Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, April 09, 2011

Walau siapapun calon BN, rakyat Sarawak perlu terus setia dengan BN...

Malam ini iaitu sebelum jam 12 tengah malam adalah peluang terakhir bagi kesemua 213 orang calon yang mengambil bahagian dalam pilihan raya umum Sarawak ke-10 untuk menarik diri dari bertanding bagi mewakili parti masing-masing serta juga mereka yang menjadi calon Bebas.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Sarawak Datuk Takun Sunggah, sekiranya terdapat calon-calon yang berbuat demikian selepas tarikh yang telah ditetapkan iaitu selepas jam 12 tengah malam ini maka pihak SPR tidak akan memadamkan nama seseorang calon itu yang telah dicetak pada kertas-kertas undi dan nama mereka akan tetap ada pada semua kertas undi mengikut kawasan DUN masing-masing.

Esok sudah masuk hari kelima kesemua parti-parti yang bertanding menjalankan kempen untuk menarik sokongan daripada rakyat iaitu sejurus sahaja selesainya proses penamaan calon 6 April lepas dan esok juga adalah bermulanya perjuangan sebenar jentera pilihan raya daripada pihak BN Sarawak serta pusat dalam menghadapi segala kemungkinan yang akan dilancarkan dari sebelah pihak Pakatan Rasuah.

Dan seluruh rakyat Sarawak juga mulai esok harus segera mengenepikan tentang isu siapa calon yang sesuai, yang bagus, yang tidak bagus dan sebagainya kerana apa yang penting kini ialah rakyat Sarawak harus bersatu menentang pembohongan serta tipudaya yang sedang dilakukan oleh Pakatan Pembangkang untuk memperdayakan seluruh rakyat Sarawak dan bagi memastikan agar Barisan Nasional akan terus kekal memerintah Bumi Kenyalang ini maka rakyat negeri ini mesti bersiap sedia untuk mengelak diri dari terpukau dengan segala janji-janji yang terkandung didalam manifesto DAP, PKR dan PAS.

Dengan saki baki hari untuk berkempen kini cuma tinggal 5 hari setengah lagi juga bermula esok sehingga tengah malam 15 April minggu depan, bermakna masa untuk meramal siapa menang dan siapa akan kalah dan berbagai -bagai ramalan lagi dan gunakan masa yang semakin mendekatkan itu untuk bersama-sama pemimpin serta jentera-jentera pilihanraya BN dalam menepis serta menangkis segala jenis propaganda yang sengaja ditimbulkan oleh pihak Pakatan Pembangkang terhadap keseluruhan struktur yang ada didalam Barisan Nasional.

Salam Perjuangan ! Agi Idup Agi Ngelaban....OoooooHaaaa!!!

Kini, ada 4 DUN tidak selamat buat BN - telur dihujung tanduk !

Sebelum ini saya melihat hanya ada tiga kawasan DUN yang sudah berada didalam keadaan yang tidak selamat buat Barisan Nasional iaitu DUN N.36 Semop, N.38 Jemoreng dan N.54 Pelagus dan terbaru saya melihat kawasan N.50 Dalat.

Yang menariknya ialah keempat-empat kawasan DUN ini merupakan kubu kuat bagi BN di Sarawak dan semua pemimpin Barisan Nasional Sarawak masih sangat yakin bahawa DUN-DUN berkenaan akan dimenangi oleh BN seperti waktu pilihanraya umum Sarawak 2006 yang lalu.

Tetapi saya tidak berpandangan sedemikian kerana berdasarkan kepada perkembangan semasa yang berlaku sebelum dan selepas hari penamaan calon 6 April 2011 lepas banyak perkara yang wajib Barisan Nasional terangkan kepada rakyat hasil dari keputusan pemimpin tertinggi BN terutama sekali didalam memilih satu-satu calon yang akan diletak untuk bertanding mewakili parti serta rakyat dikawasan DUN yang tertentu.

