Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Ogos 20, 2011

Liwat II: solat hajat untuk menghalang Mohd Saiful muncul kali kedua di TV3 !

"Jemputan Munajat Rakyat" konon untuk menolak fitnah UMNO/BN akan dilakukan malam ini selepas solat tarawih bertempat di kediaman rasmi Anwar Ibrahim.
Tergamam dengan temubual eksklusif antara pihak TV3 dengan Mohd Saiful Bukhary Azlan yang disiarkan dua malam berturut-turut iaitu pada malam 16 dan 17 Ogos lalu melalui siaran Buletin Utama nampaknya bukan saja telah membuat Karpal Singh selaku ketua peguambela kes liwat II hampir menjadi pitam tetapi juga sudah membuat hampir mereka yang ada dalam PKR menjadi tidak tentu keruan.

Dengar khabarnya Karpal Singh telah meminta agar Hakim Mahkamah Tinggi YAA Datuk Zabidin Md Diah segera bertindak ke atas Mohd Saiful ekoran tersiarnya temubual antara beliau dengan wartawan TV3 malam Selasa dan Rabu lalu tetapi Karpal Singh lupa apa hak dia untuk menyekat Mohd Saiful dari menggunakan "hak serta kebebasannya" dalam mengendalikan urusan peribadi seharian.

Kalau selama ini Anwar Ibrahim sebagai seorang tertuduh dalam kes liwat II boleh bebas sebebasnya menggunakan "hak serta kebebasannya" bergerak ke sana ke mari, melakukan perkara yang tidak selayaknya boleh dilakukan oleh mereka-mereka yang masih terikat dengan kes berat di Mahkamah tanpa sebarang tindakanpun diambil dan kalau Anwar Ibrahim boleh sesuka hati melakukannya...mengapa Mohd Saiful tidak boleh?

Mungkin kerana menyedari bahawa tindakan undang-undang agak sukar diambil ke atas Mohd Saiful ekoran kemunculan beliau dalam wawancara eksklusif tersebut di TV3 walaupun sebelumnya Karpal Singh juga pernah membayangkan akan berbuat demikian namun memandangkan yang Mohd Saiful telahpun dibebaskan dari menjadi saksi kes liwat II sebaik selepas beliau selesai memberi segala keterangan di Mahkamah telah menyebabkan Karpal Singh hanya mampu berdiam diri.

Sebagai langkah mengelak untuk kali yang terakhir menjelang Isnin depan 22 Ogos, pihak PKR terpaksa berbuat sesuatu bagi menyelamatkan Anwar Ibrahim biarpun perlu mengulang semula ikhtiar lama mereka yang hasilnya dilaihat lebih memihak kepada Mohd Saiful bilamana solat hajat yang mereka lakukan sebelum ini bukannya berjaya untuk menutup "kemaluan" Anwar Ibrahim dari diketahui umum malahan aib beliau pula yang terdedah dan semakin terbuka apabila 99.99 peratus imej beliau dalam video seks bersama wanita China berjaya dikesan dan seterusnya diakui oleh pakar adalah Anwar Ibrahim.

Video: Azmil Mustafa kena belasah Ogy dengan telur ayam busuk!!!



Pendakwah ala Taliban yang baru juga bekas penyanyi dan pelakon awal 80an Azmil Mustafa menjadi sasau setelah kena tenyeh dengan telur ayam busuk oleh Ogy Ahmad Daud ketika beliau sedang menaiki sebuah bas awam.

Arkib Blog