Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, April 18, 2012

Penagih berkhemah di tengah-tengah Ibu Kota KL ?

Orang lain kalau hendak berkhemah kena pergi jauh-jauh ke dalam hutan ataupun sekurang-kurangnya pasang khemah ketika berkelah di tepi pantai, namun apa yang peliknya bagi para pemberontak PTPTN apabila mereka memilih untuk berkhemah di dalam kawasan bandar yang sepanjang masa sibuk dengan segala aktiviti manusia.

Oleh itu, saya berharap agar pihak berkuasa khususnya pihak polis boleh kiranya menyiasat apakah kegiatan yang dilakukan oleh para pemberontak pimpinan Adam Adli sewaktu mereka sedang bertapa di dalam khemah yang mereka dirikan itu, samada mereka itu sedang melayan facebook, twitter, mengulangkaji pembelajaran, bermain daun terup, buat hubungan seks bebas ataupun tengah layan ketagihan syabu..

Harap pihak berkuasa menyiasat apa yang mereka lakukan dalam khemah-khemah tu, siasat jangan tak siasat !!!

Sampai bila kumpulan Adam Adli mahu terus menyusu?

Pendidikan percuma yang dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia bermula dari darjah 1 sehingga ke darjah 6 dan seterusnya dari tingkatan satu membawa ke tingkatan 5 serta tingkatan 6.

Sejak dari sekolah rendah lagi rakyat Malaysia telahpun diperkenalkan dengan sistem pendidikan percuma oleh pihak kerajaan dan sepatutnya perkara ini diambilkira juga oleh mereka-mereka yang kini begitu giat mencabar kerajaan supaya terus menanggung kos untuk membiayai pengajian mereka di menara gading secara percuma.

Sebagai individu yang sudahpun masuk ke alam dewasa, mahasiswa-mahasiswa yang berada di dalam kumpulan Adam Adli sewajarnya sudah mampu untuk berfikir secara matang dan bersedia untuk belajar hidup "berdiri di atas tapak kaki sendiri" ataupun berdikari tanpa mengharapkan seratus peratus bantuan percuma daripada pihak kerajaan bagi menampung kos pengajian mereka.

Mengambil contoh bayi yang baru lahir kuat menyusu susu badan ibunya, selang beberapa bulan perubahan demi perubahan berlaku pada bayi di mana bayi bertukar menjadi kanak-kanak kecil yang mulai tahu mengensot kemudian mula belajar merangkak, berdiri, berjalan dan seterusnya berlari sehingga ia menjadi seorang kanak-kanak yang nakal iaitu dari seorang bayi yang minum susu ibu kepada susu botol lalu bertukar selera kepada minuman lain dan seterusnya lebih suka meneguk air biasa menggunakan cawan.

Kalau seorang bayi yang semakin meningkat usianya tahu jelak untuk meminum minuman susu secara berterusan tetapi bagaimana pula mereka-mereka yang dulunya dari kelas Tadika kemudian sekolah rendah, sekolah menengah dan kemudian ke pusat-pusat pengajian tinggi masih juga mahu dimanja dengan semua benda yang percuma.

Tidak terpikirkah mereka, bahawa sebagai pelajar yang telah bergelar mahasiswa mereka juga tentunya mempunyai tanggungjawab serupa sepertimana warganegara lain terhadap Malaysia serta rakyatnya. Tidak salah untuk mereka menuntut sesuatu yang menjadi hak mereka tetapi adalah sangat tidak wajar apabila mereka terus memaksa kerajaan tunduk mengikut segala kehendak mereka yang mahu PTPTN dihapuskan dan kemudian minta pula kerajaan beri pendidikan percuma.

Tanda2 kiamat? Gerhana bulan atau anak bulan terbit pagi dari timur?

Ini bukan gambar sebenar yang saya ambil sebab tidak cukup peralatan untuk merakam dengan jelas keadaan bulan seakan-akan gerhana namun berbentuk tidak ubah seperti anak bulan yang dapat saya saksikan sendiri waktu pagi 17 April dan pagi ini tadi 18 April iaitu dua kali berturut-turut.

Saya seperti biasa sering bangun awal jam 5 pagi tetap dan oleh kerana keadaan cuaca tidak mendung di langit, keadaan nampak sangat cerah membolehkan saya melihat kejadian agak aneh bagi saya iaitu bagaimana anak bulan boleh terbit dari arah timur lebih-lebih lagi pada waktu selepas subuh.

Pagi semalam saya mulai rasa seperti ada yang agak luarbiasa apabila bulan berada dalam keadaan sedemikian namun pagi ini saya sudah memang bersedia untuk melihat sekali lagi adakah kejadian begitu berulang semula dan nyata telahan saya tepat sebaik saya menoleh ke langit bentuk bulan sama seperti pagi semalam iaitu seolah-olah sedang mengalami gerhana juga berbentuk seperti anak bulan.

Haraplah kepada mereka-mereka yang pakar tentang fenomena yang berkaitan dengan bulan ini dapat kiranya pada pagi esok untuk sama-sama melihat apakah sebenarnya yang terjadi terhadap bulan dan mudah-mudahan cuaca baik seperti pagi semalam dan juga pagi ini bagi membolehkan kita untuk melihat dengan jelas kejadian ini.

Arkib Blog