Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, November 25, 2012

Harimau Malaya tanpa sentuhan TS Annuar Musa mungkin gagal ulangi sejarah!

Pesta bola piala Suzuki AFF untuk musim 2012 sudah bermula namun agak malang bagi pasukan Harimau Malaya kerana pada kali ini mereka akan beraksi tanpa sentuhan Timbalan Presiden FAM YBHG Tan Sri Annuar Musa yang digantung dari tugas oleh Lembaga Disiplin Persatuan Bolasepak Malaysia.

Saya walaupun kurang berminat dengan sukan bolasepak ini tetapi selagi ianya membabitkan maruah negara tentu sekali saya akan sentiasa mengikuti perkembangan sukan nombor satu ini dan tidak ketinggalan untuk turut mendoakan agar pasukan bolasepak negara terus mempamerkan persembahan yang terbaik dan menang ke atas pasukan lawan.

Tetapi pada musim kali ini saya tidaklah menaruh harapan yang terlalu tinggi kepada pasukan Harimau Malaya untuk mengulangi kejayaan yang pernah mereka ukir pada kejohanan sebelum ini kerana banyak sebab yang mungkin akan menjadi penyumbang kepada kemorosotan mutu permainan skuad negara itu nanti sekiranya mereka masih gagal menguasai permainan sepertimana yang dipertontonkan ketika bertemu pasukan Bangladesh, Hong Kong baru-baru ini.

Ketiadaan Tan Sri Annuar Musa dalam barisan pimpinan FAM juga saya nampak antara faktor yang boleh menyebabkan para pemain hilang tumpuan bermain kerana bagi saya kebangkitan Harimau Malaysia hingga berjaya menjuarai Piala Suzuki AFF 2011 tidak dapat dinafikan banyak dibantu oleh keupayaan Tan Sri Annuar Musa dalam menentukan corak permainan para pemain negara.

Antara masalah lain yang saya nampak adalah berhubung dengan tawaran yang terlalu lumayan kepada seorang dua pemain yang tentu sekali amalan sebegini boleh melunturkan semangat berpasukan para pemain. Apabila tawaran bermain sudah mencecah sehingga ke jutaan ringgit kepada pemain tertentu jadi bagaimana pula dengan pemain yang lain yang turut bermain di dalam pasukan yang sama?

Apa-apapun saya doakan supaya pasukan negara Harimau Malaya terus fokus dengan kejayaan dan lupakan sejenak tekanan sekiranya ada... Hidup Harimau Malaya ! Malaysia Boleh!!!

Arkib Blog