Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Disember 09, 2009

Kini PAS Kelantan pula haramkan BTN...

Seakan-akan tepat juga apa yang pernah saya rasakan apabila langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Pakatan di negeri Selangor menerusi Menteri Besarnya dari PKR yang mengharamkan semua kakitangan kerajaan dibawah pentadbiran mereka dari mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Biro Tata Negara(BTN) turut diikuti oleh kerajaan Pulau Pinang yang Ketua Menterinya adalah Setiausaha Agung DAP.

Dan langkah tersebut tidak hanya setakat disitu saja apabila negeri Kelantan melalui Menteri Besarnya yang juga Mursyidul Am PAS juga telah mengambil tindakan yang serupa dengan turut mengharamkan kursus BTN di Kelantan. Malah MB Nik Aziz terus mendesak agar BTN segera dirombak dan diselaraskan semula supaya ianya sesuai dengan ajaran agama Islam. Menurut Nik Aziz, kursus yang ditawarkan dalam BTN bercanggah sama sekali dengan ajaran juga tuntutan agama Islam dan maka sebab itulah Nik Aziz mahu BTN kalau boleh dirombak dengan sebeberapa segera...huhhhhh!!!

Jadi jika begitu, yang doa-doa yang diucapkan oleh Nik Aziz selama yang bertujuan untuk menjahanamkan orang lain dengan berbagai-bagai sumpah-seranah hanya kerana tuntutan "royalty minyak" itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam ke ? Nanti apa lagi sunnah Nabi yang akan dikatakan Nik Aziz berkaitan dengan tindakan beliau mengharamkan BTN itu ? ...pasti 100% dia akan kata bahawa dia ikut tindakan Nabi dan yang paling melucukan apabila sering untuk menyamakan setiap tindakan beliau sama dengan Nabi SAW...hmmmmm

Isu BTN ini semakin melarat apabila Menteri Di JPM YB Datuk Seri Mohd Nazri bin Tan Sri Aziz dengan begitu terbijaksana-terbijaksini telah mengumumkan yang BTN akan dirombak semula agar ianya bersesuaian dengan keadaan semasa tetapi mungkin YB Datuk Nazri mahu ianya sesuai mengikut kemahuan serta selera Lim Kit Siang, Karpal Singh serta semua konco-konco mereka dalam DAP, PKR dan PAS.

Pengumuman Datuk Nazri itu bagaimanapun telah tidak dipersetujui oleh YABhg Tun Dr Mahathir yang menyatakan bahawa BTN tidak perlu dirombak ataupun dikaji semula. Datuk Nazri yang tidak senang dengan pandangan Tun Dr Mahathir itu terus hilang punca, lalu terus menuduh Tun Dr Mahathir sebagai 'rasis' ertinya perkaumanlah lebih kurangnya. Tergamak Datuk Nazri menuduh Negarawan Ulung negara kita sebagai rasis semata-mata Datuk Nazri mahu menjaga hati atau boleh juga dikatakan sebagai untuk mengambil hati Lim Kit Siang, Anwar, Nik Aziz serta mereka-mereka yang sama rasisnya dalam Pakatan Pembangkang.

Lanjutan dari tuduhan rasis oleh Datuk Nazri terhadap Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia keempat itu telah mengsyorkan supaya Datuk Nazri meletakkan semua jawatan beliau dalam UMNO kerana menurut Tun Dr Mahathir oleh kerana Datuk Nazri anti-perkauman dan tidak sesuai untuk dia berada didalam UMNO kerana UMNO adalah sebuah parti yang hanya terbuka keahliannya kepada kaum Melayu saja dan tidak sama seperti PKR, DAP dan akhir nanti mungkin PAS for ALL, iaitu mungkin Yahudi pun boleh jadi ahlinya.

Bisa, bisa, bisa...bagai tertusuk duri sembilu.

Isu Ketuanan Melayu: Dimana KDN ?

