
The Malaysian Insider dalam laporannya telah mengaitkan nama Vatican apabila mereka menyatakan "serbuan" berlaku setelah dua minggu Putrajaya menjalinkan hubungan dengan Vatican iaitu pertemuan bersejarah antara Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib dengan Pope Benedict XVI di Vatican City bulan Julai lalu.
Dalam laporan The Malaysian Insider juga mereka kata "JAIS dan Polis" telah "menyerbu" Gereja Methodist di Damansara Utama. Adalah menjadi satu tanggungjawab kepada pihak JAIS untuk hadir serta membuat pemeriksaan ke atas umat Islam yang hadir ditempat yang tidak sepatutnya mereka berada melainkan kalaulah orang-orang Islam itu berada di Surau, Masjid ataupun di Madrasah.
The Malaysian Insider dalam kebanyakkan laporan mereka hanya suka buat tangkap muat tanpa memahami fakta-faktanya terlebih dulu. Buat kerja tidak secara profesional. The Malaysian Insider harus dan wajib tahu bahawa Pope Benedict XVI adalah pemimpin Katholik seluruh dunia dan bukannya ketua kepada seluruh orang-orang Kristian dari mazhab-mazhab lain seperti dalam Pakatan Protestant.
Jadi tidak ada gunanya untuk The Malaysian Insider cuba mengaitkan lawatan Perdana Menteri Ke Vatican baru-baru ini dengan isu JAIS dengan puak-puak Protestant di Selangor...