Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Oktober 17, 2010

Tips menangkap burung tekukur tanpa mencederakanya...

Pada kebiasaannya bagi sesiapa saja yang gemar menangkap apa-apa juga jenis burung mengikut kemahuan masing-masing tentulah mereka mempunyai cara atau kaedah yang tersendiri seperti memasang jerat, memasang cecair bergetah di sekitar pokok yang sering dihinggapi oleh beburung, jaring dan sebagainya lagi.

Namun demikian, ada juga yang mengambil jalan singkat janji asal saja dapat menangkap burung-burung yang diidamkan tak kira samada burung itu nanti dapat ditangkap dalam berkeadaan hidup atau mati apabila ada yang sanggup menggunakan lastik, umpan dipasang pada mata kail dan diikat atas pokok atau perangkap tikus.

Jika burung-burung dapat ditangkap dengan menggunakan cara sedemikian maka harapan kita untuk melihat unggas ini terus hidup adalah sangat tipis kerana tanpa kita sedari mungkin ada terdapat kecederaan di bahagian-bahagian yang tertentu pada tubuh burung itu tidak kelihatan dan ini tentu sekali akan mendatangkan risiko kematian terhadap burung-burung telah kita tangkap itu.

Jadi disini saya ingin berkongsi cara-cara atau kaedah yang mungkin berguna kepada sesetengah orang bagaimana untuk menangkap burung khususnya dari spesis tekukur. Burung tekukur kebiasaan banyak terdapat di kawasan sawah padi dan burung ini jarang kita temui dalam kelompok yang banyak seperti burung pipit atau burung layang-layang.

Burung tekukur juga kelihatannya hampir menyerupai burung pergam atau burung merbuk cuma dibezakan dari segi bentuk saiz badan dan suara dimana burung tekukur badannya jauh lebih kecil daripada burung pergam atau merbuk sementara suara burung tekukur lebih jelas dan halus didengar walaupun kedengaran agak sayup-sayup tetapi suara burung pergam atau merbuk tak ubah seperti bunyi hon kapal laut yang berdengung-dengung.

Ok, cara bagaimana untuk menangkap burung tekukur ini agar ia selamat dan tidak cedera !

Mula sekali kita kenalah ke pasar dan belikan satu botol arak(bukan untuk diminum), asal arak sajalah tak kira berapa peratusan alkohol yang dilabelkan pada botol arak tersebut, janji ianya arak sudah. Dan bawa balik ke rumah, simpan ditempat yang selamat serta jauhi daripada kanak-kanak dan juga daripada mereka-mereka yang kaki arak.

Kemudian ambil beras. Beras ini memanglah bahan keperluan asas bagi kita semua dan sudah tentu juga setiap isi keluarga mempunyai simpanan beras dan tak perlulah keluar ke pasar untuk mendapatkannya sekira jumlah yang diperlukan cuma berjumlah kecil iaitu segenggam dua begitu.

Ok, lepas tu tuang air arak tu kedalam bekas lain yang lebih besar seperti tabung khas tempat menyimpan air sejuk dan seterusnya taruh beras tadi kedalamnya bersama dengan arak tu atau lebih tepat lagi ialah rendam beras itu dengan arak selama satu malam dan keesokan hari jemur dibawah panas terik matahari selama 2 hari.

Setelah itu, kita pergilah ke lokasi di mana ada terdapat burung tekukur itu tadi dan kita jangan lupa bawa kotak yang telah dipotong dengan ukuran lebih kurang 2 kaki persegi dan kita kenalah letakkan kotak tersebut ditempat yang agak strategik atau tempat di mana burung berkenaan selalu turun untuk mencari makanan.

Langkah terakhir, taburkan beras yang telah direndam dengan arak dan dijemur itu di atas kotak yang dibentang tadi dalam jumlah yang berpatutan dan jangan jugan sehingga bertimbun. Waktu selepas tengah hari hingga ke senja adalah waktu yang amat sesuai untuk kita menggunakan kaedah penangkapan ini sebab biasanya burung tekukur akan keluar mencari makan pada waktu itu.

Dan sesudah semuanya selesai, maka giliran untuk kita menuai hasil tangkapan mengambil tempat, apa yang perlu kita buat ialah bersembunyi disebalik rerumput(bukan di 'Kedutaan Turki', ingat tu!) agar kelibat kita terlindung dan supaya tidak kelihatan oleh bakal mangsa kita(bukan 'jambu-jambu', ingat juga tu!), dan kita hanya perlu menunggu masa burung tekukur itu turun dan memakan beras(bukan 'karipap', ingat tu hehe..)...tunggu saja !

Sekiranya burung-burung tekukur itu sudah memakan beras yang kita letakkan di atas kotak(bukan '6 kotak rahsia') itu tadi maka dengan hanya dua tiga kali patuk(tidaklah sampai '8 kali'..hehe..) saja dan sesudah menelannya kita akan dapat melihat burung itu akan mula dalam keadaan khayal, pening-pening, terhuyung-hayang dan kemudianya pasti akan "tersungkur"(seperti YB Azmin Ali kalah 'tersungkur' pada November 2010 kelak) rebah di atas kotak kerana mabuk makan beras yang bercampur dengan arak dan pada masa tu lah peluang kita untuk menangkap burung tekukur itu tadi dalam keadaan yang masih hidup dan simpanlah didalam kurungan dan jirus atau percikkan dengan air nescaya burung tekukur itu akan sedar dari mabuk dan akan pulih semula seperti sediakala dalam tempoh untuk beberapa ketika tanpa sebarang kecederaan.

Ok ! selamat mencuba :-))

Arkib Blog