Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Disember 08, 2009

Manusia harus segera keluar dari segala kesesatan...

Ada empat kategori kesesatan yang sering dialami oleh setiap manusia ketika hayat masih dikandung badan. Keempat-empat kesesatan itu ialah pertamanya sesat ditengah lautan yang luas, keduanya sesat didalam hutan yang tebal, manakala kesesatan yang ketiganya ialah sesat ditengah-tengah kesibukkan kotaraya dan yang keempat lebih parah iaitu sesat didalam amalan hidup seharian.


Gambar yang diatas sekali adalah persimpangan jalan didalam hutan atau juga boleh disebut sebagai pangkal jalan dan ianya mempunyai dua simpang jalan sering dilalui dengan tujuan yang berbagai-bagai. Kepada yang memang sudah biasa dengan simpang-simpang jalan itu tentu sekali yang berkenaan sangat mahir tentang selok-belok selekoh jalan yang terdapat disekitar hutan tersebut.
Jadi, kepada yang tidak biasa dengan keadaan sebenar atau suasana didalam hutan tentu sekali akan menjadi masalah besar apabila sudah masuk kedalam hutan tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk mencari jalan keluar. Walau bagaimanapun, ikhtiar untuk keluar haruslah dicari dan diusahakan segera agar hutan tidak akan terus menyesatkan.
Begitu juga dengan mereka yang suka belayar sehingga masuk ketengah lautan yang maha luas. Apabila telah hanyut terlalu jauh di tengah lautan sehingga hilang semua pandangan seperti tepian pantai bagi dijadikan sebagai panduan untuk kembali semula ke daratan. Maka itulah sebabnya apabila ada yang berhasrat untuk meredah lautan, kita akan melihat mereka ini akan membawa segala kelengkapan iaitu peralatan-peralatan yang berkaitan dengan aktiviti pelayaran dan yang paling penting ialah kompas.
Bagi kes yang sesat didalam keriuhan atau kesibukkan di kotaraya atau juga di bandar-bandar besar jumlahnya semakin ramai malah kesesatan mereka sentiasa berulang-ulang. Semakin maju dan juga semakin besar ukuran sesebuah bandar itu maka semakin melebarlah kesesatan yang dialami oleh penghuninya. Yang peliknya, semakin giat usaha dijalankan oleh berbagai agensi untuk membawa mereka-mereka yang tersesat ini keluar dari kesesatan maka semakin jauh pula mereka ini sesat.
Sementara tiga lagi gambar dibawah yang letaknya bersusun-susun adalah mengenai kesesatan yang boleh dikatakan sebagai kesesatan yang dirancang.
Satu lagi gambar diatas menunjukkan bagaimana salah seorang wakil rakyat yang besar kemungkinannya beragama Kristian iaitu YB Dr. Xavier Jeyakumar telah berceramah didalam sebuah Masjid di negeri Selangor satu ketika dulu. Ini adalah sesat yang tidak mahu keluar dari kesesatan tetapi sesat yang mahu menyesatkan orang yang cenderung ke arah kesesatan.
Gambar yang dibawah menunjukkan bagaimana sekumpulan orang sedang mendirikan sembahyang hajat tetapi malangnya mereka telah tersalah arah kiblat dan ini juga menandakan bahawa kesesatan akan berlaku dimana-mana dan akan dialami oleh sesiapa saja.
Yang dibawah sekali gambar menunjukkan kejadian yang telah berlaku beberapa bulan yang lalu dimana kita disajikan dengan drama segolongan orang yang mempunyai kepercayaan agama berlainan telah bersama-sama menjalankan ibadat yang sepatutnya hanya dilaksanakan oleh satu pihak saja namun oleh kerana disebabkan kepentingan terdesak yang tertentu maka soal akidah, halal haram serta dosa pahala telah diketepikan. Inilah satu kesesatan yang paling parah yang jika tidak dibendung boleh terus merosakkan amalan atau pegangan hidup sesuatu kaum itu.

Arkib Blog