
Tetapi apabila Datuk Ibrahim Ali sudah membangkit soal "perang salib" bagi menangani isu agama di negara ini maka terasa sangatlah seolah-olah semua orang Kristian di Malaysia ini termasuk mereka dari kalangan kaum Bumiputera Sarawak dan Sabah seperti telah menjadi satu masyarakat yang membebankan.
"Maafkan kami sekira disatu sudut ada luka yang terhiris akibat sebahagian dari kami...walau tak nampak berdarah namun amat memeritkan... kami juga turut bersimpati kerana itu bukan yang kami mahu... kami juga sama seperti anda... bangga dengan kepelbagaian... bersyukur dengan keamanan... dahaga dengan keharmonian, kesejahteraan dan sentiasa rindu akan perpaduan... seperti anda dalam kami juga ada perbezaan... dan pasti kami dan kita semua takkan mampu untuk menolak perbezaan itu..."