
Difahamkan bahawa Inspektor Mohd. Firdaus yang dikatakan datang ke rumah lelaki berkenaan bersama dengan beberapa orang anggotanya tanpa membawa sebarang senjata terpaksa mempertahankan diri mereka dari menjadi serangan suspek yang ketika itu bersenjatakan parang panjang cuma berusaha melarikan diri namun gagal berbuat demikian apabila beliau dan seorang lagi anggota polis tidak sempat untuk mengelak parang yang digunakan oleh lelaki itu dari mengenai tubuh mereka.
Sekarang ini agak berlainan, jika dulu pihak polis sering menjadi bahan cacian dan maki hamun oleh pihak-pihak yang pro-Pakatan Haram apabila mereka terlibat di dalam insiden-insiden tertentu yang tidak di sengajakan ketika menjalankan tugas penguatkuasaan menjaga ketenteraman awam contohnya sewaktu berlaku kejadian tidak disengajakan menimpa seorang pelajar iaitu Aminul Rashid yang meninggal dunia setelah terkena tembakan polis gara-gara keengganan pelajar terbabit memberhentikan kereta yang dipandunya dalam keadaan yang mencurigakan untuk diperiksa.
Ekoran tragedi tersebut berbagai desakan demi desakan telah dibuat oleh pihak keluarga allahyarham Aminul Rashid dan juga oleh pihak Pakatan Haram yang meminta agar kerajaan Malaysia menubuh satu Suruhanjaya Di Raja yang bebas untuk menyiasat kejadian itu dan seperti yang diduga kerajaan menurut saja apabila bersetuju menubuhkan Tribunal bebas untuk menyiasat punca kematian Aminul.
Jadi bagaimana pula dengan kes yang ini apabila berlaku anggota polis yang telah menjadi mangsa penjenayah? Ada tak sebarang desakan dibangkit oleh pihak Pakatan Haram supaya kerajaan berbuat sesuatu untuk membela nasib pegawai polis tersebut yang kini terlantar di wad hospital akibat serangan oleh lelaki gila?