kedalam Laut China Selatan semuanya adalah teori politik semata-mata dan sesiapa saja berhak mempunyai persepsi yang berbeza mengenainya.

Namun apa yang sangat penting kini ialah untuk memastikan agar rakyat Sarawak tidak menganggap pilihan raya yang diadakan sama seperti pesta atau temasya keramaian biasa apabila setiap hari mereka melihat ramai orang baik dari dalam mahu dari luar Sarawak yang lalu-lalang serta kehulu kehilir dikawasan masing-masing.

Rakyat Sarawak harus teliti dan berhati-hati didalam memilih calon untuk mewakili mereka ke DUN Sarawak nanti supaya tiada pihak yang dikemudian harinya akan menyesal apabila sudah sedar diri telah ditipu dan dibohongi oleh pemimpin yang dipilih oleh mereka sendiri seperti apa yang telah berlaku terhadap rakyat di negeri Pulau Pinang, Selangor dan juga di Kedah.

Barisan Nasional pada pilihan raya kali ini walaupun pada hemat saya tetap akan menang besar ataupun mungkin lebih besar lagi daripada PRN yang ke-9 dulu jika berdasarkan kepada prestasi lembab wakil-wakil rakyat Pakatan Rasuah di kawasan yang mereka wakili serta jika melihat kepada sokongan rakyat terhadap kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib sebagai Perdana Menteri tetapi BN juga dilihat akan melalui jalan berliku yang sukar untuk dielakkan namun harus ditempuhi sedaya upaya jika mahu memenangi hati rakyat.

DUN yang terletak di kawasan sesetengah bandar terutama sekali para pengundinya terdiri daripada kaum Cina, harapan BN untuk menang mudah agak sukar berbanding dengan kawasan DUN di bandar lain yang jumlah pengundinya daripada kaum Cina dan kaum Bumiputera adalah seimbang atau sama rata. Keadaan ini berlaku kerana berpunca daripada para pengundi yang kurang mengambil berat tentang siapa wakil rakyat mereka memandangkan segala kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air serta bekalan elektrik yang sudah tidak menjadi masalah lagi kepada mereka berbeza dengan pengundi yang berada diluar bandar.

Manakala bagi DUN yang kebanyakkannya berada diluar lingkungan bandar atau dipendalaman Sarawak, wakil rakyatnya tidaklah menghadapi masalah yang serupa dengan dilema wakil rakyat kawasan bandar kerana para pengundi yang duduk di kawasan kampung serta pendalaman, mereka sentiasa tetap sabar menanti janji pembangunan yang dibuat oleh walaupun kadangkala lewat atau lambat dilaksanakan maka untuk tidak mahu melihat setiap projek yang sudah diluluskan oleh BN terhenti di separuh jalan sekiranya rakyat pendalaman memilih calon pembangkang jadi mereka akan tetap memberi undi kepada calon BN demi memastikan pembangunan yang telah dirancang oleh kerajaan BN sebelumnya dapat diterus tanpa menyusahkan mana-mana pihak dikemudian hari.

Porn Star: Memang benar Anwar up-date akaun FB & Twitter antara jam 8:20pm-10:40pm !

Usahlah hendak dipertikaikan lagi tentang waktu Anwar Ibrahim mengemaskini akaun Facebook serta Twitter beliau itu kerana memang terbuktipun yang memang dia bercakap benar walaupun ramai pihak yang mempersoalkan dimana beliau berada pada waktu antara jam 8:20 malam sehingga jam 10:40 malam 21 February lalu.

Macam manalah orang boleh nampak kelibat Anwar pada masa tu, kan ke dia sudah padam semua lampu didalam biliknya kecuali lampu dalam bilik air bagi memudahkan dia untuk mengemaskini akaun facebook serta akaun twitter beliau secara bebas tanpa gangguan.

Bukan lagi hanya setakat sekali Anwar mengemaskinikan akaun facebook dan twitter bersama keluarga serta cucunya tetapi sampai dua kali hanya dalam masa sesingkat iaitu dalam tempoh hanya 20 minit. Itulah, jangan gaduh-gaduh lagi..dah sahpun yang bilik tu sudah berubah menjadi gelap, sebarang lembagapun susah untuk kelihatan lagi.

Video Seks: nafsu seks Anwar dikuasai 100% Barisan Nasional !

