Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Oktober 03, 2011

Apa akan jadi, jika semua rakyat Malaysia kurang ajar macam Namewee?

Boleh tak kita bayangkan bagaimana keadaan dalam negara ini sekiranya seluruh rakyat Malaysia dibiarkan bebas untuk melakukan perbuatan yang nyata bertentangan dengan nilai-nilai kebudayaan masyarakat Malaysia seperti yang seringkali dilakukan oleh Namewee? Apa yang ada dalam fikiran kita, kita buat, keluarkan buat macam apa yang Namewee buat dan pihak berkuasa khususnya KDN hanya diam membisu melihat apa yang kita buat.

Namewee kita memang sudah tidak hairan lagi mengapa beliau boleh bebas sebegitu rupa, bebas buat apa saja yang terlintas difikiran walaupun ianya pasti melukakan hati ramai pihak sebabnya Namewee sudahpun memiliki "kuasa kekebalan" luar biasa yang telah dianugerahkan oleh kerajaan BN iaitu semasa pertemuan beliau dengan Datuk Seri Mohd Nazri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di dalam Bangunan Parlimen Malaysia seketika dulu.

Kalau rakyat biasa, rakyat yang tiada apa-apa kepentingan adalah menjadi satu kesalahan yang amat besar jika meniru atau melakukan perkara-perkara serupa dengan apa yang telah dilakukan oleh Namewee. Silap hari bulan boleh kena tindakan buang daerah atau kediaman terhad. Tetapi Namewee sangat istimewa, dia telah diberi lesen untuk berbuat sesuatu ikut suka hati dia biarpun perbuatannya itu nyata telah menjejas hubungan harmoni antara kaum di dalam Malaysia ini.

Namewee mendakwa dia bukan orang sebarang sebab dia ada degree. Dia sebut macam itu sebab marah kepada akhbar Utusan Malaysia tetapi degree apa ke maknanya kalau perangai yang kurang ajar macam itu. Lebih baik bela orang utan lagi tau erti berbudi bahasa. Kalau seluruh rakyat Malaysia dibiarkan bebas berperangai terkutuk macam Namewee, sukar untuk membayangkan bagaimanakah wajah Malaysia masa depan yang akan diwarisi kepada generasi yang akan datang...

Liwat II: Anwar hadiri pesta dan pameran "Pucuk Jambu" hari ini di KL

Hari ini bersambung semula perbicaraan peringkat pembelaan kes liwat II Anwar Ibrahim. Kononnya sebelum ini pihak pembelaan akan memanggil pakar bedah Dr. Thomas Hoogland yang pernah merawat Anwar ketika melakukan "pembedahan olok-olok" di Munich Jerman sekitar tahun 2004 sebagai saksi untuk kes liwat II ini.

Dr. Thomas Hoogland diperlukan oleh pihak Anwar ialah sebab kononnya pakar bedah itu boleh menerang dan menjelaskan statutus kesihatan Anwar Ibrahim yang dikatakan telah "Mati Pucuk" dan tidak memungkinkan beliau mampu untuk melakukan sebarang aktiviti seks.

Itu senang saja. Cadangan kepada Anwar Ibrahim, antara petua yang perlu diamalkan ialah "pucuk jambu" yang masih muda. Pengambilan daun jambu muda atau pucuk jambu terutamanya jenis jambu batu dengan kerap boleh membantu mengatasi masalah "mati pucuk."

Pucuk jambu batu selain berkhasiat untuk mengatasi masalah jerawat, kencing manis, kolestrol tinggi, kudis, seriwan mulut dan berbagai lagi juga boleh digunakan dalam merawat lelaki yang mempunyai masalah mati pucuk.

Caranya mudah saja, cari pokok jambu batu...jangan pula kebas tanaman orang tetapi kalu mahu minta dululah...kemudian ambil pucuk jambu batu yang muda, rebus dan airnya boleh diminum bila dah jadi suam-suam kuku. Dan jangan sesekali minum "coffee" selama tempoh mengamalkan minum air rebusan pucuk jambu batu itu...

Arkib Blog