Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Disember 09, 2011

KD Mat Syabu gagal menyelam,,,

Kapal selam milik PAS, KD Mat Syabu hari ini gagal menyelam. Sepatutnya KD Mat Syabu yang telah dijadualkan untuk bersama-sama dengan KD Lim Guan Eng, KD P. Ramasamy dan KD Dr Mansor Othman melakukan selaman di perairan Selat Melaka sempena dengan Pameran Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011 di Pulau Langkawi.

Malang sekali bagi PAS kerana kapal selam mereka gagal untuk turut sama menyelam bersama dengan kapal selam milik DAP Hanya KD Lim Guan Eng yang sanggup menaiki kapal selam itu setelah Mat Syabu gagal dipujuk oleh Menteri Pertahanan supaya mereka merasa sendiri akan kemampuan kapal berkenaan menyelam hingga ke dasar laut.

Apa-apapun ucapan syabas dan tahniah perlu diberi kepada mereka yang telah terpilih untuk menaiki kapal selam KD Tun Razak kerana peluang sedemikian memang jarang sekali boleh diperolehi oleh mana-mana orang awam di negara ini.

Sebuah kapal selam milik blogger pro-BN, KD Papa Gomo juga turut diberi hak oleh Kementerian Pertahanan menerusi menterinya YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk turut serta dalam demonstrasi menyelam KD Tun Razak di Langkawi hari ini, syabas kepada bro Papa Gomo kerana berpeluang melihat secara dekat serta mendapat pengalaman baru menyelam dalam dasar laut menggunakan kapal selam kedua negara.

Kalau DAP mahu letak calon Melayu, PAS pula letaklah calon Cina...baru ngam!!!

Sekiranya DAP benar-benar mahu meletakkan calon dari kalangan kaum Melayu untuk mewakili parti perkauman terbesar itu bagi kawasan yang majoritinya Melayu pada PRU-13 nanti maka PAS tidak perlulah terlalu risau sebab tindakan DAP itu sebenarnya telah membuka jalan kepada PAS untuk berbuat perkara yang sama.

Bukankah PAS sudah ada sayap yang mewakili kaum bukan Melayu dalam partinya iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), oleh itu apa salahnya bagi PAS untuk meletakkan juga calon dari kalangan kaum bukan Melayu khususnya kaum Cina sebagai calon PAS di kawasan yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Cina atau Tiong Hua pada PRU-13 kelak.

PAS harus berani menari mengikut rentak gendang yang dipalu oleh DAP bukan sekadar terikut-ikut menggoyang kepala lutut tetapi mesti berani menggerakkan seluruh anggota tubuh mereka sebagaimana beraninya DAP bertindak untuk menceroboh kawasan yang sepatutnya diperuntukkan kepada PAS.

Inilah masanya untuk PAS menunjukkan kepada para penyokong parti bahawa slogan "PAS for All" bukan hanya sekadar mainan kata semata-mata sahaja tetapi mesti diterjemahkan ke dalam perjuangan mereka untuk semua bangsa dan agama apabila PAS sudah ada wakil bukan Islam dan Melayu di dalam parti dan tambahan pula PAS kini bukan lagi sebuah parti yang berasaskan kepada Islam sebaik mereka menukar dasar perjuangan parti kepada Negara Berkebajikan.

Arkib Blog