Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Disember 22, 2010

APCO: Anwar Ibrahim masuk perangkapnya sendiri...

Pada mulanya kalau kita perhatikan betul-betul tentang tujuan sebenar Ketua Beruk di Parlimen iaitu Anwar Ibrahim untuk menimbulkan isu APCO lalu mengaitkannya dengan Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib adalah semata-mata mahu agar rakyat menaruh rasa curiga dengan konsep 1Malaysia setelah rakyat terutamanya yang beragama Islam terpengaruh dengan dakwaan bahawa kononnya APCO yang mempunyai kaitan dengan kerajaan Yahudi Israel namun dalam masa yang sama juga turut menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional.

Walaupun sewaktu mula isu APCO ini menjadi begitu hangat dalam negara ketika itu hingga tersebar ke negara-negara yang tertentu sehingga ramai yang masih percaya dengan fitnah oleh Anwar Ibrahim terhadap kerajaan Barisan Nasional tetapi apa yang jelas kelihatan pada saat ini ialah pihak yang bertanggungjawab menyebar fitnah berkenaan konsep 1Malaysia dengan APCO iatu Anwar Ibrahim sebenarnya telah menjerat diri beliau sendiri dengan isu ini apabila dia sendiri pula yang tersangkut dalam perangkap yang telah dia pasang untuk memerangkap pihak lawan.

Inilah akibatnya apabila membuat tuduhan tanpa bukti, namun masih lagi mahu mempertahankan tuduhan yang lebih bersifat fitnah itu terhadap kerajaan Barisan Nasional. Saya berpendapat bahawa sekarang ini bukan saja rakyat Malaysia saja yang akan terus mempersoal serta mempertikaikan dakwaan yang telah dibuat oleh Anwar Ibrahim itu malah tindakan beliau yang paling tidak bertamadun itu hanya akan mengundang rasa tidak yakin serta perasaan yang semakin tidak percaya dikalangan masyarakat negara luar seperti seperti Australia, Amerika Syarikat dan Israel sendiri terhadap integrity Anwar sebagai seorang pemimpin kepada sesebuah negara.

Apabila pembohongan yang telah dibuat oleh Anwar Ibrahim semakin tersebar maka terbukti dan jelaslah bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang pembohong sebagaimana dengan perkembangan terbaru berkaitan dengan isu APCO telah menunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia betapa manusia yang bernama Anwar adalah seorang yang sentiasa sanggup untuk buat apa saja bagi mempertahan semua dakwaan-dakwaan yang telah beliau buat walaupun dia sediri sedar bahawa semua tuduhannya terhadap BN itu adalah palsu belaka dan rekaan semata-mata.

Wikileaks dedah Mahmoud Abbas pengkhianat kpd perjuangan rakyat Palestine !

Terbaru laman pembongkar rahsia antarabangsa Wikileaks telah mendedahkan bahawa Presiden Palestine yang menjadi boneka kepada pentadbiran Washington di Asia Barat, Mahmoud Abbas adalah dalang sebenar kepada beberapa siri serangan kejam yang telah dilancarkan oleh Rejim Pengganas Israel ke atas kedudukan penempatan rakyat Palestine di negara berkenaan.

Pihak Israel juga turut mendedahkan bagaimana Mahmoud Abbas yang dalam keadaan yang sangat terdesak berdepan dengan kebangkitan pejuang Hamas yang di ketuai oleh Perdana Menterinya Ismail Haniyeh yang juga pemimpin kepada kumpulan berkenaan telah meminta bantuan tentera pengganas Israel untuk menyerang wilayah yang dikuasai oleh Hamas.

Jika sebelum ini Wikileaks telah membongkar perihal rahsia tiga orang pegawai kanan kerajaan Singapura yang telah mengeluarkan beberapa kenyataan menghina dan memburuk-burukkan Malaysia dan sesetengah negara Asia yang lain seperti Thailand, India, Jepun dan Myanmar walaupun selepas itu cuba dinafikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Singapura yang diminta membuat penjelasan dan pendirian kerajaan Singapura mengenainya oleh Wisma Putra namun adalah agak sukar untuk Malaysia terus mempercayai Singapura kerana jika diambilkira sikap pemimpin mereka selama ini terhadap para pemimpin negara ini memang tidak mustahil bahawa penghinaan sedemikian juga adalah penghinaan datang dari pentadbiran Singapura juga.

Apa yang sedang dialami oleh penduduk Palestine kini adalah pembayang kepada kita semua di Malaysia seandainya Pakatan Beruk diberi peluang untuk memerintah negara ini apabila Anwar Ibrahim akan dilantik sebagai Perdana Menteri iaitu pemimpin boneka kepada DAP yang mencengkam kuasa dari belakang sementara PAS yang berfungsi hanyalah sama seperti serbuk perasa dalam masakan akan turut mencontohi pendekatan yang diambil oleh Mahmoud Abbas dengan mengundang kuasa asing bagi membantu mereka mempertahankan kuasa bila menyedari akan kesulitan bila berdepan dengan kebangkitan luarbiasa daripada Barisan Nasional.

Sekiranya Pakatan Beruk ditakdirkan memerintah negara ini adalah tidak menjadi satu perkara yang mustahil apabila berada di dalam keadaan tertentu yang sangat mendesak mereka tidak akan segan silu memohon bantuan kuasa dari negara luar khususnya Amerika Syarikat dan Singapura untuk bertindakbalas ke atas para penyokong serta pemimpin Barisan Nasional yang dilihat sentiasa menggugat kuasa yang ada pada mereka iaitu sama jugalah dengan apa yang dilakukan oleh Presiden Palestine Mahmoud Abbas yang merayu pertolongan kuasa perang daripada musuh sebenar rakyat Palestine iaitu Israel untuk membunuh rakyat Palestine pula.

Malunya rasa bila Malaysia punya wakil rakyat yang bertingkah umpama beruk !

Walaupun kejadian yang benar-benar telah membuatkan perasaan malu yang teramat sangat sebagai seorang rakyat Malaysia dengan perbuatan dan kekecohan yang sengaja ditimbulkan oleh wakil-wakil pembangkang di Dewan Rakyat beberapa hari yang lalu mungkin biasa bagi mereka namun bagi kita yang sentiasa mempertahankan apa yang dikatakan tentang Malaysia bahawa rakyatnya penuh dengan sikap terpuji saling hormat menghormati, terkenal dengan sifat pemurah dan bantu membantu, berbudi bahasa, bersopan santun, berpekerti mulia dan yang baik-baik saja tetapi malang sekali apabila sikap seumpama itu tidak ada pada sesetengah para pemimpin atau wakil mereka.

Malu sangat rasanya bila gelagat wakil-wakil rakyat daripada pembangkang sewaktu kejadian itu berlaku dalam Dewan Rakyat tempoh hari walaupun tidak sepenuhnya dapat diikuti oleh seluruh rakyat Malaysia dan tidak terkecuali juga warga asing yang bekerja di negara ini yang sentiasa ingin mengikuti perkembangan semasa apa yang berlaku di Parlimen mulai mempersoalkan berkenaan dengan negara ini yang dilabel sebagai sebuah negara yang perlu dicontohi dari segi semangat kerjasama, disiplin, amalan hidup bersama yang saling menghormati sesama mereka sebagai satu rakyat Malaysia tetapi telah tercalar dan tercemar dek perbuatan dan kelakuan yang tidak pernah kita fikir akan boleh terjadi dalam Parlimen Malaysia tempat dimana segala undang-undang dipinda, diusul, dibahas dan diluluskan dan sebagainya.

Arkib Blog