Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Julai 28, 2009

Pemuda PRS Batang Ai tangguh bakar bendera PAS, tunggu permit Polis.

Selasa , 28 Julai 2009 - Utusan Borneo.
====================================

KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Batang Ai menangguhkan niat mereka untuk membakar bendera Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Timbalan Ketua Pergerakan itu, Edwin Raoh semalam berkata rancangan asal untuk mengadakan bantahan pada Ahad lepas ditangguhkan sementara menunggu permit perhimpunan daripada polis.

Bagaimanapun mereka masih menuntut permohonan maaf daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengaitkan kekalahan Parti KeADILan Rakyat (PKR) dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai pada April lepas.

Kekalahan itu menurut beliau adalah kerana para pengundi di kawasan berkenaan 'masih pakai cawat' seperti yang dilaporkan Malaysiakini baru-baru ini.

"Memang kami berniat untuk membakar bendera PAS sekarang tetapi dalam masa yang sama setiap tindakan perlu berpandukan undang-undang. "kita masih marah dengan Hadi dan kini menunggu kelulusan permit perhimpunan daripada polis. "kami meminta dia (Abdul Hadi) meminta maaf secara terbuka. Kenyataannya seolah-olah merendahkan martabat kaum Iban." katanya lagi.
.............................................................................................................................................................................................

Begitulah keadaan apabila sesetengah pemimpin terutamanya Pakatan Pembangkang yang tidak peka dengan sensitiviti kaum lain apabila dengan sewenang-wenangnya telah membuat kenyataan umum berkenaan dengan kepentingan sesuatu kaum itu. Apabila terjadi kekusutan yang telah mengundangkan rasa marah masyarakat Dayak akibat daripada kenyataan menghina oleh Abdul Hadi, maka beliau dengan mudah pula telah menyalahkan BN Sarawak dalam masalah ini serta telah menuduh Barisan Nasional Sarawak pula yang menjadi punca segalanya. Senangnya Abdul Hadi nak melepaskan diri.

Pelik, bagaimana perkataan yang telah keluar daripada mulut beliau sendiri semasa berkempen di Manek Urai, Kelantan baru-baru ini telah diputar-belit pula dengan mengatakan bahawa kebangkitan kaum Iban menentang isu 'cawat' yang beliau sendiri timbulkan adalah disebabkan oleh pemimpin BN Negeri Sarawak.

Walau apapun alasan yang telah dan akan dikemukakan oleh Abdul Hadi untuk mempertahankan kenyataan beliau itu, namun apa yang penting kini adalah beliau harus bertanggungjawab sepenuhnya untuk berdepan dengan kemaraan kaum Iban serta masyarakat Dayak dan juga rakyat Sarawak keseluruhannya bagi mendapatkan penjelasan secara terbuka daripada beliau berhubung isu perkataan 'cawat' yang digunakannya sebagai merujuk kepada kekalahan PKR di DUN Batang Ai pada April lepas.
Posted by Picasa

Arkib Blog