Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Januari 15, 2011

Janji 100 hari sama saja dengan iklan serbuk sabun pencuci !

Kita selalunya disajikan dengan bermacam-macam iklan ketika sedang menonton sesuatu program di kaca tv tak kiralah saluran mana yang kita gemari.

Produk serbuk pencuci biasanya menguasai ruangan iklan di kaca televisyen baik pada waktu siang ataupun malam. Seperti biasa kalau ada jenama serbuk pencuci yang tertentu menghasilkan serbuk pencuci jenis baru maka ianya akan mengambil tempat berbulan lamanya untuk siaran iklan di kaca tv.

Biasanya semasa promosi iklan ia akan menunjukkan bagaimana hebatnya kuasa cucian yang ada pada serbuk berkenaan menghilang dan melenyapkan terus dari melekat pada pakaian dengan kita hanya perlu bertindak merendamkannya dalam air yang telah ditaruh dengan serbuk pencuci tersebut untuk tempoh sekejap. Hasilnya, wah!!!...sungguh menakjubkan...

Tetapi saya selepas itu sering juga mencuba untuk melakukan perkara yang sama terhadap pakaian saya yang telah kotor akibat minyak pelincir, getah nangka dan segala kotoran yang degil sebagaimana yang telah saya lihat pada iklan berkenaan namun hasilnya tidaklah sama seperti yang digembar-gemburkan malah saya terpaksa untuk membeli pakaian baru dari kedai pakaian untuk menggantikan pakaian saya yang telah kotor.

Maka inilah juga yang cuba dijanjikan oleh Pakatan Pembangkang kepada rakyat, dalam 100 hari saja segala permasalahan rakyat akan berjaya diselesaikan apabila mereka memerintah Malaysia. Ini bukan lagi janji pilihanraya yang sememangnya belum pasti akan mampu ditunaikan tetapi ini adalah janji kosong semata-mata untuk mendapatkan kuasa yang sudah pasti tidak akan mungkin mampu untuk mereka tunaikan walaupun seandainya mereka berjaya membentuk kerajaan contohnya di Pulau Pinang,Selangor, Kedah dan Kelantan.

Arkib Blog