Sebelum hari penamaan calon Rabu minggu lepas, rakyat lama sebelumnya telah menyatakan suara hati serta pendirian mereka kepada pucuk pimpinan BN Negeri serta Pusat mengenai bakal-bakal calon yang mereka mahukan untuk menjadi wakil mereka namun selepas itu rakyat terpaksa menelan kehendak pihak atasan parti yang telah memilih individu-individu yang tidak menepati kemahuan rakyat setempat.

Pertama saya bermula dengan DUN N.36 Semop. DUN Semop majoriti penduduknya adalah terdiri daripada kaum Melanau Islam dan aktiviti utama penduduk disitu adalah sebagai petani, peladang dan nelayan manakala golongan belianya kini ramai yang berhijrah keluar kawasan ditempat lain seperti melanjutkan pelajaran, bekerja atau bertugas ditempat lain.

Melihat kepada kedudukan geografi kawasan ini mungkin ramai yang beranggapan atau mengakui bahawa tempat ini memang sangat sukar untuk dibangunkan sebagaimana kerajaan membangun kawasan yang lain dalam negeri Sarawak ini tetapi bagi saya untuk membangunkan kawasan yang luas dengan tanah separuh paya dan bergambut serta rendah terutama sekali seperti di Pulau Bruit, pihak kerajaan tidak boleh menggunakan pendekatan yang serupa sepertimana kerajaan membangun kawasan di tempat lain yang nyata berbeza dari segi struktur tanahnya jika dibandingkan dengan keadaan tanah di Pulau Bruit khususnya dan di DUN Semop amnya.

Mungkin menyedari akan hakikat inilah, maka saya mulai memahami mengapa sejak beberapa bulan yang lalu semakin ramai rakyat serta penduduk di kawasan DUN Semop bangkit menuntut daripada pemimpin tertinggi Barisan Nasional Sarawak agar pada pilihanraya negeri yang ke-10 nanti calon untuk DUN N.36 Semop hendaklah diberikan kepada salah seorang anak jati atau mereka dari penduduk tempatan sendiri yang lebih faham situasi sebenar tentang berbagai masalah yang ada dikawasan terbabit.

Itu adalah harapan tinggi daripada rakyat di DUN Semop sebelumnya terhadap Barisan Nasional yang sejak dulu telah menjadi penyokong kuat kepada kerajaan negeri namun semua itu telah berubah apabila kebangkitan suara rakyat disitu menuntut perubahan tidak dihiraukan akibat daripada kegagalan wakil rakyat mereka selama ini iaitu DS Mohd Asfia Awang Nassar yang ternyata gagal untuk membawa sebarang pembangunan di kawasan DUN Semop.

Pada pilihan raya DUN Sarawak penggal ke-10 ini BN Negeri telah menaruh calon pilihan mereka iaitu Abdullah Saidol bukan anak tempatan di kawasan DUN Semop yang nyata bukan kemahuan rakyat disana dan beliau ditentang oleh dua pencabar iaitu Ong Chung Siew dari PKR dan Azizi Fauzan daripada Bebas. Calon Bebas merupakan anak tempatan di DUN Semop dan saya percaya setiap undi protes oleh rakyat di DUN Semop terhadap BN semua akan diberikan kepada calon Bebas dan mereka tidak akan sesekali memangkah calon daripada PKR yang bukan Bumiputera tambahan rakyat di DUN Semop memang tidak menyukai parti PKR.

Keduanya iaitu di DUN N.38 Jemoreng sama juga seperti di N.36 Semop, pembaharuan wakil rakyat..itu yang dituntut oleh penduduk di N.38 Jemoreng dan suara mereka telah disampaikan kepada Ahli Parlimen Igan YB Datuk Abdul Wahab bin Haji Dollah untuk diajukan kepada peringkat tertinggi Barisan Nasional Sarawak. Majoriti penduduk di DUN ini juga adalah terdiri daripada kaum Melanau Islam sama seperti di DUN Semop dan kebanyakkan daripada mereka adalah bekerja sebagai petani, peladang dan nelayan.

