Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Februari 28, 2013

Liwat III: Abang Civic lebih hebat daripada DS Anwar !

Sejak perjuangan pihak Pakatan Pembangkang yang dianggotai PKR, DAP dan PAS untuk memartabatkan budaya seks songsang iaitu LGBT di negara ini yang bermula sebaik saja pakatan mereka hampir mempunyai kuasa seimbang dengan kerajaan Barisan Nasional, maka seperti diduga budaya tersebut seperti semakin menjadi-jadi pula berlaku di sekitar kita dalam Malaysia.

Cuba luangkan sedikit masa untuk membaca di sini untuk mengetahui bagaimana seorang Pengurus sebuah syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) telah berjaya memperdayakan empat orang pelajar sekolah menengah yang kesemuanya lelaki dan masing-masing mereka berusia 13 tahun di mana pelajar ini telah menjadi mangsa liwat kepada lelaki berusia dalam lingkungan 40an itu.

Mungkin ini merupakan gambaran awal bagi kita di Malaysia seandainya nanti pihak PR diberi peluang untuk memerintah negara. Kemungkinan itu tidak dapat dinafikan kerana usaha pihak mereka untuk menghidupkan budaya itu tidak pernah terhenti walaupun telah menerima bantahan daripada ramai pihak sebelum ini.

Selasa, Februari 19, 2013

Datuk Husam serah borang kepada Tan Sri Taib di Kuching !

Apakah kunjungan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa ini ke atas Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud di kediaman rasmi ketua menteri di Kuching mahu minta ditunjuk jalan pulang setelah sekian lama beliau bersama yang lain terumbang-ambing di dalam PAS?

Isnin, Februari 18, 2013

Apa makna kemerdekaan, jika pihak asing terus mahu mencampuri hal ehwal Malaysia?

Kritikan yang dibuat oleh senator Bebas Australia Nick Xonophon terhadap sistem demokrasi di Malaysia sebagai "teruk dan kritikal" tidak patut dipandang ringan oleh pihak kerajaan kerana jika dibenarkan beliau terus menerus mengeluarkan berbagai kenyataan tentang undang-undang atau apa jua sistem yang diamalkan di negara ini, kita khuatir tindakan beliau jika tidak dibendung akan mengundang lebih ramai lagi pihak asing yang kurang senang dengan kerajaan Malaysia akan turut berbuat perkara yang sama dan ini sudah tentu amat tidak baik untuk perjalanan sesebuah kerajaan.

Nick Xenophon yang ditahan oleh pihak Imigresen sebaik saja tiba di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) Subang dan kemudian telah dihantar pulang semula ke Australia terus mengecam tindakan pihak berkuasa Malaysia malahan isu pengusiran beliau dari negara ini juga mendapat reaksi pantas Canberra yang turut membidas kerajaan Malaysia atas insiden tersebut.

Tujuan sebenar kunjungan Nick Xenophon ke Malaysia adalah untuk berjumpa dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Datuk Seri Mohd. Nazri Aziz dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bagi membincangkan persediaan pihak SPR dalam menghadapi PRU13 di samping untuk mendapatkan kepastian bahawa pilihan raya itu nanti berjalan dengan bebas, bersih dan adil.

Inilah yang saya saya lihat tidak wajar sekali berlaku sedangkan Malaysia bukannya baru dua tiga tahun wujud di atas peta dunia dan bukan juga pengalaman pertama Malaysia mengadakan pilihan raya tetapi sudah jelas menyebut yang pilihan raya kali ini adalah yang ke tiga belas dalam tempoh 60 tahun negara mengamalkan sistem demkorasi pilihan raya bebas yan diadakan setiap lima tahun sekali dan tidak boleh diterima oleh akal sekiranya setiap kali Malaysia mengadakan pilihan raya maka setiap kali itulah akan diletak dibawah pengawasan pihak asing !

Malaysia sudah lama merdeka, jadi pihak asing jua harus hormati kemerdekaan yang kita kecapi sebagaimana Malaysia menghormati kebebasan Australia dalam mengurus hal ehwal negara mereka sendiri, Malaysia hormati undang-undang Australia serta segala sistem yang mereka amalkan jadi Malaysia juga mahu agar Australia turut menghormati kedaulatan undang-undang di Malaysia.

Isnin, Februari 11, 2013

hello semua!! DS Anwar naik heli nak ke mana pula?

Hari tu dah naik jet mewah terbang ke Labuan juga ke Kuching Sarawak... baru ni pula naik helikopter yang ada logo parti PKR...nak terbang ke pelantar minyak tengah laut? wahhh mewah juga pemimpin pembangkang ni !