Barisan Nasional memang hebat ! ..mana tidak, Barisan Nasional bukan saja dikenali sebagai sebuah pertubuhan politik yang telah begitu lama diakui berjaya menguasai pemerintahan di Malaysia serta telah berjaya membuktikan kepada dunia juga betapa Barisan Nasional turut berjaya membawa pembangunan, kemajuan, keamanan di negara ini hampir setaraf dengan apa yang dicapai oleh sebilangan negara maju yang lain.

Tetapi ada satu lagi kejayaan yang sangat luarbiasa telah dicapai oleh kerajaan Barisan Nasional yang belum disedari ramai pihak iaitu selain membuktikan yang ia berjaya sebagai sebuah pertubuhan politik yang dianggotai oleh 14 buah parti komponennya, Barisan Nasional juga kini telah berjaya melakar satu lagi kejayaan yang belum pernah sama sekali dicipta oleh mana-manapun kerajaan diseluruh dunia iaitu "menguasai nafsu seks" pihak lawan atau pembangkang dalam negaranya.

Tetapi Barisan Nasional mampu melakukannya, contoh seperti apa yang telah Barisan Nasional lakukan ke atas Ketua Pembangkang di negara ini iaitu YB Anwar Ibrahim. Jika dulu Anwar telah diarah oleh Barisan Nasional untuk meliwat bekas pemandu kepada isterinya Wan Azizah iaitu Azizan Abu Bakar maka tiba-tiba saja nafsu Anwar Ibrahim bergelora kencang lalu beliau menurut apa saja kemahuan Barisan Nasional, maka dibalunnya belakang Azizan.

Lepas tu Barisan Nasional dengan kuasa ajaib yang ada padanya sekali lagi mengarahkan Anwar Ibrahim untuk membuat perkara yang sama seperti apa yang dilakukannya ke atas Azizan dan kali kali ini Barisan Nasional telah menyediakan seorang pemuda belia kepada Anwar lalu tanpa berlengah selepas selesai makan 'karipap' Anwar yang nafsunya dah tak tertahan mula bertanya kepada pemuda yang disediakan oleh Barisan Nasional itu "Can I Fuck You Today?" lantas disuruhnya pemuda tersebut masuk ke dalam bilik air untuk bersihkan badan lalu lepas tu diraba-rabanyalah dada pemuda berkenaan dan seterusnya ditibainyalah pulak bahagian belakang pemuda itu selama 5 minit dan sesudah selesai Anwar tanya lagi pada pemuda tu "Are You Okay?"

Kali yang ketiga dan terbaru, Barisan Nasional sekali lagi mengarahkan Anwar untuk mengikut segala kemahuannya dengan menghendaki Anwar pergi ke sebuah hotel dan buat apa yang disuruh. Anwar yang dah biasa kena pukau oleh Barisan Nasional menurut saja apa yang diminta oleh BN. Tetapi habuan yang disediakan oleh Barisan Nasional kali ini untuk dimamah oleh Anwar bukannya seorang jantan tetapi seorang wanita rakyat China seoraang model dan bekerja sebagai pelacur sambilan untuk menambah pendapatan sampingan bagi menyara keluarganya di Tanah Besar China.

Bila Anwar dah sampai ke hotel seperti yang ditetapkan Barisan Nasional itu serta ketika berdua-duaan dengan wanita berkenaan dalam bilik hotel lalu Anwar yang dikatakan oleh Papa Gomo kelihatannya agak gelojoh serta tidak sabar untuk meratah tubuh wanita berkenaan segera masuk bilik air dengan hanya memakai tuala warna putih dan selepas keluar dari bilik air Anwar segera menutup langsir jendela, padam lampu dan kemudiannya membuka sikit pintu bilik air dengan membiar lampu bilik hidup sebelum membalun pepek wanita China itu.

Dipendekkan cerita, Anwar yang gagal menahan gejolak nafsunya sepertimana yang telah dilaporkan oleh Papa Gomo tidak sampai 5 minit sudah memancut air mineralnya dalam mulut wanita berkenaan yang menyebabkan wanita itu tergesa-gesa berlari ke dalam bilik air untuk memuntahkan air mineral yang dilepaskan oleh Anwar tetapi tidak setakat tu saja Anwar yang sekali lagi naik sheik dikatakan oleh Papa Gomo meneruskan projek seperti yang diarah oleh Barisan Nasional untuk kali yang kedua dan Anwar berjaya menyiapkan projek hanya dalam tempoh masa 20 minit saja iaitu lebih awal dari jadual yang telah ditetapkan oleh Barisan Nasional.

Hebatkan Barisan Nasional !!!

Ahad, Mac 27, 2011

PornStar: Nik Aziz malu dan kesal melihat mutu lakonan Anwar !

