Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Oktober 18, 2012

Hentikan hasrat nak pisahkan Sarawak daripada Malaysia !!!

Sejak beberapa hari yang lalu saya dapat petunjuk ada usaha oleh pihak-pihak tertentu di negeri Sarawak yang cuba meniup sentimen pemberontakan terhadap Malaysia di mana mereka saya rasa secara halus melalui media baru seperti facebook dan media alternatif lainnya sedang berbincang ke arah tersebut serta membina rangkaian kerjasama secara tersembunyi, aktif di bawah satu organisasi yang telah wujud di negeri ini.

Rakyat negeri Sarawak perlu faham apabila Ketua Menteri YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud dalam ucapan beliau pada malam sambutan Hari Malaysia di Bintulu 16 September 2012 lalu telah menjelas mengapa Sarawak harus perlu untuk terus berada di dalam Persekutuan Malaysia dan beliau juga telah menekankan sebab mengapa Sarawak harus kekal dalam Malaysia.

Antara lain Pehin Sri Taib menjelaskan sekiranya Sarawak bersendirian (berpisah daripada Malaysia) maka negeri ini memerlukan perbelanjaan yang jauh lebih besar atau berlipat kali ganda untuk membina pertahanan sendiri seperti angkatan tentera sendiri, pasukan keselamatan seperti polis sendiri dan apabila ini berlaku bermakna Sarawak terpaksa membelanjakan wang yang begitu tinggi hanya untuk tujuan keselamatan serta keamanan negeri belum termasuk untuk memabangunkan berbagai-bagai infrastruktur untuk rakyat dan sebagainya.

Disebalik usaha sebahagian besar pemimpin-pemimpin serta rakyat di negeri ini yang mahu terus mengukuhkan kedudukan negeri Sarawak di dalam Malaysia tidak disangka pula bahawa telah wujud puak-puak yang sedang bergerak untuk menentang arus. Harap seluruh rakyat Sarawak bangkit menghalang niat jahat kumpulan ini.

Dan kepada mereka-mereka ini harap hentikanlah niat buruk anda sekalian dan kita alih sejenak perhatian di saat Bangsamoro selatan Filipina sedang meraikan perjanjian damai dengan Manila mengapa pula anda semua cuba untuk mewujudkan ketegangan di sebelah sini dan setelah Gerakan Aceh Merdeka sudah berdamai dengan Jakarta anda pula seolah-olah mahu suasana yang pernah berlaku di sana akan terjadi di sini pula !

Arkib Blog