Penyandang kerusi DUN N.38 Jemoreng adalah Abu Seman Jahwie dan selama beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat di DUN berkenaan rakyat sudah mampu membezakan antara perkhidmatan cemerlang wakil rakyat sebelum beliau iaitu YB Datuk Abdul Wahab dengan khidmat yang lemah dan tidak bermaya Abu Seman sendiri. DUN Jemoreng sebelum persempadanan semula dilakukan dikenali sebagai DUN Matu dan ketika itu wakil rakyatnya adalah YB Datuk Abdul Wahab Hj Dollah sebelum melepaskan jawatan sebagai ADUN untuk bertanding mewakili BN di Parlimen Igan dalam PRU-12 lalu.

Rakyat di DUN Jemoreng acapkali mendedahkan kelemahan Abu Seman Jahwie sebagai wakil mereka di kawasan berkenaan. Ramai diantara mereka mendakwa sejak Datuk Abdul Wahab menyerahkan kerusi berkenaan kepada Abu Seman seolah-olah tiada langsung projek yang berjaya dibawa masuk oleh beliau malahan ada yang memberitahu bahawa tiada sebarang pembangunan yang mampu Abu Seman buat untuk rakyat di DUN Jemoreng.

Oleh itu rakyat di DUN Jemoreng juga mula bangkit bersuara agar Abu Seman digantikan dengan muka baru atau Barisan Nasional mencalonkan semula Datuk Abdul Wahab sebagai wakil mereka tanpa perlu untuk beliau meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Igan. Itu juga adalah harapan keseluruhan rakyat di DUN Jemoreng tetapi seperti yang dialami oleh rakyat di kawasan DUN Semop, rakyat di DUN Jemoreng juga kecewa apabila kepimpinan tertinggi Barisan Nasional masih mengekalkan Abu Seman untuk kali yang kedua dan tidak menghirau kehendak mereka.

Pilihan raya DUN Sarawak ke-10 ini, DUN Jemoreng akan menyaksikan perlawanan tiga penjuru dimana Abu Seman Jahwie akan dicabar oleh dua calon lain dimana kedua-duanya adalah dari Bebas iaitu Asbor Abdullah dan seorang lagi calon yang ditaja Abdul Hafiz Noh. Antara kedua calon Bebas ini saya melihat rakyat di DUN Jemoreng lebih cenderung untuk memilih Abdul Hafiz Noh beranding dengan Asbor Abdullah yang sering tewas ketika menentang YB Datuk Abdul Wahab Dollah pada setiap kali pilihan raya diadakan.

Dan apabila kelebihan ini sudah ada pada Abdul Hafiz Noh ini bermakna saingan kuat Abu Seman pada hari pengundian 16 April minggu depan memang jelas adalah Abdul Hafiz yang jika beliau menang akan berfungsi sebagai calon wakil rakyat Bebas di DUN Sarawak tetapi tetap akan menyokong segala dasar yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional. Ini berlaku kerana sebagai seorang calon yang ditaja maka beliau harus patuh kepada pihak penaja yang bukannya anti Barisan Nasional tetapi sebenarnya cuma tidak setuju dengan calon yang diketengahkan oleh BN.

Yang ketiga pulak ialah DUN N.50 Dalat. Kawasan DUN ini juga majoriti penduduknya berketurunan Melanau namun mempunyai dua pegangan agama yang berbeza iaitu separuh beragama Islam manakala yang separuh lagi menganut agama Kristian, namun bahasa pertuturan yang digunakan adalah sama tiada beza.

Masalah di DUN Dalat tidak sama dengan yang berlaku di DUN Semop dan DUN Jemoreng kerana di DUN Dalat rakyat tidak meminta wakil rakyatnya iaitu YB Datin Hjh Fatimah untuk berundur atau diganti dengan muka baru tetapi mereka menuntut penjelasan mengenai banyak isu tetapi jarang dilayan selain menuntut janji seperti peruntukkan wang rebate minyak, injin sangkut, kemudahan jalan kampung, bekalan air bersih dan kemudahan elektrik serta perkhidmatan jalur lebar yang tidak mencapai sasaran seperti yang diumumkan sebelum ini.