Hendak dijadikan satu ceritalah, sebaik saja MB Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat keluar dari tengah hutan dipendalaman negeri Kelantan iaitu lokasi dimana tempat beliau menjalani sessi pertapaan bagi memulihkan semula daya ingatannya selain untuk mendapatkan suatu ilham bagi mencipta fatwa baru khusus untuk diketengahkan kepada para pengikut PAS serta PKR agar kepercayaan serta sokongan mereka terhadap Anwar Ibrahim tidak akan terjejas walaupun timbul isu video lucah yang melibatkan Anwar Ibrahim dengan seorang pelacur warga China.

Apa yang diharapkan oleh puak Pakatan dari kemunculan Datuk Nik Aziz adalah fatwa-fatwa yang segar dan baru daripada beliau namun jangkaan mereka telah meleset sama sekali apabila Datuk Nik Aziz yang tampil dalam keadaan yang agak lesu telah mengeluarkan kenyataan pertamanya yang sungguh diluar dugaan iaitu sebaik sahaja dia selesai menonton babak keseluruhan aksi ganas bintang porno dalam video klip tersebut menyebabkan wajah Datuk Nik Aziz terus berubah dari berwajah ceria kepada merah padam.

Nak tau apa sebabnya ? Sebabnya ialah, Datuk Nik Aziz langsung tidak berpuashati dengan mutu lakonan yang dipersembahkan oleh Anwar dalam video klip berkenaan. Kata Datuk Nik Aziz "saya merasa sangat malu dan kesal, macammanalah bangsa lain nak tertarik untuk menonton filem Melayu kalau setakat tu saja kemampuan kita menunjukkan bakat berlakon, sudahlah bangsa kita tak ada duit tambah lagi bangsa kita tak ada langsung bakat untuk berdrama...baru saja 20 minit berlakon sudah pitam bukan sekali tapi dua kali, manalah saya tak malu dan kesal dengan semua tu" katanya Datuk Aziz dalam nada yang amat kecewa sebab mulai merasakan diri beliau semakin lama semakin kerap pula kena tipu oleh Anwar Ibrahim.

Video porno: jika ianya satu konspirasi UMNO, kenapa pula Anwar sanggup terima watak sebagai hero ?

Sungguh pelik sekali apabila terdapat semakin ramai penyokong PKR serta Pakatan Pembangkang tega menuduh UMNO dan BN sebagai dalang disebalik rakaman video lucah yang telah dibintangi oleh Anwar Ibrahim dengan pasangannya seorang pelacur sambilan warganegara China.

Cuba kalau kita lihat di facebook atau twitter dan baca komen-komen yang mereka hantar semuanya membela Anwar dan mendakwa rakaman video lucah berkenaan sebagai satu lagi konspirasi jahat yang sengaja dibuat oleh UMNO serta Barisan Nasional untuk memerangkap Anwar Ibrahim.

Tidakkah mereka terpikir bahawa Anwar Ibrahim yang telahpun diisytiharkan sendiri oleh isteri beliau iaitu Dr. Wan Azizah sebagai seorang manusia yang telah di 'anugerah oleh Tuhan' kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menjadi pemimpin mereka sepatutnya Anwar lebih dulu mengetahui tentang benda yang baik atau buruk akan menimpa beliau sesuailah dengan gelaran "anugerah Tuhan" yang diberikan kepada beliau iaitu satu gelaran yang setaraf dengan yang pernah diterima oleh para nabi pada zaman dahulu.

Selain itu, sebagai seorang yang telah diagung-agungkan sebeitu rupa oleh puak Pakatan Pembangkang untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia nanti iaitu sekiranya mereka berjaya menakluki Putrajaya maka sewajarnyalah Anwar Ibrahim cepat peka dan mudah membaca sesuatu itu samada ianya satu perangkap atau sebaliknya dan adalah wajar agi Anwar untuk mengelak sebarang percubaan untuk merangkap beliau biar dari sudut mana sekalipun.

Tetapi apabila tuduhan yang dilemparkan datang bertubi-tubi ke atas UMNO dan BN sebagai yang bertanggungjawab 'memaksa Anwar beraksi' dalam video lucah berkenaan maka kehairanan terus muncul dalam pikiran saya, jadi sekiranya benar begitu apakah nafsu serakah Anwar Ibrahim semuanya bergantung kepada kehendak UMNO dan BN untuk menentukannya dan bukan datang daripada naluri atau keinginan nafsu Anwar Ibrahim sendiri ? Pelikkan...

Arkib Blog