Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Mac 31, 2012

Perayaan Kubur: wajarkah Jalur Gemilang turut dibakar sama???

 Ini adalah merupakan replika sebuah kapal yang dibuat daripada kertas yang di dalamnya diisi dengan beribau-ribu keping wang kertas yang akan dihanyut dalam sungai dan seterusnya dibakar bersama dengan replika kapal tersebut.
 Pembinaan kapal dari bahan mudah lupus ini adalah bersempena dengan satu perayaan agama bagi masyarakat Cina di seluruh dunia termasuklah juga di Malaysia iaitu perayaan Ching Ming atau perayaan kubur yang dilakukan oleh waris keluarga si mati.

Ada tak nampak imej bendera kebangsaan Jalur Gemilang yang di pasang pada bahagian atas kapal tersebut? Ini suasana menyambut perayaan tersebut di Daerah Bintangor dalam Bahagian Sarikei Sarawak bermula lewat minggu ini sehinggalah selesai pada 4 haribulan April nanti.
Perhatikan betul-betul, ada sehelai lagi Jalur Gemilang dikibarkan pada bahagian hadapan kapal berserta dengan bendera-bendera lain. Kapal yang sudah siap untuk dihanyut serta dibakar ini jelas kelihatan di dalamnya telah dimuatkan dengan beribu-ribu keping wang kertas hantu mengikut kepercayaan masyarakat Cina.

Saya tdak bermaksud untuk menyentuh tentang perayaan kaum ini samada ianya wajar ataupun tidak kerana setiap masyarakat itu mempunyai kepercayaan dan kebudayaan masing-masing yang harus dihormati oleh semua tetapi apa yang cuba saya bangkitkan ialah apabila bendera negara kita Jalur Gemilang turut dihanyut dan dibakar dalam upacara berkenaan.

Tidakkah mereka yang terlibat didalam perayaan ini merasakan bahawa perbuatan ini telah membuat hati ramai rakyat Malaysia yang lain menjadi sedih dan terluka apabila melihat Jalur Gemilang diperlakukan sedemikian?

Saya tidak menentang upacara seumpama itu tetapi wajarkah bagi mereka untuk meletakkan Jalur Gemilang bersama dengan wang kertas hantu itu pada replika kapal tersebut dan kemudian memusnahkannya?

Jalur Gemilang lambang kemegahan rakyat Malaysia dan tanda kedaulatan negara kita maka setiap orang daripada kita memang wajip untuk menjaga sebaik mungkin bendera kebangsaan kita dan bukannya membuat ianya sama seperti barang-barang lain.

Harap ada pihak-pihak yang berwajib mahu tampil dan ambil peduli dengan insiden ini. Bukan nak cari masalah tetapi saya mahu agar sesetengah rakyat di Malaysia yang seolah-olah tidak mahu ambil pusing tentang betapa pentingnya kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai rasa tanggungjawab terhadap negara dan tidak mengambil mudah tentang perkara yang berkait-rapat dengan maruah serta kedaulatan negara.

Arkib Blog