Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Disember 10, 2009

1Niat. Kelantan DiDahulukan. Nik Aziz DiUtamakan.

Kesian YB Datuk Mahfuz, niat baik beliau telah dibalas oleh Tok Guru Nik Aziz dengan resepi masakan pedas cili api.

Datuk Mahfuz telah mengemukakan cadangan agar anak menantu Tok Guru iaitu saudara Ariffahmi agar segera meletakkan jawatan sebagai CEO di PMBK demi untuk menjaga serta memulihkan nama kurang baik MB Kelantan itu.

Menurut Datuk Mahfuz lagi, tak perlu bagi saudara Ariffahmi untuk menunggu sehingga bulan Mac 2010 baru nak letak jawatan kerana khuatir akan timbul pula bermacam-macam lagi isu dalam tempoh tersebut jika ianya tidak disegerakan.

Tapi malangnya apabila Nik Aziz yang begitu berang dengan cadangan Datuk Mahfuz itu sebagaimana yang diduga dengan secepat kilat telah bangkit sambil mengingatkan Datuk Mahfuz agar jangan cuba untuk memandai-mandai berhubung dengan perkara yang berkaitan isu PMBK.

Itulah, hasrat Datuk Mahfuz pada mulanya memang baik tetapi kemudiannya telah ditambahbaikkan lagi oleh Nik Aziz maka ianya telah menjadi semakin tidak baik apabila Datuk Mahfuz pula yang mungkin akan berdepan dengan "doa bala atau doa gear 5 ~ pecah perut" oleh Tuan Guru YAB MB Kelantan.

Ikan Puyu mempunyai kuasa pendinding... yakinlah!

Kepada yang suka memelihara bermacam-macam jenis ikan didalam akuarium atau apa saja bekas sekalipun tentu sekali mereka kenal sangat dengan berbagai-bagai jenis ikan dan termasuklah juga dengan ikan puyu.

Ikan puyu mudah untuk didapati dibendang-bendang ataupun dikawasan sawah padi dan kadangkala senang untuk kita temui di semua jenis tanah yang airnya sesuai untuk spesis ikan ini membiakkan habitatnya.

Ada orang yang suka memelihara ikan puyu ini hanyalah semata-mata kerana tarikan yang tertentu pada ikan tersebut namun ada juga yang memelihara ikan jenis puyu ini dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan sebagai sumber rezeki sampingan.

Apa yang ingin saya kongsikan bersama dengan pembaca semua mengenai adanya keistimewaan luarbiasa yang ada hanya pada ikan puyu ini ialah ianya tidak pernah tidur atau tertidur walaupun hanya untuk beberapa saat dan inilah yang membezakan ikan puyu dengan ikan yang lain.

Keistimewaan inilah yang menyebabkan ramai orang di Sarawak terutamanya penduduk-penduduk kampung serta para penghuni rumah panjangnya percaya bahawa kelebihan yang dimiliki ikan puyu ini mampu untuk digunakan sebagai pelindung kepada mana-mana ilmu terutamanya "ilmu pukau."

Apabila saya terbaca satu berita bergambar yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini iaitu mengenai seorang pembekal barang kemas dari Kuala Lumpur yang kerugian hampir RM1 juta ringgit setelah kesemua barang kemas yang beliau tinggalkan dihadapan Pasar kedai Payan, Jalan Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu pada jam 2 petang semalam telah lesap dilarikan oleh sekumpulan perompak warga Arab hanya dengan menggunakan ilmu pukau mereka.

Dikatakan juga bahawa sesudah memasuki kedai tersebut kesemua perompak warga Arab itu termasuk salah seorang daripada mereka adalah wanita telah bertindak dengan menyentuh setiap pekerja yang ada didalam premis tersebut dan tidak lama kemudian seorang demi seorang semua pekerja didalam kedai itu telah terpukau dan hanya mampu melihat saja apa yang sedang dilakukan oleh perompak itu.

Oleh itu, kepada semua pemilik-pemilik kedai emas yang mungkin akan menjadi mangsa seterusnya oleh sindiket-sindiket ilmu hitam ini, adalah disarankan supaya segera memelihara sekurang-kurang 3 ke atau 2 ekor ikan puyu dan letakkan di tempat-tempat yang sesuai atau strategik. Perlu ada usaha untuk mencegah sesuatu kejadian daripada berlaku keatas diri kita dan yang paling utama ialah sikap berwaspada selalu.

Perhatian juga, ikan puyu ini hanya boleh ditaruhkan satu ekor saja dalam satu balang atau akuarium kerana tabiat semulajadi ikan puyu ini ialah ianya suka bersendirian dan tidak mahu berkongsi tempat dengan ikan yang lain walaupun sama spesis dengannya. Betul-betul rasis ikan ini...kes terlampau perkauman lah ni...

Jika kita campur juga ikan puyu ini didalam akuarium yang sama dengan ikan yang lain, pasti salah satu diantara keduanya akan mati... memang tidak harmoni langsung !

Apa-apapun, kepada yang ingin mencuba memelihara ikan puyu ini, usahakanlah mulai dari sekarang...demi harta benda kita yang ada didalam rumah, yakinlah bahawa ikan puyu takkan tidur punya. Ikan ini tak sama macam kucing. Kucing ini kita pelihara buat habis beras saja, kalau bab tidur tu memang nombor satu...tikus dan pencuri masuk pun dia takkan peduli walaupun terlanggar batang hidung dia, makin rapat pula dia tutup mata.

Ilmu pukau takkan berkesan jika kita ada memelihara ikan puyu ini didalam rumah, tetapi mesti mau ada keyakinan mengenai perkara ini. Jika tidak, tak menjadi pula. Selamat mencuba !

Arkib Blog