Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, November 12, 2010

BABI adalah HARAM dalam agama Kristian !


Apabila timbul isu seorang pelajar di Sekolah Rendah St. Thomas Kuching yang membawa bekalan makanan berupa sosej babi bersama dengan nasi goreng menjadi isu hangat di Parlimen dan kelihatan pula ianya cuba dijadikan modal politik oleh pihak Pakatan Pembangkang maka saya juga sudah tidak tertahan rasanya untuk turut mengulas mengenainya makanya saya mengambil keputusan ini untuk kembali menulis khususnya mengenai perkara ini bagi membantu memecah sedikit kebuntuan yang mungkin menjadi beban bagi mereka pihak yang terlibat dalam isu berkenaan.

Semua pihak memang sudah sedia maklum kini bahawa budak ini iaitu pelajar berkenaan adalah merupakan anak kepada seorang pemimpin dalam PKR, Beginda anak Minda atau nama Islamnya Nor Azman bin Abdullah seorang mualaf manakala ibu kepada pelajar ini yang namanya Basil ialah Angela anak Jabing seorang penganut agama Kristian jika berdasarkan kepada nama beliau namun status agama anak mereka berdua yang belum diketahui lagi setakat ini samada dia Islam ataupun Kristian.

Tetapi apa yang ingin saya sentuhkan disini ialah tentang tindakan yang bakal akan dikena kepada guru terbabit. Saya menjadi sangat bersimpati kepada guru berkenaan apabila beliau terus menjadi sasaran bukan saja oleh ibubapa pelajar ini malah oleh pihak pemimpin tertentu dari Pakatan Pembangkang bila turut campurtangan yang pastinya nanti akan mengeruhkan lagi keadaan. Saya tertanya-tanya kenapa pulak boleh jadi begitu ? Bukankah guru berkenaan sudah melaksanakan kewajipan yang diberi kepada beliau dengan baik ? Sepatutnya pihak sekolah berterima kasih kepada guru terbabit dan bukannya mengenakan tindakan disiplin terhadap beliau.

Yang telah menjadi isu pokok dalam perkara ini ialah BABI dan yang menjadi punca kepada isu ini ialah seorang pelajar Sekolah Rendah Bantuan St. Thomas Kuching yang berusia 10 tahun yang status agamanya belum dapat ditentukan lagi, adakah dia beragama Islam atau adakah dia beragama Kristian ? Untuk pengetahuan pembaca sekalian, biar manapun antara satu dari dua agama samawi ini yang dianuti oleh budak berkenaan tetapi hakikat yang perlu diterima oleh semua pihak dan mereka juga terutamanya penganut-penganut agama Kristian itu sendiri perlu sedar dan faham bahawa daging BABI adalah tetap HARAM bagi pelajar ini dan juga kepada seluruh umat Kristian di atas muka bumi ini tanpa mengira apa mazhabnya.

Di kesempatan ini saya ingin semua orang Kristian terutamanya di negara ini untuk merujuk mengenai perkara ini di dalam Al Kitab Perjanjian Lama Surah Imamat Fasal 11:7-8, yang menyebut "(7)Demikian juga babi, kerana memang berkuku belah, tetapi tidak memamah biak; haram itu bagimu. (8)Daging binatang-binatang itu janganlah kamu makan dan bangkainya janganlah kamu sentuh; haram semuanya itu bagimu." Dan saya memang sedar ada dikalangan pemimpin-pemimpin agama Kristian yang tahu mengenai perkara ini tetapi atas sebab-sebab yang tertentu maka mereka tidak pernah mengingatkan penganutnya terutamanya yang masuk Kristian melalui konsep "bidan terjun" tentang makanan yang diharamkan atau yang tidak dalam ajaran Kristian melainkan mereka hanya diajar cara-cara berdoa dan lain-lainnya lagi.

Kepada guru yang berkenaan, saya disini akan berdiri dipihak anda. Anda telah bertindak betul dalam perkara ini demi kebaikan bersama dan kepada pihak Kementerian Pelajaran pula saya menyeru, tak payahlah terlalu tunduk kepada tekanan serta desakan politik. Laluilah cabaran mereka dengan keberanian dan ketegasan. Lahirkanlah generasi yang penuh bertanggungjawab untuk negara ini dan bukannya melahirkan generasi yang akan merosakkan masa depan rakyat serta masa depan negara Malaysia.

Arkib Blog