Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Mac 05, 2011

PKR Sarawak sokong gagasan 1Malaysia !!!

Percaya atau tidak ? Inilah hakikat yang harus diterima oleh semua bahawa tanpa perpaduan yang teguh dalam menjalinkan kerjasama yang erat diantara mana-mana individu terutama bagi mereka yang nyata berbeza pendapat atau bertentangan dari segi ideologi politik mereka namun demi untuk sama-sama memajukan negeri yang didiami adalah tidak salah untuk mengenepikan semua itu sekiranya mahu mencapai apa yang dikehendaki.

Setiap agama menyeru umatnya kepada segala kebaikan dan menjauhi apa jua kegiatan yang boleh membawa kepada perpecahan dalam masyarakat. Baruk Bian sepertimana insan yang lain juga memang menolak sekira ada pihak-pihak yang mahu mewujudkan suasana tidak baik dalam masyarakat di Sarawak yang akhirnya tidak akan memberi sebarang faedah kepada mana-mana pihak.

Maka atas semangat menjunjung tinggi makna nilai perpaduan memang penting bagi semua masyarakat telah menyebabkan Pengerusi PKR Sarawak yang dilantik saudara Baruk Bian sangat tidak menggalakkan mana-mana pihak terutama pihak pembangkang dari luar Sarawak supaya jangan membawa masuk budaya menghasut, memfitnah atau mengada-ngadakan cerita yang akan hanya memudaratkan keselamatan serta keharmonian kaum di Sarawak.

Jika ditafsir lagi secara meluas berkenaan dengan apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh Baruk Bian itu adalah jelas menjurus kepada apa yang digariskan dalam gagasan 1Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib. Secara tidak langsung, Baruk Bian juga dilihat telah menyokong penuh dasar perjuangan Barisan Nasional dan juga Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) yang sentiasa memastikan agar jalinan kersama diantara semua kaum dapat terus dipertahankan.

Sejak masuk agama Pas, jiwa BL semakin tidak tenang !

Buat pertama kali masuk fahaman Pas serta untuk pertama kali juga bagi pelawak Bob Lokman berkempen dalam pilihan raya kecil beliau telah mengakui beliau sudah mendapat ketenangan jiwa. Itu yang diakui sendiri oleh Bob Lokman atau singkatannya BL sewaktu berceramah dalam kempen pliharaya DUN Kerdau Pahang dan juga di DUN Merlimau Melaka seperti yang dilaporkan oleh rakan-rakan blogger yang membuat liputan semasa dari dua kawasan PRK itu.

Tapi nampaknya apa yang diharapkan oleh BL seakan tidak berpanjangan bilamana beliau terpaksa hadir pada pada setiap ceramah politik yang dianjurkan oleh pihak Pas. Untuk setiap kali ceramah kempen yang diadakan oleh Pas itu, BL dikehendaki pula untuk tampil dengan daya kreatif dalam menyampaikan hujah-hujah yang paling lawak didepan semua hadirin.

Populariti yang ada pada BL telah dipergunakan dengan sebaik mungkin oleh Pas untuk faedah jangka panjang riwayat parti mereka. BL seolah-olah telah ditekan agar pada setiap kali berada di atas pentas ceramah politik bersama dengan para pemimpin Pas yang lain, hendaklah membuat berbagai cerita yang serba karut bertujuan untuk terus memperdayakan pikiran semua penyokong serta pengikut mereka.

Arkib Blog