
Majlis Presiden telah memecat 9 orang termasuk Ketua Pemuda MCA YB Datuk Dr. Wee Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia serta juga Ketua Wanita MCA YB Datin Paduka Chew Mei Fun dalam satu mesyuarat khas MCA siang tadi.
Tindakan terlampau oleh pihak Majlis Presiden MCA itu ternyata dan jelas dapat dilihat sebagai satu usaha berterusan daripada Presiden MCA YB Datuk Seri Ong bersama Timbalan beliau Datuk Seri Dr. Chua untuk membersihkan MCA daripada golongan yang menyebelahi atau menyokong Naib Presiden MCA YB Datuk Dr. Liow Tiong Lai.
Jika tindakan Presiden MCA Datuk Seri Ong yang terdahulu telah memecat Timbalannya iaitu Dr. Chua daripada MCA dengan alasan mahu membersihkan MCA daripada pemimpin yang bermasalah seperti masalah moral mungkin dapat kita terima namun apabila tindakan serupa juga telah beliau ambil terhadap 9 orang yang belum diketahui sebabnya walaupun ada alasan awal disebut sebagai punca namun ianya tidak cukup kuat untuk dijadikan sebagai alasan kenapa mereka dipecat.
Cuma apa yang boleh kita katakan tentang perkembangan terbaru yang berlaku didalam parti yang masih lagi bermasalah ini ialah, Datuk Seri Ong dan Datuk Seri Dr. Chua akan terus membuat apa saja asalkan kedudukan kedua-dua mereka didalam parti MCA tidak akan tergugat. Mereka berdua tetap akan terus berusaha sedaya upaya agar cengkaman kedua-duanya terhadap MCA bertambah semakin kuat walaupun terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan yang sebenarnya.