
Di sini Azmin Ali telah cuba melakukan tiga kesalahan, pertama Azmin Ali memaksa satu pergorbanan dari dirinya ke atas orang yang tidak sepatutnya bagi beliau sebab Anwar jelas bukan sebahagian daripada ahli keluarga beliau jauh sekali sebagai isteri ataupun suaminya....
Kedua, Azmin Ali seolah-olah mengugut, cuba mempengaruhi keputusan hakim atau cuba menekan para hakim agar tidak mensabitkan Anwar Ibrahim dengan kesalahan liwat walaupun kiranya nanti memang benar Anwar terlibat di dalam kes jenayah tersebut.
Dan ketiga, dengan ancaman untuk meroboh penjara kiranya Anwar Ibrahim dipenjarakan bermakna Azmin Ali telah menggalakkan satu budaya liar bercambah dikalangan masyarakat Malaysia iaitu vandalisme atau perosak harta benda awam di negara ini.
Beginikah sikap bakal pemimpin yang tergila-gila nak menjadi pemimpin kepada puluhan juta rakyat Malaysia???