Isu ketuanan Melayu tidak habis-habis dibangkit oleh masyarakat bukan Bumiputera di Semenanjung Malaysia. Walaupun isu itu bukanlah satu perkara yang terlalu mengancam keselamatan atau keharmonian bagi penduduk-penduduk di Sarawak dan juga di Sabah namun kami sebagai kaum Bumiputera tetap memandang apa yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pemimpin dalam dalam parti DAP itu tetap ada kena mengena dengan hak serta kepentingan kaum Bumiputera secara keseluruhannya.


Di Sarawak terutama sekali dimana kaum Bumiputeranya khusus yang bukan berketurunan Melayu sudah lama menerima hakikat bahawa ketuanan sesuatu kaum mesti ada di Malaysia dan maka itulah ianya harus diberikan kepada bangsa Melayu kerana disamping jumlah mereka sebagai kaum yang terbesar di negara ini mereka juga adalah penduduk asal di Malaysia. Jadi tiada sebab untuk kaum bukan Bumiputera yang jelas asal-usul mereka darimana untuk mempersoalkan segalanya.


Berbalik kepada tajuk artikel ini, saya merasa sangat hairan kenapa dalam hal yang begitu sensitif, pihak yang sepatutnya cepat bertindak hanya berdiam diri saja tanpa berbuat apa-apa. Jika dinilai dari nama kementerian itu saja kita sudah tahu apa fungsinya, apa peranannya serta yang pasti ialah menteri yang menerajui kementerian tersebut haruslah seorang yang berani, tegas dan tidak selalu mengeluarkan amaran demi amaran tanpa sebarang tindakan diambil tetapi lebih malang sekali apabila perkara yang sama selalu saja berulang...huh!!! "pi mai pi mai tang tu"


Dalam usaha terbaru oleh Anggota Parlimen Ipoh Barat YB M. Kulasegaran yang cuba untuk terus meniupkan api kebencian dikalangan masyarakat yang berbilang bangsa di negara ini serta untuk menghidupkan semula sentimen perkauman di Malaysia, mengapa Kementerian Keselamatan Dalam Negeri tidak bertindak ? Apakah harus dibiarkan saja pemimpin politik seperti beliau itu untuk merosakkan perpaduan kaum dikalangan rakyat dalam negara kita ?


Golongan yang wajar untuk mempertahankan keharmonian kaum di negara kita seperti YB-YB tanpa mengira latar belakang fahaman politik mereka, seandainya mereka jelas untuk mewujudkan suasana ketidaktentuan dalam Malaysia maka mereka itulah yang seharusnya diambil tindakan dengan kadar sebeberapa segera dan bukannya 12 orang masyarakat Melayu yang didakwa atas perkara memijak kepala lembu di hadapan Pejabat SUK Selangor.


Cuba kita fikir dengan teliti dan renung betul-betul, manakah yang lebih mendatangkan kemudaratan kepada hubungan kaum di negara kita, adakah demonstrasi memijak kepala lembu yang hanya dilakukan oleh rakyat biasa atau cubaan oleh seorang wakil rakyat yang bertaraf Parlimen yang mana dalam kawasan pilihanraya beliau rakyatnya terdiri daripada berbagai-bagai kaum, adat, budaya dan agama ?


Jadi kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri(KDN), janganlah "teragak-agak" jika mahu bertindak demi keselamatan dan keharmonian kaum dalam negara kita dan juga janganlah selalu hanya memberi "amaran keras" kepada pihak-pihak yang serigkali membuat hal dalam Malaysia ini sehinggakan "amaran keras" yang hanya dipendam dan disimpan akan menjadi semakin "lembut dan lembik" pula.


Oleh itu, sekiranya benar amaran itu keras maka lontarkan saja terus kepada yang dituju dan jangan teragak-agak, dan contohilah semangat yang ada pada wartawan Iraq iaitu Muntazer El-Zehdi yang terus melontarkan kasut beliau ke arah George W. Bush, beliau tidak teragak-agak dalam membuat tindakan. Beliau "berani kerana benar."

Arkib Blog