Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, November 11, 2009

WWF of Royal Rumble dalam MCA

Aa... Aaa... ...hati-hati Ong ! ...hati-hati juga Chua !.., jangan laga kuat sangat cawan tu... nanti pecah pulak cawan tu, hangat lagi air dalam tu... kalau jatuh tertumpah air panas tu kat atas lantai tak apalah juga, nanti ada orang yang akan lap kan..., tapi kalau tumpah atas peha, atas lutut...basah pula seluar tu lalu melecur lagi anggota badan yang lain tu nanti...

Kemelut berpanjangan yang sedang melanda dalam parti MCA terutamanya pada peringkat atasan parti itu tak ubah seperti apa yang biasanya berlaku didalam dunia sukan gusti. Apabila kita meminati sukan gusti terutama sekali bilamana perlawanan itu melibatkan jaguh-jaguh gusti yang memang kita minati sudah pasti kita masih ingat nama-nama yang besar dalam sukan gusti seperti Hulk Hogan, Ultimate Warrior, The Undertaker, Rich Flair, Andre The Giant, Marty Jenarty, Jake 'the snake' Roberts, Rick Rude, Kerry Von Erich, Bret 'hitman' Smith dan banyak lagi.

Dahulu misalnya Hulk Hogan pernah memusuhi Ultimate Warrior tetapi selepas itu mereka berbaik semula lalu bergabung tenaga untuk berdepan dengan musuh masing-masing. Begitu juga dengan penggusti-pengusti yang lainnya, mereka sering memperlihat sikap bongkak masing-masing apabila sedang berada di mercu kejayaan namun tetiba saja sikap itu berpusing sehingga ke 360 darjah terus daripada dulunya bermusuh kepada menjadi sebagai rakan karib, semuanya berlaku dalam keadaan sekelip mata saja.

Lebih kurang begitu juga dengan apa yang sedang dihadapi oleh ahli-ahli bawahan atau ahli-ahli biasa MCA apabila pemimpin atasan mereka asyik bersengketa sesama sendiri sepanjang masa.
Lihat saja apabila kini Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai pula telah menjadi sasaran terbaru oleh kedua-dua iaitu Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan juga oleh Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek. Sebelum Dr. Chua mencabar Dr. Liow agar menyatakan kononnya apa perkara yang dimahukan oleh Dr. Liow samada jawatan Presiden atau juga Timbalan Presiden MCA maka sebelumnya Presiden MCA sendiri iaitu Datuk Seri Ong turut mengungkit perkara yang sama juga terhadap Dr. Liow.

Dalam perkembangan terbaru ini, jelas sangatlah kita nampak yang Datuk Seri Ong dan juga Datuk Seri Dr. Chua seolah-olah semakin takut dengan bayang-bayang mereka sendiri. Yang peliknya ialah apabila Datuk Seri Dr. Chua menyatakan bahawa beliau rela menyerahkan jawatan Tim. Presiden MCA kepada Dr. Liow sekiranya itu yang Menteri Kesihatan itu mahukan tetapi kenapa setelah beliau "terpecat" dari jawatan itu baru-baru ini Dr. Chua bermati-matian pula untuk mendapatkan semula jawatan nombor dua dalam MCA itu. Jika Dr. Chua ikhlas dengan kata-kata beliau itu, alangkah elok jika sebelum itu beliau serahkan saja jawatan Timbalan Presiden MCA bulat-bulat kepada Dr. Liow, selesai satu perkara !!!

Arkib Blog