Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Oktober 11, 2009

"No Ganyang, Yes Kenyang" Demonstrasi rakyat Indonesia di Malaysia.

Hari ini tersiar satu berita yang tidak menggembirakan hati apabila perhimpunan yang tidak sebarang mempunyai permit oleh segolongan pekerja Indonesia yang bekerja di negara ini telah diadakan bagi membantah perbuatan sesetengah rakan-rakan senegara mereka di Indonesia yang terus-menerus cuba membangkitkan sentimen anti-Malaysia.

Kumpulan itu telah berhimpun dengan membawa sepanduk yang telah ditulis dengan berbagai-bagai kata-kata termasuk "No Ganyang, Yes Kenyang" bagi menyampaikan mesej kepada rakan-rakan mereka disana agar memberhentikan tindakan yang berkemungkinan pasti akan merugikan para pekerja itu sendiri.

Apa yang menjadi isu disini ialah apabila kumpulan itu meminta agar rakyat Malaysia harus bersabar dengan semua tindakan rakan senegara mereka terhadap Malaysia dan juga rakyat negara ini tetapi dalam waktu itu juga mereka telahpun membuat demonstrasi haram di negara ini pula.

Saya lihat perbuatan kumpulan ini langsung tiada keikhlasannya. Saya rasa sebab utama mereka berbuat begitu adalah kerana sementara mereka masih bekerja di Malaysia mereka haruslah berpura-pura seperti suka akan Malaysia disamping terus memuji negara ini. Cuba seandainya mereka telah kembali ke Indonesia, adakah mereka ini akan berani berbuat sedemikian dihadapan kumpulan BENDERA(Benteng Demokrasi Rakyat), NKRI(Blogger anti-Malaysia) dan lain-lain lagi. Saya yakin mereka juga akan turut sama melakukan perkara yang sama iaitu menghina Malaysia.

Saya ingin mengambil satu contoh rakyat Indonesia yang saya fikir adalah paling sesuai untuk dijadikan sebagai satu tauladan kepada warga Indonesia yang lainnya jika mereka benar-benar ikhlas untuk terus menganggap bahawa Malaysia ini adalah serumpun dengan Indonesia. Beliau berkarya atau menulis dari dalam negara beliau sendiri iaitu Indonesia untuk turut bersama-sama dengan rakyat di Malaysia bagi menghadapi apa jua bentuk fitnah yang dilemparkan terhadap rakyat di negara ini.

Aditya, pemilik blog http://mujahidin09.blogspot.com adalah merupakan sebagai satu contoh sangat terbaik bagi kita rakyat di Malaysia untuk melihat betapa beliau sangat ikhlas didalam hasil tulisan beliau berkenaan dengan Malaysia. Saya seringkali membaca apa saja yang beliau tulis di artikel walaupun adakalanya agak ringkas tetapi sangat berisi atau bermutu. Malah saya kadangkala berpendapat beliau lebih memahami tentang Malaysia lebih daripada sesetengah rakyat Malaysia sendiri yang memang lahir di negara ini.

Aditya sentiasa menekankan didalam tulisan beliau tentang pentingnya semangat saudara serumpun yang semulajadi diantara rakyat Indonesia dengan rakyat Malaysia haruslah dipelihara sebaik mungkin dan juga harus dipertingkatkan dari masa ke semasa disamping beliau begitu tegas menegur cara-cara segelintir rakyat Indonesia memperlakukan negara Malaysia. Dalam banyak hal beliau seringkali menyentuh tentang kekeliruan masyarakat Indonesia berkenaan dengan soal pertembungan budaya, makanan dan semua yang ada bersangkutan dengan sesuatu yang hampir ada persamaan diantara Indonesia dan Malaysia.

Oleh itu pendapat saya mengenai kumpulan rakyat Indonesia yang telah menganjurkan demonstrasi "No Ganyang, Yes Kenyang" di negara ini diharap tak payahlah nak buat perkara yang tidak mendatangkan apa-apa faedah. Bagi saya jika mereka benar-benar ingin membantah perbuatan golongan yang anti-Malaysia di Indonesia, mereka haruslah menyalurkan suara hati mereka menerusi saluran yang betul. Jangan menambah lagi kekusutan yang belum lagi terungkai.

Tidak masuk akal jika mereka membantah perbuatan oleh sesetengah daripada rakan-rakan mereka di Indonesia yang berterusan menghina Malaysia dengan mengadakan pula perarakan atau perhimpunan di Malaysia. Walaupun kita fikir itu mungkin tindakan yang ikhlas, tetapi apabila dibandingkan dengan perbuatan oleh kumpulan-kumpulan yang membakar bendera Malaysia, yang "sweep org Malaysia" memang tiada bezanya.

Arkib Blog