Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, September 18, 2010

Wan Junaidi kecewa Sarawak dianaktiri sementara Sabah diutamakan...

Isu ketidakseimbangan jawatan yang diberikan oleh kerajaan Persekutuan kepada ahli-ahli politik serta pegawai-pegawai yang layak dari Sarawak jika dibandingkan dengan mereka yang berasal dari Sabah tetap akan menjadi isu hangat pada Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak akan datang.

Mana tidaknya selepas saja pengunduran YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan apabila kuasa mentadbir negara telah beralih kepada YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi usaha oleh sesetengah pihak dari Semenanjung dan Sabah untuk menekan kepimpinan kerajaan negeri Sarawak di bawah YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud sudah mulai nampak kocaknya.

Perkara ini seolah-olah telah menjadi barah walaupun peralihan kuasa telah berlaku dari YAB Tun Abdullah kepada YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Ianya seakan-akan telah menular tanpa ada usaha untuk memperbetulkannya. Sebaik saja Datuk Seri Najib mengambilalih jawatan sebagai Perdana Menteri dan apabila dilaku rombakan kabinet, boleh saja dilihat pemimpin dari negeri mana yang diutamakan dan diberi jawatan-jawatan penting.

Ikutilah antara sebahagian dari keluhan yang disuarakan oleh YB Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Anggota Parlimen Santubong yang juga Timbalan Yang DiPertuan Dewan Rakyat mengenai isu ini sebagaimana yang telah disiarkan dalam akhbar Utusan Borneo hari ini 18 September 2010.

KUCHING: Sarawak sepatutnya tidak 'dianaktirikan' oleh kerajaan pusat dalam pembahagian jawatan penting termasuk jawatan menteri didalam kementerian persekutuan.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sementara Sabah kelihatan lantang melaungkan hak mereka sebagai sebuah wilayah dalam penubuhan Malaysia, Sarawak sepatutnya tidak disisihkan walaupun kelihatan berdiam diri.

"Sekarang Sabah sudah diberi hak kesamarataan dimana ramai rakyatnya dilantik jawatan penting di Semananjung Malaysia.., tetapi tidak bagi Sarawak. Saya berharap Sarawak tidak disisihkan walaupun kita berdiam diri," katanya ketika ditemui pemberita di Bandar Semariang semalam.

Beliau mengulas kenyataan tersebut ketika ditanya pemberita mengenai 20 perjanjian Sabah dan 18 untuk Sarawak yang hangat dibincangkan sekarang.

Wan Junaidi turut menambah, walaupun beliau berterima kasih dengan pihak persekutuan dalam menyediakan peruntukkan berbillion ringgit untuk negeri ini, namun beliau tidak berpuashati kerana tidak ramai yang mewakili negeri ini dalam kementerian kerajaan pusat.

"Jangan hanya memandang Sabah (dari aspek kesamarataan)...kita juga mempunyai 30(kerusi Parlimen) di Sarawak," katanya sambil menambah ramai rakyat negeri ini layak untuk menjawat jawatan tinggi diperingkat kementerian persekutuan.

Wan Junaidi turut menegaskan kerajaan pusat menyediakan kouta untuk pembahagian jawatan penting untuk Sarawak dan Sabah bagi memastikan pengagihan jawatan yang adil.

Syabas YB Datuk Wan Junaidi !!! YB sudah berjaya menghidu sesuatu yang tidak kena yang telah berlaku sejak mula YABhg Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri dan diharap Datuk Seri Najib dapat mempertimbangkan apa yang telah diluahkan oleh YB Datuk Wan Junaidi itu dengan sebaik mungkin.

Hari Malaysia : Tun Rahman terima Anugerah Tokoh Malaysia

Bekas Ketua Menteri Sarawak yang ke - 3 dan juga bekas Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sarawak yang ke - 4, YABhg Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman  Ya'akub telah dianugerah dengan Anugerah Tokoh Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia yang ke 47 oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Kota Kinabalu, Sabah pada perayaan tersebut.

Anugerah disampaikan mungkin berdasarkan kepada sumbangan besar beliau terhadap pembangunan negeri Sarawak dalam berbagai bidang khususnya dan Malaysia amnya.

Syabas dan Tahniah buat YABhg Tun, semoga Tun akan terus dikurniakan kesihatan yang baik.

Tapi wak paling kamei suka ien lah Tun kenah pejaan udei jgem YAB Pehin Sri, uno-uno masalah jgem anek naken dbei walau umit atau ayeng nak lah seperti hal biasa...

Kamei berdoa semoga Tun sihat-sihat selalu, lalo umor kawak selalu bak den mana-mana liko dagen Sarawak kawak Malaysia. Tun Rahman ien lah kebanggaan telo semuah.

Arkib Blog