Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Mei 29, 2011

Akan lahirkah pengganti Tan Sri P. Ramlee dari Mentor malam ini?

Apakah tujuan sebenar rancangan realiti berbentuk hiburan iaitu Mentor diwujudkan oleh TV3? Adakah benar ianya bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru untuk mengisi ruang yang telah ditinggalkan kosong oleh ramai artis-artis veteran yang ada diantara mereka tidak lagi aktif dalam bidang seni malah ada yang sudah pergi buat selama-lamanya menemui Ilahi.

Sudah beberapa tahun rancangan Mentor TV3 berjaya menampilkan ramai para pesertanya dan disamping itu sudah menghasilkan beberapa orang Juara, Naib Juara serta peserta yang berada ditempat yang ketiga bergantung kepada bakat seni yang mereka miliki namun setakat ini belum ada seorangpun daripada Juara Mentor dari musim-musim yang lalu berjaya sebagai seorang penyanyi setanding dengan kehebatan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Biduan Negara Allahyarhamah Puan Sri Saloma, Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini, Raja Gelek Datuk M. Daud Kilau, Datuk Sheila Majid dan penyanyi-penyanyi era 60an, 70an, 80an dan 90an.

Kemanakah menghilangnya juara-juara Mentor ini selepas mereka memenangi program Mentor yang diadakan setiap tahun oleh TV3? Satu Albumpun tidak pernah dihasilkan..dan apa yang malang sekali ialah apabila mereka membuat persembahan maka setiap kali itulah juga terpaksa menyanyikan lagu yang telah dipopularkan oleh penyanyi yang terdahulu.

Jadi bagaimanakah industri muzik tanahair akan berkembang dan meningkat kalau berterusan keadaannya seperti sekarang? TV3 dan RTM sudah buat banyak program untuk mencari penyanyi-penyanyi baru, siap dengan para juri yang hebat mengkritik dan memperbodohkan para peserta yang terpaksa menahan malu bila dimalukan ketika menghadiri ujian suara dan sebagainya namun apa yang berlaku selepas itu cumalah kosong...dan yang mendapat faedah besar sebenarnya adalah syarikat-syarikat telekomunikasi yang menyediakan undian SMS serta syarikat penyiaran itu sendiri dan matlamat asal sudah jauh terpesong.

Arkib Blog