Kalaulah pemimpin BN yang buat macam ni siap kena bantai mereka..tapi pemimpin sendiri apa cerita hehe

Rabu, Februari 06, 2013

Reformasi adalah salah satu mazhab dalam agama Kristian !

Sangat lucu dan kelakar juga apabila terdapat orang-orang yang beragama Islam khususnya mereka yang gemar mengadakan demonstrasi di jalananan berarak sambil melaungkan slogan "Reformasi!, Reformasi!, Reformasi!" kononnya nak menunjukkan kepada masyarakat dunia bahawa mereka tengah berjuang untuk menumbang kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh parti terbesar di Malaysia iaitu UMNO.

Apakah mereka tidak tahu bahawa perkataan Reformasi (Reformation) itu sebenarnya merujuk kepada salah satu mazhab yang terdapat di dalam agama Kristian dari aliran Protestan. Mazhab Reformasi wujud pada abad yang ke-16 di Jerman dan setelah itu bersama-sama dengan mazhab penentang yang lainnya seperti Anglikan, Methodis, Luteran, Orthodox, Mormon dan lain-lain lagi bernaung di bawah panji Protestan menentang mazhab Roman Katholik berkaitan konsep Triniti di mana mereka menolak fahaman Katholik yang percaya Jesus Kristus adalah Tuhan.

Dalam perkara berkaitan, pihak Protestan sebenarnya tidak mengiktiraf ketuhanan Jesus Kristus sepertimana Katholik sebab mereka mengangkat martabat Bonda Maria kepada tahap yang lebih tinggi daripada Jesus.

Berbalik kepada slogan Reformasi yang sering dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin PR serta para pengikut mereka pada setiap kali mereka mengadakan sebarang perhimpunan di atas jalanraya tentulah mengundang berbagai reaksi namun bagi orang Kristian sendiri apabila mendapati ada orang seperti YB Anwar Ibrahim, YB Zuraida Kamaruddin, YB Saifuddin Nasution, YB Azmin Ali, YB Mahfuz Omar, YB DS Hadi Awang, DS Dr. Wan Azizah, YB Nurul Izzah dan lain-lain lagi khususnya mereka yang beragama Islam yang gemar melaungkan Reformasi dikhalayak umum dan cuba bayangkan jika mereka turut melakukan perkara yang sama ke atas nama mazhab yang lain seperti menjerit "Anglikan!, Anglikan!, Anglikan!, ..Methodis!, Methodis!, Methodis! ..Luteran!, Luteran!, Luteran! ..Orthodox!, Orthodox!, Orthodox! ..sama seperti mereka melaungkan slogan Reformasi.

Hehehehe..tidakkah ianya amat melucukan..

Ahad, Februari 03, 2013

Bila pula giliran DS Hadi akan dijemput mengadap Karpal Singh??

Jika sebelum ini Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz telah diminta mengadap Karpal Singh di rumahnya berkaitan dengan isu Kalimah Allah dan Menteri Besar Kelantan itu segera pergi dan amat teruja apabila kehadiran beliau sebaik saja memasuki ruang dalam rumah Karpal Singh telah disambut dengan nyanyian lagu "Happy Birthday" oleh tetamu yang lain dan itu ada satu kejutan daripada Pengerusi DAP itu kepada Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS.

Ulang tahun hari lahir Datuk Nik Aziz yang ke 82 tahun diraikan dalam majlis ringkas oleh Karpal Singh dan pada majlis tersebut juga Datuk Nik Aziz telah menerima berbagai bentuk hadiah kek daripada beberapa individu yang telah diundang khas oleh Karpal Singh bagi menyerikan lagi majlis berkenaan.

Tujuan sebenar Karpal Singh mengundang Datuk Nik Aziz datang ke rumah beliau senang saja untuk dibaca, beliau mahu Mursyidul Am PAS itu mempengaruhi anggota majlis syura agar mengkaji semula keputusan yang majlis berkenaan buat pada malam 13 Januari lalu di mana mereka telah menetapkan pendirian untuk tidak membenar orang bukan beragama Islam mengguna Kalimah Allah di dalam apa juga upacara agama mereka.

Mungkin dalam keadaan yang begitu tertekan kini gara-gara isu tersebut, maka Datuk Nik Aziz terpaksa membisu dan membiarkan Karpal Singh mengalih tumpuan kepada Presiden parti Datuk Seri Hadi Awang pula bagi mendesak agar Ahli Parlimen Marang itu menggunakan kuasanya ke atas ahli majlis syura berhubung keputusan yang membangkitkan rasa tidak puashati Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.

Apa-apapun kita tunggu dan lihat apa pula permainan yang bakal DAP arahkan ke atas PAS selepas ini seandainya Datuk Seri Hadi berjaya dijinakkan sekali lagi oleh Karpal Singh kelak.

Arkib Blog