Oleh kerana YB Datin Fatimah mungkin sibuk dengan tugas beliau sebagai Menteri DI Pejabat Ketua Menteri yang juga Merangkap Menteri yang bertanggungjawab dibidang pendidikkan pra-sekolah selain tugas utama beliau sebagai wakil rakyat di DUN Dalat nyata telah membataskan masa beliau untuk kerap melawat ke kawasan telah menyebabkan ramai kalangan penduduk di DUN Dalat yang kurang bermaklumat serta yang suka membuat andaian sendiri telah menyebabkan mereka terperangkap dalam persepsi sendiri apabila tanpa usul periksa sanggup berburuk sangka dalam semua hal yang melibat khidmat serta janji YB Datin Hjh Fatimah.

Selain daripada itu juga ialah kegagalan YB Datin Fatimah sendiri yang tidak mahu mencari pendekatan lain seperti menerangkan dengan jelas kepada rakyat didalam DUN Dalat sebab mengapa boleh berlaku perkara-perkara seperti yang rakyat bangkit setiapkali ada perjumpaan dan peluang sangat terbuka pada waktu seperti itu untuk menjelaskan secara panjang lebar kepada rakyat bawahan agar mereka faham dan tahu masalah sebenar yang dihadapi oleh pihak kerajaan dalam melaksanakan projek-projek untuk rakyat mengapa ianya lambat untuk diteruskan dan sebagainya.

Rakyat juga harus difahamkan dengan masalah yang terpaksa dihadapi oleh pihak kerajaan ketika menjalankan kerja-kerja untuk memulak sebarang projek yang telah diluluskan seperti jalanraya, tiang elektrik serta saluran paip air yang tidak mengelak dari menggunakan tanah milik penduduk bagi kerja-kerja penyambungannya ke kawasan-kawasan kampung yang memerlukan projek seumpamanya.

DUN N.50 Dalat juga akan berdepan dengan pertandingan tiga penjuru antara BN dengan PKR serta Bebas. YB Datin Fatimah sebaga penyandang kerusi DUN Dalat akan berdepan dengan calon PKR Sylvester Ajah bin Subah serta seorang calon Bebas iaitu Salleh bin Mahli dari Kampung Senao Oya.

Di DUN Dalat harapan BN agak tipis jika cara berkempen masih berada ditakuk lama.. manakala harapan calon PKR juga akan sia-sia saja walaupun mungkin beliau boleh mengurangkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional manakala calon Bebas iaitu saudara Salleh Mahli pula yang tidak dikenali terutama bagi penduduk sebelah hulu Batang Oya mungkin akan hanya mampu meraih sedikit undi simpati daripada rakan-rakan atau saudara mara di sebelah hilir Batang Oya serta sekitarnya.

Manakala untuk DUN N.54 Pelagus pula saya tetap optimis dengan ramalan saya sebelum ini bahawa jika bukan Larry S'ng yang dicalonkan untuk kerusi berkenaan maka selepas selesainya pilihan raya umum Sarawak ke-10 nanti, Barisan Nasional tak payahlah untuk menyalahkan pengundi disana sebab rakyat disitu sudah awal-awal lagi telah merayu kepada pucuk pimpinan BN Sarawak dan Pusat agar mencalonkan semula Larry S'ng untuk mewakili mereka dalam DUN Sarawak tetapi apabila segalanya sudah diketepikan... jika BN kalah di Pelagus haraplah pada masa depan harus belajar dari kesilapan.

Kali ini DUN Pelagus akan menyaksikan perebutan dari tiga penjuru iaitu calon BN Stanley Nyitar akan ditentang oleh calon daripada PKR Edward Sumbang dan calon Bebas yang ditaja Datuk S'ng Chee Hwa bapa kepada Larry S'ng iaitu George Lagong. Disinilah nanti DS James Masing perlu menunjukkan pengaruh beliau dan bukannya hanya menunjukkan sikap keras kepala beliau kepada rakyat Sarawak.

1Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.

Arkib Blog