Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Julai 20, 2013

Kerajaan Barisan Nasional gali lubang tutup lubang !

Kalau kita perhatikan keadaan di dalam negara selepas keputusan kerajaan BN di bawah Perdana Menteri ke-6 Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA rasanya tidak keterlaluan jika dikatakan berikutan pemansuhan akta tersebut lebih banyak mendatangkan kemudaratan kepada keadaan semasa terhadap Malaysia dan langsung tidak membantu dalam mengekalkan suasana aman dan tenteram di dalam negara.

Sesiapa saja boleh mengambil keputusan untuk menimbulkan keadaan yang tidak menentu di negara ini tanpa berpikir dua tiga kali kerana ramai di kalangan mereka telah beranggapan kini mereka bebas untuk melakukan apa saja kerana akta yang mengandungi berbagai undang-undang yang sebelum ini menjadi batu penghalang kepada niat jahat mereka sudah dihapuskan.

Keputusan oleh Kerajaan BN sebelum ini yang telah menarik balik Akta ISA ternyata bukan hanya setakat itu tetapi turut berjangkit pula kepada akta-akta yang lain. Apabila kerajaan BN sudah terlalu tunduk kepada tekanan daripada pihak pembangkang maka tindakan memansuhkan Akta Hasutan serta Ordinan Darurat terus menyusul menyebabkan pihak PDRM yang disifatkan oleh Menteri KDN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai harimau yang sudah kehilangan taringnya.

Kita berasa sangat kecewa dengan tindakan kerajaan Datuk Seri Najib yang terpaksa mengorbankan masa depan negara apabila bersetuju dengan desakan daripada pihak pembangkang yang menekan agar dihapuskan berbagai akta serta undang-undang yang selama ini telah menjadi perisai kepada kestabilan negara hanya kerana hendak mengekalkan kuasa serta meraih populariti daripada masyarakat Cina di negara ini.

Tidakkan kita melihat tindakan kurang bijak kerajaan yang menghapuskan undang-undang lama dan menggantikannya dengan undang-undang baru yang belum tentu berkesan dan belum tentu memuaskan hati pihak tertentu sebagai kerja sia-sia dan hanya membuang masa. Kenapa tidak diperbaiki atau ditambahbaik saja undang-undang sedia ada seperti ISA atau Ordinan Darurat agar ianya sesuai dengan peredaran zaman daripada mewujudkan akta baru yang belum pasti akan diterima oleh masyarakat.

Arkib Blog